13 Ogos bersamaan 3 Ramadhan, alhamdulillah, saya masih lagi bernafas di bumi yang bertuah ini. Kontrak pinjaman jasad dan nyawa ini masih dipanjangkan hingga ke saat dan detik ini, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Hari ini, alhamdulillah dan saya bersyukur kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, saya peroleh banyak berita gembira, yang menghiburkan hati, menenangkan jiwa, mendamaikan dan mententeramkan.. Alhamdulillah.
13 Ogos genap 3 bulan saya berkhidmat di tempat baru ini. Sebelum ini saya pernah menulis di dalam blog ini, ada 'sesuatu' yang menanti saya di sini.. dan saya tercari-cari serta tertanya-tanya, dan sekali lagi saya memuji Ilahi, kerana hari ini persoalan saya terjawab serba sedikit. Barangkali bukan sepenuhnya kerana hanya Allah yang lebih mengetahui, namun yang sedikit itu adalah memadai buat saya, untuk saya terus menyusun dan menguatkan langkah, mara terus ke hadapan.
Ibrah yang cuba saya ambil, menurut pandangan saya sendiri, Allah sengaja 'hantar' saya ke sini, kerana masanya sudah tiba untuk saya keluar dari 'zon selesa'. Kalau dulu saya berada dalam 'zoo', makan disuap, dijaga dan dilindungi dari pemangsa, dimandikan dan dihiburkan, tapi kini saya terbang bebas di dalam hutan yang penuh misteri. Pelbagai dugaan dan ujian sedang menanti saya di sini.
Kalau dulu saya dikelilingi oleh mereka yang menyayangi diri ini, senang dengan diri ini, sentiasa menyokong dan cuba memahami diri ini, namun kini, saya terdedah kepada pelbagai kerenah dan ragam manusia. Allahu ALlah, inilah sebenar-benar kehidupan yang baru kini saya berhadapan dengannya. Mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan lebih pertingkatkan ilmu dan amalan.
Jika dulu saya dengan mudahnya memberi nasihat, mengingatkan dan memberi cadangan. Selalunya sehala melalui blog dan kadang kala berforum. Perbezaan pandangan cuma sekadar melalui tulisan, amar makruf cuma melalui tinta, namun kini, sudah tiba masanya untuk saya praktikkan apa yang telah saya pelajari selama ini. Jika begini yang terjadi, apa yang harus saya lakukan dan jika begitu pula yang terjadi, apa yang patut saya buat. Hidup tidak semudah ABC, penyelesaian bukan seperti campur atau tolak angka. Segalanya misteri. Dan kita cuma tahu bila kita melaluinya.
Kaki ini akan terus melangkah. Biar sukar, biar perit. Selagi Allah izinkan kita hidup di muka bumi ini. Jangan berhenti. Terus mara.
Langit tak selalunya mendung. Sekali sekala Allah 'hadiahkan' kita dengan pelangi yang indah. Bukan namanya hidup kalau tidak diuji, tidak diduga. Oleh yang demikian, biar sesukar mana sekalipun, kita haruslah tabah dan tidak berputus asa, teruskan tersenyum bila mana hati mahu menangis, teruskan berfikiran positif dan jangan berburuk sangka pada Allah. Bersama kesusahan, ada kesenangan, insyaAllah.
Berita gembira 13 Ogos 2010. Pagi-pagi saya dapat SMS daripada seorang saudara yang saya kenal ketika menziarahi Raudhatu Sakinah. (Boleh rujuk entri "Airmata Berguguran Di Raudhatus Sakinah"). Syukur kerana beliau sudah kembali bersama keluarga, meneruskan kehidupan secara normal dan tetap tidak melupakan saya, alhamdulillah, moga-moga ukhwah fillah ini sentiasa dirahmati Allah.
Dan, berita gembira juga kerana hari ini saya mendapat perkhabaran dari adinda di seberang laut, gembira dan terharu melihat dia gembira. Alhamdulillah.
Lagi, gembira kerana saya berkesempatan memasak dan berbuka puasa bersama sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Ada masak lemak cili api, ikan goreng, kerang rebus, sayur campur, lauk sotong, kuih muih. Alhamdulillah.
Juga, gembira kerana berkesempatan solat terawih berjemaah dengan teman serumah di surau berhampiran, Alhamdulillah dapat menikmati suasana berterawih bersama jiran tetangga. Alhamdulillah.
Sungguh, kita punya banyak sebab untuk bergembira dan bersyukur, cuma, terserah kepada cara kita melihat dan menilai. Ada orang, dapat wang seringgit gembira bukan kepalang. Ada orang dapat wang seratus pun tidak terasa apa-apa.
Kita bagaimana?

No comments:
Post a Comment