+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, January 27, 2009

Manisnya Gula

Hari ini seindah biasa, pagi-pagi lagi burung-burung berterbangan berkicauan merentasi jendela kamarnya. Ada yang singgah sekejap di daun jendela kemudian berlalu pergi bila sekawan teman datang menjemput. Pergi tanpa meninggalkan jejak. Terbang tinggi dan jauh. Semakin jauh.

Atilia selesai merapikan diri. Untuk kesekian kalinya, dia menatap pantulan wajahnya di cemin. Sejenak dia tersenyum, lalu bibirnya bergerak-gerak membacakan sesuatu..

"Segala Puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah budi pekertiku.."

Setelah yakin dengan penampilannya pagi itu, Atilia melangkah keluar dari biliknya, menuju ke ruang tamu rumah. Matanya meliar mencari kelibat Uminya..Atilia mengatur langkah menuju ke ruang dapur, di situ Uminya sibuk menyiapkan sarapan pagi. Dengan perlahan Atilia menghampiri Uminya..

"Assalamualaikum Umi, selamat pagi.."
Tegur Atilia perlahan, lalu Uminya Puan Atirah menoleh ke arahnya seraya membalas senyuman puteri kesayangannya.

"Waalaikumsalam..Sejahtera juga untuk Atilia.."

Jawab Puan Atirah semerdu biasa. Mangkuk di tangan di letakkan perlahan ke meja. Seperti kelaziman, Atilia merapati Umiya lalu memeluk Puan Atirah erat, tidak berbeza,masih sama sejak dia kanak-kanak hingga kini bergelar wanita dewasa. Puan Atirah juga membalasnya erat.

"Atilia sayangggg sangat dekat Umi.." bisik Atilia ketika pelukan bertaut. Itulah kata-kata yang tidak pernah sehari pun terlepas dari bibirnya. Betapa bukti dia sayangkan Uminya..

"Umi lagi sayang kat Atilia.." balas Uminya pula. Tidak pernah jemu.

"Maaf yer Umi, hari ni tak dapat tolong Umi masak breakfast"
Atilia memulakan bicara sambil tangannya sibuk menyusun pinggan dan sudu di meja makan.

"Alah, it's Ok la dear, hari ini kan hari bersejarah untuk Atilia, your first day right? Do your best tau sayang." balas Puan Atirah sambil mencedok nasi goreng ke pinggan.
Atilia menanggukkan kepalanya. Perlahan.

"Abah mana? dah turun ke belum yer?" soal Umi lagi setelah tidak melihat sebarang kelibat suaminya.

"Umi, awal lagi nie, biasanya waktu camni kan Abah baca paper dulu kat depan sana.." jelas Atilia sambil jarinya menunjukkan jam di tangannya. Puan Atirah angguk lalu tersenyum.

"Kalau camtu takpelah, kita tunggu saja Abah yer.." Balas Puan Atirah lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"So my princess, how you feel today?" Soal Puan Atirah setelah Atilia duduk di kerusi bertentangan dengannya.

" I am not sure la Umi, rasa tak sabar but sometimes nervous.." Atilia menjawab jujur. Puan Atirah sekadar tersennyum melihat puterinya itu. Diam seketika. Atilia tunduk memandang meja. Mungkin ada sesuatu sedang bermain di fikirannya.

"Come on dear, dont worry k, it's normal if you feel nervous, i understand..most of us always like this, sentiasa takut untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru, but you must remember, no matter what it is, setiap benda baru yang datang dalam hidup kita, we must face it, be positive and be confident. i believe, you can do it!trust me!" pujuk Puan Athirah, cuba menyuntik kata-kata semangat ke jiwa puteri kesayangannya itu.

Hari ini hari pertama Athirah bergelar seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Malaysia, di situlah dia menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah dan sarjana dalam bidang kejuruteraan kimia. Setelah cemerlang dengan keputusan di peringkat Sarjana, pihak universiti telah bersetuju untuk menghantar Atilia menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di UK selama tiga tahun. Bukan jangka waktu yang singkat. Tanpa Umi dan Abah di sisi, sendirian di tempat asing banyak menguji kecekalan hati Atilia. Ah..semuanya sejarah. Bisik Atilia di dalam hatinya, cuba menepis kenangan silam pergi jauh dari mindanya.

"Umi, thanx, for everything..i do really love you and please apologize for entire my mistakes..". Tiba-tiba ucapan itu terluncur laju dari bibir Atilia. Matanya berkaca-kaca. Sarat dengan penyesalan.

"Sayang, please dont 0k, today is your day, be happy and tak mau sedih-sedih, i already forgave you, sentiasa..cause i love you dear, dont worry.." balas Puan Athirah sambil cuba mengukir senyum. Betapa lembut hati seorang ibu, betapa sarat dengan perasan kasih dan sayang, biar sebesar mana pun kesalahan si anak, masih lagi berlapang dada untuk memaafkan.

"Umi..maafkan Atilia, Atilia sayangkan Umi.." berulang-ulang kali kata-kata itu ingin di lafazkan tapi cuma mampu bergema di dalam hatinya sahaja. Dia juga tidak mahu mengungkit kenangan perit yang sekaligus melukakan hati Uminya.

******************************************************************************

Atilia melipat rapi pakaian yang ingin di bawa ke UK. Hatinya melonjak-lonjak keriangan kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, itulah impiannya sejak kecil, ingin mengenal tempat orang. Namun jauh di hatinya, ada rasa sayu dan cemas, selama hidupnya dia tidak pernah berjauhan dengan Umi dan Abahnya. Di Johor dia dilahirkan, di bumi Johor dia di besarkan dan di situ juga dia menimba ilmu. Tidak pernah berjauhan, inikan pula ke negara orang memperjudikan nasib. Atilia resah, gelisah.

