Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Jujur saya mengaku, kali ini saya merasa malu, segan, rendah diri untuk mencoret sepatah dua kata di sini. Allah melarang kita berkata sesuatu yang tidak kita lakukan.
Jadi, jika saya sendiri tidak mampu berfikiran positif, bagaimana mungkin saya boleh menulis sesuatu yang positif. Hmm. Beginilah mudah kata. Kalau saya berbau najis, mustahil saya dapat boleh mewangikan orang lain. Logiknya begitu, kan?
Jadi, jika saya sendiri tidak mampu berfikiran positif, bagaimana mungkin saya boleh menulis sesuatu yang positif. Hmm. Beginilah mudah kata. Kalau saya berbau najis, mustahil saya dapat boleh mewangikan orang lain. Logiknya begitu, kan?
Namun, sebelum saya 'bercuti' seketika dari ruangan ini, harus juga saya menulis sepatah dua kata. Sebelum berundur membawa diri seketika, sebagai kenang-kenangan. InsyaAllah. Moga Allah memberi kekuatan. Dan semoga kita peroleh manfaat darinya..
Biasalah kan. Kadang-kadang kita ketawa, kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita berasa kuat, kadang-kadang kita berasa lemah. Hidup memang begini. Bukan namanya hidup di dunia jika tidak diuji. Bukan namanya hidup di muka bumi jika tiada masalah. Selagi mana kita bergelar hamba, berjalan dan bernafas di muka bumi ini. Selagi itu jugalah kita akan berhadapan dengan ujian dan rintangan. Namun begitu, syukurlah kerana kita ini beragama Islam. Walau apa jua keadaan diri kita, kerana percaya bahawa Allah itu sentiasa ada, insyaAllah, biar setebal mana penderitaan yang kita lalui, kita akan mampu menempuhinya.
"When the through get tough, only the tough can get through."
Biasalah kalau terjatuh dan terluka ketika mengembara. Apa yang penting, bangkit dan ubati luka. Biasalah tersesat dan terkeliru dalam mencari arah, apa yang penting, kembali ke jalan yang lurus, mulakan semula pengembaraan yang tertangguh dengan persediaan yang lebih baik.
Biasalah tu. Kan? Kita merancang, tapi Tuhan juga merancang. Oleh yang demikian, jika gagal di pertengahan jalan, jangan menyalahkan diri sendiri dan jangan pula menunding jari kepada orang lain. Jangan sekali-kali menyalahkan takdir. Terimalah segalanya dengan hati yang redha. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui dan maha mendengar. Dia tahu semuanya, jangan bersedih. Jangan pula berputus asa. Teruslah bersangka baik kepada Allah swt.
Ada sesetengah orang, apabila selalu dilimpahi dengan kesenangan dan kasih sayang, dia mula menjadi tamak. Kedekut untuk berkongsi walau sebesar zarah apa yang dia miliki dengan insan lain. Tidak sanggup rasanya orang lain rasa apa yang dia rasa. Barangkali, terlupa bahawa segalanya milik Allah, kita cuma meminjam. Biasalah tu.
Pendek kata beginilah. Kita dah biasa ada dua kaki, janggal rasanya bila sepotong jari kudung. Kita dah biasa memandu kereta mewah, janggal rasanya bila terpaksa berjalan kaki di bawah panas terik mentari dari satu tempat ke tempat yang lain. Kita dah biasa melihat dengan dua mata, janggal pula bila mata mulai rabun. Susah untuk menerima sesuatu diluar kebiasaan kita. Biasanya begini.
Kadang-kadang, kerana yang biasa ini juga boleh membuatkan kita sukar untuk menerima suratan dan ketentuan Ilahi. Kerana yang biasa ini juga, kita mahu segalanya kekal sempurna seperti asalnya tanpa ada cacat dan cela. Kita tidak dapat menerima ketidaksempurnaan. Biasalah ni, manusia memang begini. Sebab itu berulangkali Allah berfirman di dalam Al-Quran, sangat sedikit hambaNya yang bersyukur. Oleh itu, waspadalah...
Ada yang biasa itu bagus untuk kita. Tapi ada juga yang sebaliknya. Maka. Berhati-hatilah dalam membiasakan diri pada yang biasa dan juga pada yang luar biasa. Moga kita biasa dengan suruhan dan perintah Allah. Biarpun sulit, alah bisa tegal biasa. InsyaAllah.
Moga Allah melindungi kita semua.
No comments:
Post a Comment