+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, August 17, 2010

Apa Masalah Orang Lelaki Sekarang?

Musykil. Bulan Ramadhan yang mulia, kita mengharapkan keampunan dan keberkatan, namun malangnya di dada akhbar, kaca televisyen, kita 'dijamukan' dengan berita yang menyedihkan lagi menyesakkan dada. Bayi di buang. Lelaki mengamuk bunuh isteri. Ayah kandung simbah asid ke atas anak-anak dan isteri. Macam-macam lagi. Mengapa?

Bukan keampunan yang dicari, tapi dosa yang ditambah. Kenapa?

Bukan berniat mengutuk, menghina kaum berlainan jenis. Tidak! Cuma saya hairan dan tertanya-tanya, kenapa begitu mudah mereka hilang sabar, hilang keimanan, hilang akal lalu menyebabkan mereka bertindak di luar batasan?

Pernah suatu ketika, pengasas rumah perlindungan bagi gadis-gadis terlanjur berkata ketika tampil dalam rancangan Semanis Kurma. Katanya, kebanyakan kes gadis terlanjur berpunca daripada pihak lelaki. Orang lelaki cenderung 'bercita-cita', berangan, berimpian, berhasrat untuk menyetubuhi gadis. Sesama mereka bila bersembang, bangga menceritakan kerja-kerja terkutuk. Ligat pula merancang cara untuk 'mengenakan' gadis yang diimpikan. Akhirnya, bila dipujuk rayu, dijanjikan harapan palsu, gadis-gadis tersebut tewas dan sanggup menyerahkan apa sahaja.

Bukankah seharusnya, lelaki sebagai pembela dan pelindung wanita? Tapi mengapa kini mereka yang jadi pemusnah?

Hasilnya, ramai yang mengandung luar nikah, ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan. Dan ada yang bertindak lebih kejam dengan membuang anaknya di merata-rata. Jika pada zaman jahiliah mereka sekadar membunuh anak perempuan, tapi kita lebih jahil dari itu kerana membuang anak tidak kira jantina. Astagfirullah.

Sekali lagi, saya tidak terniat untuk menyalahkan pihak lelaki secara total. Cuma, saya berharap, agar pihak lelaki, yang kononnya dianugerahkan 9 akal, yang punyai kekuatan fizikal dan mental, sebagai pelindung dan pemimpin para wanita, tolonglah, kasihanilah kami. Sayangilah kami seperti yang seharusnya.

Dan pesanan kepada diri sendiri, juga wanita sekalian.

Kita ibarat kertas putih yang nipis. Bila-bila masa sahaja kita akan renyuk atau koyak. Bila-bila masa sahaja kita akan kotor diconteng atau disalut lumpur. Jaga diri baik-baik.

Yang terkoyak boleh dicantum dengan 'selotape' tapi ketahuilah, sempurnanya sudah tiada.

Yang terconteng boleh dipadam dengan 'liquid' paper tapi ketahuilah, kotornya tetap ada di situ.

Moga Allah memberi kita kekuatan seperti Sumayyah, atau Asiah, atau Rabiatul Adawiyah. Moga Allah melorongkan kita ke pintu syurga. Dan semoga, syurga menjadi destinasi kita.

Amin ya rabb..





8 comments:

kotak kosong said...

Bahasa yang menarik.. Keep it.. Salam ziarah buat pertama kali

Anonymous said...

Salam.

Org slalu akn nampak kekurangan kaum ppuan itu dan ini.nmn sgt sedikit yg membalikkan persoalan sebagaimana persoalan kepda ppuan dilontarkan semula kpda lelaki. mgkin patut kita lelaki dn ppuan tadabburi ayat surah An Nur pada ayat 30.

"katakanlah kepada laki-laki yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya.yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

sgt menyedihkn.

AsNiza said...

salam ziarah afina..

moga jangan serik berziarah lagi ya =)


Anony..

Allah maha adil, Dia berfirman lagi dalam ayat yang ke-31:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "

tapi kita hamba-Nya yang sering menzalimi diri kita sendiri...

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum...

Lamanya...

Back to the topic.

Ada lelaki, adanya perempuan. Ada perempuan, adanya lelaki. Di sebalik penciptaan manusia pertama, kenapa diciptakan, Allah jua yang Maha Mengetahui.

Selalu juga membaca berita-berita online dek kerana tak pernah membeli surat khabar. Apa jua perihal, berita yang terpacak dalam akhbar seperti sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Bukanlah benda ini baharu, tetapi sejak sekian lama ia terjadi. Cumanya, mungkin sekali datang macam banjir kilat. Balik-balik berita yang sama sahaja.

Beginilah masyarakat, jika tiada tapak asas yang kukuh dalam agama, mudah sahaja nafsu merajai hati dan minda. Meskipun tanpa bantuan syaitan. Hatta kerana nafsu dididik untuk cenderung kepada keburukan.

Semuanya, berbalik kepada tapak asasnya. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Tua atau muda. Miskin atau kaya. Yang hidup atau yang dah nak nazak dah. Iman dan akhlak perlu dirangkumkan menjadi satu tapak yang kukuh, pastinya kejadian seperti itu tidak berlaku dan tak berulang.

Akhir kata, koreksi diri sendiri selalu. Buat saya dan juga buat teman.

Selamat Berpuasa Penuh dalam Ramadhan buat Kak As. Hehe...

Wallahu a'lam.

AhmadNizamuddin said...

Jaga-jaga dengan tajuknya. Sekali baca, berderau darah dibuatnya. Banyak kali berfikir, paras tekanan darah turun dengan mendadak. Ada pro, ada kontra. Haha... Aduihh...

AsNiza said...

Nizamuddin..

Mmg lama.. ehe..

Erm, tajuk tu mmg agak 'melampau' tp masa tu tk tau nk letak apa so, mana2 yg terasa tu mohon maaf la ya..

Betul3.. Apa yang penting bagi sebuah rumah adalah tiang. Asas mesti kukuh, kita juga, kalau berpegang kepada ajaran agama yang sebenar2nya, tiada siapa yang sanggup buang anak merata2. Kalau harimau pun sayang anak, kita yang ada akal, ada naluri ni sepatutnya sayang lebih dari itu.

Koreksi diri. Muhasabah diri. Dan, jangan fikir nak masuk syurga sorang2. Amar makruf nahi munkar jom.

Wallahua'alam.

Anonymous said...

Orang lelaki memang jahat, semua salah orang lelaki!!

AsNiza said...

Anony~

bukan begitu maksud saya.. tidak semua lelaki jahat, tidak juga semua perempuan baik.. cuma apa yg saya harapkan, lelaki yg sepatutnya jadi pemimpin dan pembimbing perempuan, biarlah jadi seperti yang sepatutnya...