Timba berlumut hijau dicampak ke dalam kali. Perlahan-lahan Halijah menarik tali timba, satu persatu sehingga tangan kecilnya dapat menggapai timba itu kembali. Halijah membasuh tangan dan kakinya, selut dan lumpur yang melekat di tubuh digosoknya berkali-kali. Lumpur itu akan hilang. Selut itu juga akan tanggal bila disental namun kata-kata Mak Munah sebentar tadi tetap juga tidak mahu hilang. Masih jua terngiang-ngiang di benaknya, tidak mahu pergi.
'Apakah orang miskin seperti kami akan miskin selamanya..' berkali-kali soalan itu menerjah mindanya, namun Halijah sendiri tidak punya jawapan. Apa yang dia pasti, dia punya cita-cita dan keiginan untuk berjaya. Dia nekad akan terus berusaha untuk mencapainya. Demi emak, demi ayah, demi kakak, demi adik-adik. Demi masa depan mereka semuanya. Ah. Hidup ini bukan mudah. Namun aku tak akan mudah mengalah. Halijah berbisik sendirian. Timba dicampak lagi dan lagi. Kaki disental lagi dan lagi. Dan suara Mak Munah perlahan-lahan pergi bagai angin lalu.
"Emak, Jijah dah balik, sakit emak teruk lagi ke?" Halijah memicit kepala Mak Senah yang sedang terbaring lesu. Sudah seminggu sakitnya itu memaksa dia terlantar di tilam lusuh. Berjumpa doktor mereka tidak mampu, kenderaan juga tiada membataskan lagi pergerakan. Mak Senah hanya mampu berdoa pada Ilahi, biar sakitnya itu segera pergi. Biar dia dapat kembali turun ke bendang menyemai anak padi bersama Halijah. Tidak sanggup rasanya lagi membiarkan anak keduanya yang berusia 15 tahun itu sendirian mengerjakan sawah. Bukan Mak Senah tidak simpati namun dia juga tiada pilihan. Tambahan pula Halijah sendiri yang beria-ia mahu membantu. Mak Senah bersyukur kerana dalam susah dan payah, Halijah sentiasa ada menjadi penawar.
"Alhamdulillah, emak dah baik sikit dah, esok lusa dapatlah emak turun ke bendang sama-sama dengan Jijah," lemah Mak Senah menjawab soalan anaknya. Sekadar menyedapkan hati si anak sedangkan dia sendiri tahu betapa lemahnya jasadnya ketika itu. Sedangkan dia juga tahu betapa sakit di kepalanya itu menggigit-gigit setiap urat saraf dan sendi. Mak Senah mengukir senyuman, bagai memujuk si anak yang sedang menatapnya penuh simpati.
"Lega Jijah dengar, Jijah tak mahu mak sakit lagi.. Jijah sayang mak.." Suara Jijah serak basah, menahan tangis. Matanya bergenang air mata. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia sayangkan emak. Hanya Tuhan yang tahu betapa resah gelisah, cemas perasaannya saat si emak rebah ketika sama-sama sedang mengerjakan sawah. Hanya Tuhan yang tahu. Sungguh. Dia belum bersedia kehilangan emak. Dia tidak sanggup berpisah dengan emak, walaupun sehari, apatah lagi selamanya. 'Halijah sayangkan emak,' bisik suara hati si anak.

No comments:
Post a Comment