Sebenarnya hidup saya bukanlah seindah mana. Sejak kecil, meniti remaja hingga ini, ujian dan dugaan tidak pernah berhenti menguji dan menduga diri ini. Jika mahu diikutkan kehendak hati, sejujurnya saya mampu menangis setiap hari. Biarkan pipi ini sentiasa basah dengan airmata sepanjang masa, andai itu yang saya pilih.
Namun saya bersyukur kerana saya dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam. Saya bersyukur kerana saya percaya dan yakin kepada 6 rukun Iman. Saya bersyukur kerana saya yakin bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, setiap masa dan waktu malaikat rakib dan atib sentiasa mencatit amalan saya, saya percaya dan yakin dengan Al-Quran yang di turunkan oleh-Nya, saya percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya juga percaya adanya hari kiamat serta saya juga yakin dan percaya, setiap apa yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, manis atau pahit, semuanya adalah mengikut ketetapan Qada' dan Qadar Ilahi.
Alhamdulillah. Kerana keyakinan dan kepercayaan itulah, setiap hari saya mampu memilih untuk tersenyum, bukan menangis.

5 comments:
sy pun mahu memilih untuk tersenyum walaupun hati menangis...
dulu, sblum dulu, skrg masih juga aku menagis
ah, ini Qada' dan Qadarnya;)
Assalamu'alaikum...
Saya cuba memilih airmata kerana saya seorang yang sukar mengalirkan air mata. Hehe...
Saya memilih untuk menangis kerana begitu payahnya untuk saya menangis.
Saya juga memilih untuk tersenyum kerana saya tahu saya memang akan tersenyum walaupun sekali.
Saya memilih untuk habis cerita saya di sini sahaja kerana saya tahu jika tidak habiskan, maka saya akan lebih banyak mengata dari banyak berkata.
Huahuahuahuah...
Wallahu a'lam...
sy mampu tersenyum utk org lain sedangkan hati sy sedang menangis utk diri sendiri.
~ adakah kebanyakan dari kita adalah 'pelakon'?
Post a Comment