Puan Atirah benar-benar memahami gejolak perasaan yang sedang bermain di benak anak gadisnya itu. Puan Athirah merapati puterinya lalu menggenggam erat jari jemari anaknya.

"Sayang, jangan risau, insyaAllah everything just gonna be okay, doa Umi sentiasa untuk Atilia dan Allah juga sentiasa dekat dengan sayang, dont think too much yer sayang, nih, make sure tiada barang yang tertinggal tau?" lembut Puan Atirah memujuk anaknya.

"But i am afraid Umi..nanti apa-apa jadi kat Atilia kat sana, Umi takde, Abah tak de, kak Mira tak de, sape nak tolong Lia?" suara Atilia lirih..

"Apa takut, you are strong my dear, you can face all, believe in yourself, be confident.." Pujuk Puan Athirah lagi, genggamannya di eratkan lagi.

"Sayang, listen..you have nothing to worry. As long as you always remember Allah, tak lupa apa tujuan Atilia ke sana, study betul-betul insyaAllah semuanya baik-baik sahaja. and remember, jaga diri baik-baik. You are pretty my dear, and you are precious..wanita ibarat gula"

Puan Athirah mematikan kata-katanya di situ. Atilia terkebil-kebil memandangnya. Dahinya di kerutkan sedikit, menunjukkan ada sesuatu yang perlu di perjelaskan lagi oleh Uminya.

Puan Atirah tergelak kecil melihat gelagat puteri kesayangannya itu.

"Umi kenapa ketawa? kenapa pulak Umi samakan wanita dengan gula? samakan dengan bunga ke, rama-rama ke, cantik lah jugak.." Atilia muncungkan mulutnya buat-buat merajuk. Puan Athirah menahan gelak. Kemudian menguntumkan senyum.

"Betullah, bunga dan rama-rama pun boleh jugak..tapi Umi lagi setuju kalau wanita itu umpama gula" sambung Puan Athirah lagi. Atilia menancapkan pandangannya tepat ke wajah keibuan Umi yang kini berada tepat di hadapannya.

"Okay, i know you have your own reason, then, what is your reason my dearie mommy?".. Atilia mengharapkan penjelasan dari Uminya. Puan Atilia masih lagi mengukir senyum.

"Sayang, gula tu cepat cair, same goes to women, mudah benar cair, pantang di puji, di puja terus lupa diri, hanyut terbuai perasaan.."

"Sayang, gula itu manis, penyedap makanan dan minuman, same goes to women, tanpa wanita, dunia ini tidak ada serinya, setiap lelaki pasti menginginkan wanita sebagai teman pelengkap kehidupan".. Jelas Puan Athirah lagi. Atilia tekun mendenagr, sekali sekala dia menanggukkan kepalanya.

"Sayang, gula boleh menjadi pepejal dan juga ada masanya bertukar menjadi cecair, same goes to women, ada masanya perlu kental dan ada masanya harus berjiwa lembut sesuai mengikut keadaan.."

"Gula itu putih dan suci, cantik dan bersih jika tidak di kotori bahan-bahan lain, same goes to women, wanita itu cantik dan suci selagi dia tidak di sentuh mana-mana lelaki.."

"And you know what my dear, gula idaman segala semut. Ingat tak pepatah nie, di mana ada gula, di situ ada semut. dan lagi satu, semut mati kerana gula.." Tanya Puan Athirah. Atilia sekali lagi menanggukkan kepalanya.

"Gula itu wanita, dan semut itu lelaki. Gula yang paling manis pasti menjadi idaman semua semut. Wanita yang cantik pasti di gilai semua lelaki..but you must remember, gula di dalam balang dan gula yang terbiar di atas lantai banyak bezanya.. "

"Sebagai wanita, kita harus menjadi gula di dalam balang. terjaga dan terlindung. putih dan suci. kekal manis di situ dan di guna oleh yang benar-benar berhak. kita selamat di dalam balang tidak mungkin di cerobohi mana-mana semut. Kita sangat bernilai dan kita harus menjaga nilai itu.."

"Jangan jadi gula yang terbiar di lantai, pasti menjadi habuan mana-mana semut. Jaga adab, jaga kehormatan dan maruah, jangan sesekali biarkan kehormatan diri di cerobohi sewenang-wenangnya..you must take care of yoursself too..Ingat pesan Umi dan Abah sentiasa..tau?" Puan Atirah mematikan kata, Atilia menangguk perlahan lantas memeluk Uminya..

"Umi, Atilia sayang sangat pada Umi, Atilia akan sentiasa ingat pesan Umi..promise.."..

Janji itu yang pernah di lafazkan dan akhirnya dia juga yang memungkiri janji.

**********************************************************

To Be Continue...

I got something to do, hopefully dikurniakan masa dan peluang untuk sambung cerita ini..

Thanx kepada semua yang sudi membaca, jazakallah khair..

3 comments:

Lisam said...

best, sarat ngan pengajaran dan peringatan. hopefully dapat bace sambungannyee...:D

::ShUhADa :: said...

Best la citer ni,,
Rase mcm penah bace jer,, tp x ingt kat manee n da lupe pun p'jlnan citernye,,,
Tp xpe la, Bace lg skali,, hehe,,
Arap dpt bace smbungan citer ni,,
=)

Anonymous said...

terima kasih sudi baca,
hee..akak tulis sedirik ni so suppose to tk pernah bca kt mana2..
KECUALI..kat iluvislam, haha..
akak pernah post kt iluvislam.
kategori karya kretif..

insyaAllah akan ada sambungannya..
mudah mudahan..=)