Bismillah, maaf andai ada yang tak berkenan, entri kali ini masih berkisar tentang cinta. Kepada yang tidak berminat, sila abaikan entri kali ini ya, terima kasih :)
Dari mana datangnya rindu?
Dari rasa menyentuh kalbu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke jiwa.
Dari mana datangnya rindu?
Dari hati yang terbelai syahdu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari jiwa yang asyik merasa.
Dari mana datangnya cinta.
Dari rindu angkara cerita.
Dari mana datangnya rindu?
Dari rasa menyentuh kalbu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke jiwa.
Dari mana datangnya rindu?
Dari hati yang terbelai syahdu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari jiwa yang asyik merasa.
Dari mana datangnya cinta.
Dari rindu angkara cerita.
Mabuk Cinta.
Saya tidak pasti kenapa, adakah kerana kaum hawa tiada perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan selain dari soal cinta atau kerana kaum adam yang ego tidak suka berbicara soal cinta dalam keadaan terbuka, namun yang pasti, ketika memegang amanah sebagai moderator forum suatu ketika dahulu, thread baru masalah cinta, luahan cinta kebanyakkanya datang dari user muslimah. Sedih juga.. Beginikah rupa pemudi pewaris negara?
Apakah mereka hidup hanya kerana cinta? Apakah cinta itu terlalu penting, terlalu berkuasa menguasai kehidupan mereka sehingga terbawa-bawa ke dunia tanpa sempadan? Dah takleh fikir benda lain lagi dah? Sampai begitu sekali? Wallahua'alam.
Apapun, lain orang lain caranya. Ada yang bercerita kerana sekadar ingin meluahkan, meringankan bebanan menanggung derita seorang diri. Ada juga yang bercerita untuk mencari penyelesaian berkenaan masalah cinta dan sebagainya.
Namun saya percaya, orang yang sedang dilamun cinta, tengah mabuk cinta, cakap apa pun tak guna, ibarat simbah air ke daun keladi. Sikit pun tak jejas apa pun. Dan sememangnya, mabuk cinta tidak mengenal siapa, tak kira ustaz atau mat rempit, bila terkena panahan cinta, hanya Allah yang tahu.
Kata orang tua-tua, "cinta itu buta". Sahih, bukan kata-kata kosong. Sememangnya, bila seseorang itu dilamun cinta, bukan sahaja mata yang buta, hati juga buta. Segalanya nampak indah, nampak cantik, nampak menarik. Bila sedang mabuk cinta, dosa pahala pun terus jadi lupa. Itulah hebatnya kuasa cinta. Mampu menutup segala kelemahan dan kekurangan pasangan.
Apapun, lain orang lain caranya. Ada yang bercerita kerana sekadar ingin meluahkan, meringankan bebanan menanggung derita seorang diri. Ada juga yang bercerita untuk mencari penyelesaian berkenaan masalah cinta dan sebagainya.
Namun saya percaya, orang yang sedang dilamun cinta, tengah mabuk cinta, cakap apa pun tak guna, ibarat simbah air ke daun keladi. Sikit pun tak jejas apa pun. Dan sememangnya, mabuk cinta tidak mengenal siapa, tak kira ustaz atau mat rempit, bila terkena panahan cinta, hanya Allah yang tahu.
Kata orang tua-tua, "cinta itu buta". Sahih, bukan kata-kata kosong. Sememangnya, bila seseorang itu dilamun cinta, bukan sahaja mata yang buta, hati juga buta. Segalanya nampak indah, nampak cantik, nampak menarik. Bila sedang mabuk cinta, dosa pahala pun terus jadi lupa. Itulah hebatnya kuasa cinta. Mampu menutup segala kelemahan dan kekurangan pasangan.
Cinta dan Rindu itu Sakit.
Orang yang tak pernah di lamun cinta mungkin tidak mengerti. Kadang-kadang saya rasa gelihati juga, membaca nasihat sahabat yang tak pernah bercinta , menasihati mereka yang sedang mengalami masalah cinta. Apapun, memberi nasihat tidak salah... setidaknya niat baik untuk membantu itu ada. Alhamdulillah cuma, agak aneh bilamana orang buta mengajar orang celik tentang rupa burung, rupa pohon.. Begitulah perumpamaannya..
