+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 22, 2009

Manusia Hebat

Aku berasa hebat,
Setiap kali peperiksaan aku lah juara,
No satu itu milikku..
Semua subjek aku dapat A,
Mathematik atau sains,
Semuanya aku jawab mudah.
Kacang jer!!

Aku berasa hebat,
Mataku ayu hidungku mancung kulitku putih,
Tiap kali melangkah semua mata memandangku,
Rambutku panjang mengurai jadi idaman setiap jejaka,
Wajahku di calit warna di rias indah,
Penampilanku anggun bergaya, cantik menawan,
Aku bangga di puji di puja.

Aku berasa hebat,
Keretaku besar, rumah ku besar,
Isteri-isteriku cantik-cantik belaka..
Terlebih kuota ku tambah mistress..
Poketku tebal berisi wang,
Bank simpanan usah di bilang,
Orang miskin memang aku tak pandang.
Hartaku milikku itulah prinsipku.

Aku berasa hebat,
Bila aku berkata-kata semua orang terpegun,
Segala hujahku tak pernah di sangkal,
Setiap butir kataku semuanya dianggukkan saja,
Berdiri atau duduk, aku tetap di pandang tinggi.
Megahnya terasa diriku ini,
Aku berjalan sentiasa mendongak.

Siapakah manusia hebat?
Apa yang hebat?

Hebatkah kita jika kita berharta?
Hebatkah kita jika kita berpangkat?
Hebatkah kita jika kita cantik?
Hebatkah kita jika kita mempunyai segalanya?

Apa yang hebat?
Qarun yang berharta juga mati!
Firaun yang berkuasa juga mati!
Semua orang pasti akan mati!

Apa yang hebat?
Andai semua milik kita cuma pinjaman?
Sampai masa kehendak Tuhan ia akan sirna!
Sampai ajal semuanya di tinggalkan!

Apa yang hebat?
Di alam kubur kita sebatang kara,
Di balut cuma sehelai kain putih,
Liang lahad sempit menghimpit.

Tiada lagi wang ringgit.
Tiada lagi pangkat dan harta.
Tiada lagi rupa paras yang cantik.

Lalu, siapa manusia hebat?

Jom..sama-sama kita fikirkan..^^


Nukilan: Aku Sendiri

4 comments:

Jolynn said...

Manusia 'hebat' di dunia je... Lepas mati, dilupakan. Melainkan lah kalau mereka ada contribute something important macam Albert Einsten. Ana suka ayat ni dari Einsten: "Science without religion is LAME."

;)

Anonymous said...

Dunia yg sementara..
Kita hebat klu dpt contohi Rasulullah, di kenang sepanjang zaman dan di akhirat juga jd penghulu..

Ada 'something' yg nak diceritakan pasal 'manusia hebat' nie..tp tk kesampaian lg-so nk cepat buat puisi dulu..insyaAllah-jika ada peluang akan di sambung semula..insyaAllah..

sketsa sebuah perjuangan said...

stuju ngan adawiyah sama asniza

ada orang hebat hanya kerana dunia semata mata, tidak untuk akhirat

biarlah kita menjadi orang yg hebat yang mampu untuk menggungguli keperibadian yang sama spt RasuluLlah saw

cLoVer4miza said...

tanamkan cita2 jd hebat di dunia dan akhirat..