+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, April 12, 2012

Kita Punya Dia

Ada masanya kita buntu, tidak tahu ke mana arah ingin dituju. Tidak tahu apa yang terbaik yang perlu kita lakukan. Ingin melangkah ke hadapan namun kaki terasa berat. Ingin terus diam berpeluk tubuh namun resah di jiwa kian hebat.




Kita mahu berdoa, ingin meminta dari Allah tapi kita sendiri tidak pasti apa yang kita mahu. Kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tapi Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Apa yang kita ucapkan mahupun tidak, Dia lebih mengetahui. Bukankah Dia lebih dekat daripada urat leher kita?

Andai penat berlari. Berhentilah berehat, serahkanlah segalanya pada Allah swt untuk 'menguruskan' yang selebihnya. Bertawakal dan redha dengan apa jua suratan dari Ilahi.

Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan menzalimi hambaNya. Dia akan memberi sebaik-baik ganjaran kepada hambaNya yang beriman dan sabar dengan apa jua musibah. Mungkin buruk pada pandangan kita adalah sebenarnya terbaik buat kita.

Allah ciptakan kita, dengan takdir yang sudah tertulis. Kita berjalan di atas landasan yang telah ditetapkan buat kita. Usah bersedih dan berduka cita. Terimalah segala ketentuan dariNya dengan berlapang dada.

Tiada pipi yang tidak pernah basah. Tiada manusia yang hidupnya tak pernah ada masalah. Kita semua sama saja, yang beza cuma mungkin 'bentuk' masalah dan bagaimana 'corak' penerimaan kita.

Kalau kita bersedih kerana kehilangan orang yang kita sayang, ingat saudara-saudara kita di Acheh, sekali ombak besar datang, semuanya musnah tinggal sebatang kara. Jika kita bersedih mengenangkan kesempitan diri, ingat saudara kita di Palestin setiap hari tertanya-tanya apakah esok mereka masih hidup atau pun tidak.

Kita bukanlah orang yang paling malang, selagi Allah masih di hati, kitalah manusia yang paling beruntung.

Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah diri.

1 comment:

Nuur said...

Akak, kata2 akak sungguh mencengkam hati, syukran akak, saya minta izin copy tuk dimasukkan kdalam blog saya kata2 akak ni ye..