Apa yang boleh saya simpulkan, cakap memanglah mudah, tapi hati yang menanggung, hati yang merasa ni bukan semudah ABC untuk dipujuk. Bukan mudah membuang kenangan, bukan mudah untuk melupakan, bukan mudah untuk ikut kata bibir, ya atau tidak. Soal hati bukan soal main-main.
Bak pesan seorang ustaz, seboleh yang mungkin, elakkan diri dari cinta sebelum nikah. Jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, elakkan diri dengan pergaulan berlainan jantina. Kerana cinta adalah suatu yang sangat 'misteri' yang boleh datang tanpa kita undang, tanpa kita sedari. Bila-bila masa sahaja.
Mungkin juga, bermula dengan satu sms, satu PM, satu email, satu patah perkataan, mampu menerbitkan bibit-bibit cinta. Malahan, ustaz ustazah juga tidak terkecuali dalam 'konflik' cinta ini. Kadang-kadang, orang yang biasanya terlalu menjaga diri, bila sekali terkena jerat cinta, lagi parah natijahnya. Mabuk kepayan, tidur tak lena, mandi tak basah. Bak kata kakak saya, jakun. Orang Kelate kata, 'daghak!'.
Itulah hebatnya kuasa cinta, yang mampu 'menghidupkan' dan juga mampu 'membunuh'. Terserah kepada si pencinta itu sendiri, bagaimana ingin membawa hala tuju cintanya. Menjadi lebih baik atau lebih buruk. Lebih mendekati Allah atau menjauhi Allah.
Elakkan cinta sebelum nikah, tapi seandainya sudah terjerat, sudah terjebak, sudah terjatuh cinta sebelum nikah, maka jalan sebaiknya adalah percepatkan pernikahan.
Jarang benar orang bercinta tiada perasaan rindu. Jarang benar orang yang bercinta tidak mabuk kepayan, tak dengar suara sehari dah rasa tak keruan. Jarang benar orang bercinta tidak melunakkan suaranya memujuk kekasih hati. Jarang benar orang bercinta tidak menulis atau berkata-kata sesuatu yang menusuk hati kekasih sampai ke tangkai jantung. Bergetar jiwa meremang bulu roma.
Ada akal, fikirlah, mana dosa dan mana pahala, jadi, buatlah keputusan dan tindakan yang sewajarnya, segerakanlah pernikahan bila dua hati sudah bertaut. Itu yang sebaik-baiknya.
Jangan kerana cinta sesama manusia kita lupa cinta kepada Allah.
Jangan kerana cinta kepada kekasih kita menjadi dayus dan lemah.
Berikanlah cinta kepada dia yang berhak memilikinya.
Kerana cinta itu suci dan anugerah dari Yang Berkuasa..
Bukan semua orang memiliki cintanya, bukan semua orang dicintai oleh orang yang dicintainya, tak semua cinta bersatu, jadi, hargailah apa yang kita miliki, jangan disia-siakan cinta yang hadir, terajuilah cinta itu sebaiknya, jangan alpa jangan leka, biar mendekati Allah, biar betul caranya, biar sampai menuju ke syurga.
Wassalam.
2 comments:
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Thank's kak atas perkongsian. ^_^
Tanpa cinta Ilahi, kebenaran menjadi kaku dan beku. Sedangkan tanpa kebenaran yang hakiki, cinta menjadi lesu dan layu.. Diri terjebak di dalam kekufuran yang samar, hanyut dan lemas mengikut arus nafsu..
Cinta oh Cinta~!!
-Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa,
sengketa dan dusta yg merajai jiwa,
di batasan cinta syariat terjaga,
tanpa keraguaan tanpa kesangsian...
-cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan
fitrah insani
dimanakah terletaknya cinta
disitu rindu bermula
hehehehe ni lirik nasyid yg jiwangnis kak..hehehe
hmm terlalu memikirkan cinta laki+pmpuan blh pecah kepala..
kalu tak nak bercinta jgn bibitkan bunga2 cinta
tp kalu dah tersemai..
sendiri mau ingat la kan...
aiyo..
hati ku ini.. perhhh
parah2
Post a Comment