Petang itu indah seperti biasa. Langit biru terbentang luas, awan putih berarak menambahkan lagi keindahan alam. Burung-burung terbang bebas berkawan. Subhanallah. Maha suci Allah yang Maha Pencipta.
Aku duduk di atas bangku cokelat kegemaranku, santai. Dia setia menemaniku. Sepi tanpa kata. Kami menikmati keindahan petang itu bersama-sama tanpa suara.
Prakkk!
Bunyi yang agak kuat telah mengejutkan lamunan aku dan dia. Serentak kami melontar pandangan ke arah sepasang kekasih yang jatuh terjelepuk ke tanah apabila bangku yang mereka duduk, roboh tiba-tiba. Mereka menggosok pinggul dan tubuh masing-masing lalu bangkit dalam kesakitan.
"Nasib baik kita tak duduk kat bangku tu tadi," spontan aku bersuara. Sebenarnya bersyukur kerana terlepas daripada musibah seperti itu.
"Kau ingat semua yang terjadi pada kita, semuanya bergantung kepada nasib ke?" segera dia memintas.
"Baik kau berhati-hati dalam berkata-kata. Tiap apa yang berlaku semuanya adalah kerana takdir dan ketentuan Allah. Bukan kerana nasib atau kebetulan semata-mata," dia menyambung lagi.
Aku cuma menganggukkan kepala. Mengerti dan tiada bantahan.
"Kau tahu, sekarang aku ada secret admirer.. Hmm.. Ini pun bukan kebetulan, bukan nasib la kan? Tapi takdir Allah untuk aku. Betul tak?" aku pula menyambung bicara.
Dia menganggukkan kepala kemudian bertanya, "Orang lain sepatutnya gembira bila ada peminat, kau ni monyok semacam ni kenapa?
"Mana tidak, aku rimas la ada stalker macam tu. Dah tu, apa yang aku buat semuanya salah pada pandangan dia. Letih betul.." Seakan mengeluh aku bersuara.
"Niat aku satu saja, nak berdakwah, nak ajak orang buat baik kerana Allah.. Dia kata aku ni riak, ada ilmu suka menunjuk-nunjuk, tidak ikhlas dan salah guna hadis dan ayat Quran sedangkan aku pun tak betul,"
"Kemudian bila aku beri penjelasan, dia kata aku mengaibkan orang, menjatuhkan maruah orang, memanjang-manjangkan cerita, cari gaduh dan macam-macam,"
"Bila aku diam buat tak peduli, aku sangka masalah akan selesai. Rupa-rupanya tidak, dia tetap juga mengganggu hidup aku,"
"Bila aku minta tolong daripada seseorang untuk fahamkan orang yang berkenaan dan jangan ganggu aku lagi, ada orang lain tuduh aku fitnah pulak. Aduh. Boleh migrain aku dengan perangai orang"
"Sekarang, sikit-sikit aku faham bagaimana perasaan orang yang ingin ajak orang ke arah kebaikan. Bukan saja ditolak, tapi dibenci dan dimusuhi..." panjang berjelal aku meluah perasaan. Dia sekadar mendengar dan tersenyum. Dia paling mengerti. Dalam keadaan begini, aku bukan ingin dinasihati, aku sekadar mahu berkongsi beban yang aku galas di bahu.
Setelah aku mendiamkan diri beberapa ketika, dia kemudiannya bersuara.
"Baguslah kalau kau sedar dan tahu bahawa bukan senang nak berdakwah. Kalau senang, dah tentu ramai orang akan melakukannya."
"It's good for you, to train yourself to be a better daei, to control your anger, to improve your knowledge, to learn how to be more tolerate and patient, insyaallah.. Banyak hikmah di sebaliknya cuma kau yang belum nampak.."
"And one more thing, kau patut bersyukur kerana ada orang yang sudi beri perhatian lebih pada kau. Maknanya mereka perihatin dan ambil berat pada kau. Dan mungkin juga, kau ada sesuatu value yang mereka tidak ada, and they envy you for that.."
"Aku setuju dengan kau. Tentu ada hikmah yang tersembunyi. Tapi, aku bukannya ada apa-apa. Aku manusia biasa ada banyak kelemahan. Cara mereka benar-benar menguji kesabaran aku, buat aku rasa yang aku ini begitu di benci.. "
"If u are true, i have some value. Come on! To beat me, please be better than me. But don't hate me. Untuk kalahkan aku adalah dengan jadi lebih baik daripada aku, bukan dengan cara menjatuhkan aku.." ujarku lagi lalu diam mengunci bibir.
Dia menatapku dengan pandangan yang sayu. Aku tahu dia tahu. Cukuplah dia dan Dia, biar seluruh dunia membenciku, akan aku teruskan langkah.