+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, January 11, 2009

Usah Simpan Semuanya!

Pengalaman mendewasakan seseorang. bertambah angka usia tidak semestinya dapat menjamin kematangan seseorang. Biasanya lebih banyak pengalaman yang di lalui maka lebih matang seseorang itu dalam berhadapan dengan pelbagai situasi atau masalah. Dan selalunya juga, selaras dengan pertambahan usia, tahap kematangan seseorang juga akan bertambah berkadar langsung dengan pertambahan peristiwa atau pengalaman yang sudah di lalui. Cuma, terserah kepada individu tersebut untuk mengambil pengalaman yang sudah di lalui itu dalam aspek positif atau negatif.

Ada yang tersepak batu, terjatuh dan terus bangun. Lain kali bila lalu di tempat yang sama, dia lebih berhati-hati supaya tidak terjatuh lagi dan kadang-kadang melompat lebih tinggi supaya bukan saja tidak jatuh, tapi ingin menjadi lebih baik sebelumnya.. Ada juga yang bila tersepak batu, terjatuh terduduk menangis tanpa henti dan tidak mahu bangkit lagi, dan ada juga yang tersepak batu, terjatuh lalu bangun namun keesokannya bila lalu di tempat yang sama dia tidak berhati-hati lalu terjatuh lagi...di tempat yang sama..Manusia ada pelbagai ragam dan gelagat. Kita dalam kategori yang mana?

Straight to the point..ada manusia yang bila di timpa musibah, bersedih seketika namun semangatnya segera pulih dan berhati-hati supaya tidak di timpa musibah yang sama, ada yang bila di timpa musibah, berusaha lebih kuat supaya bukan saja tidak mengulangi nasib malang yang sama tetapi mampu mencapai kejayaan yang lebih baik dan ada juga yang bila di timpa musibah, terus meratapi nasib diri dan tidak mahu berusaha mengubah nasib dan ada juga yang bila di timpa musibah, tidak mahu belajar dari kesilapan yang sudah. lalu musibah sama terus berulang, dan lebih teruk dari itu, ada yang bila di timpa musibah, bukan saja berulangkali di timpa musibah yg sama, malah di timpa musibah yang lebih teruk dari hari yang sudah. Tidak pernah belajar dari kesilapan...bagaimana dengan kita?


Tulis Nama Atas Pasir

Pada suatu masa, ada dua orang sahabat baik, Abu dan Bakar. Mereka berkawan baik sejak kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua orang manusia yang lain hati dan minda. Suatu hari, Abu secara tidak sengaja telah menyakiti hati Bakar. Bakar bersedih lalu menulis di atas pasir, mencatat apa yang di lakukan oleh Abu terhadapnya. Abu melihatnya dan setelah bermaaf-maafan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Suatu hari, Bakar di dalam kesulitan dan Abu dengan segera membantu Bakar. Bakar sangat berterima kasih lalu mengukir di atas batu kebaikan yang telah Abu lakukan terhadapnya. Abu yang melihatnya kehairanan lalu bertanya.

"Kenapa tempoh hari semasa aku menyakiti hati kamu, kamu menulis di atas pasir dan sekarang bila aku membantu kamu, kamu menulisnya pula di atas batu?"


Bakar menjawab:

"Jika kita menulis di atas pasir, ia tidak akan kekal lama. bila angin datang meniup pasir-pasir tersebut akan hilang dan seterusnya apa yg aku tulis juga akan hilang. tapi aku menulis kebaikan kamu di atas batu supaya ia terus kekal di situ lebih lama, sampai bila-bila"

"Begitu juga hati aku, aku akan memaafkan kamu di atas kesilapan kamu dan segera melupakannya..tapi kebaikan yang telah kamu lakukan padaku, tak mungkin akan aku lupa sampai bila-bila.."

Moral of the story: dalam menempuhi kehidupan ini, pelbagai dugaan dan ujian datang menduga. dalam kehidupan ini juga kita akan bertemu dengan pelbagai ragam orang. ada yang menghiburkan dan ada yang menyakitkan. pengalaman yang di kutip juga ada yang manis dan ada yang pahit mengalahkan hempedu. Namun ingatlah, jangan simpan semua kisah sedih itu di dalam hati dan minda. Jangan di kenang dan di imbas berulang2 kali. Kelak hanya akan menambah luka di hati. Dan selamanya luka itu tidak akan sembuh. Lalu jadilah kita orang yang sentiasa bermasam muka, bersedih hati lalu tiada semangat hidup. Tiada semangat untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Ubat hati yang paling mujarab adalah memaafkan dan melupakan segala kisah yang sedih dan hampa. untuk menjadi seorang yang bahagia kita sepatutnya menutup lembaran kisah duka, simpan kemas dan rapi dalam lipatan sejarah dan usah di kenang semula. biarkan kisah sedih itu terus kusam dan memburuk di situ dan biarkan ia lupus. Hidup ini penuh dengan warna-warni, maka teruskan hidup dengan mencari sinar baru yang lebih baik. terokailah hidup yang indah ini dengan azam dan semangat baru. InsyaAllah kebahagiaan yang di cari pasti akan di temui.

Orang yang suka mengenang hari yang lepas adalah orang yang rugi. Selalu bersedih mengenangkan perkara yang sudah tiada tidak menguntungkan. Sesungguhnya perkara yang sudah berlalu tidak mungkin dan mustahil akan berulang lagi. Menangis berairmatakan darah juga tidak mungkin dapat mengubah sejarah. Hari lepas adalah sejarah yang tidak mungkin berulang dan hari esok adalah suatu mimpi yang tidak pasti..namun kita harus tabah dan berani menghadapi realiti kehidupan. Kita hidup kerana hari yang lalu namun hari esok tak semestinya milik kita. hanya Dia yang Tahu.





Memaafkan dan Melupakan.


Bagi aku, memaafkan terlalu senang dan mudah untuk di lakukan, tapi untuk melupakan, mungkin memerlukan masa seribu tahun, itu pun belum tentu aku mampu, tapi aku akan mencuba! Bukan senang bagi diri aku hidup bertemankan kenangan silam dan sememangnya menyukarkan perjalanan hidup aku...maka aku tekad untuk mengubah diri.

Sesungguhnya, apa yang aku tulis ini adalah motivasi untuk diri aku sendiri, kata-kata semangat untuk aku, harapan terhadap diri sendiri supaya aku dapat hidup lebih baik dari hari-hari yang sudah..dan sekiranya dapat memberi manfaat kpd kalian yang membaca, aku bersyukur..Alhamdulillah.

"Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semoga saudara2 ku di Palestin akan tamat penderitaanya secepat mungkin. Ya Tuhan, kasihanilah kami, lindungilah kami, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat.."

2 comments:

Anonymous said...

salam..saya dapat link blog akak kat i luv islam...nk bc cerpen sbenarnye...n saya pun p la baca entry2 akak sblum ni...

kata2 motivasi akak mmg bes n saya suka...mmg dpt memujuk hati ni yg sdang sdih jgk la..sya pun ska tulis kata2 motivasi cm ni..

terima kasih n smoga ad lg kata2 motivasi yg blh menginsafi dan mentarbiyah diri ini...

AsNiza said...

salam diha..

terima kasih sudi luangkn masa di sini..

i do appreciate, so much..semoga sama2 dpt manfaat..^_^