+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, December 23, 2009

"Itulah.. Memilih Sangat!"

Bismillah..

Apa khabar semuanya? Semoga semuanya selamat dan sentiasa semangat, di bawah naungan limpah rahmat kasih Ilahi, InsyaAllah.

Hidup bermasyarakat, memang lumrah dan tak boleh lari dari soalan-soalan 'cepu emas'. Sejak kecil, sering di tanya, periksa dapat nombor berapa. Kemudian di tanya, masuk asrama mana, SPM dapat berapa A. Bila dah dapat result, orang sibuk bertanya pula, masuk universiti mana. Bila dah masuk U orang tanya lagik, bila habis belajar.

Bila dah habis belajar, orang akan tanya pula, dapat kerja apa kemudian bila dah kerja orang akan tanya lagi, bila mahu kahwin. Pause sekejap. Di sini.

Pendek kata, mulut orang susah betul hendak ditutup. Ada-ada saja yang ingin di tanya, atau kata lain, ingin diambil tahu. Bak kata orang dulu-dulu, kain orang koyak, mudah nampak. Kain sendiri koyak buat-buat tak tahu saja.

Sambung balik, "Bila mahu kahwin?"

Ikutkan hati mahu saja menjawab, soal jodoh semuanya di tangan Tuhan, kita hanya boleh berusaha mana yang termampu, selebihnya tawakal kepada Allah. Tapi biasalah, mulut orang bukan boleh di tutup. Tidak kira apa jawapan kita, dalam kepala mereka selalunya dah ada 'skema jawapan' sendiri..

"Itulah hang! Memilih sangat.."

Aduh~!! Kalau dah tahu kenapa tanya? Huhu~

Persoalan saya pula, kepada adik-adik, abang kakak, tuan puan sekalian.

Adakah dalam menentukan siapa jodoh kita, dalam soal perkahwinan, kita tidak boleh 'memilih sangat'? Adakah semudah ABC saja untuk menentukan siapa pasangan yang patut kita nikahi? Tak perlu pilih- pilih, pejam mata saja atau baling dadu, kemudian kahwin, begitukah? Mudahnya. Semudah beli ikan di pasar? Aduhai~

Pernikahan adalah suatu ikatan yang suci, yang menghubungkan dua jiwa, dua jasad, berteduh di bawah suatu bumbung yang dibina atas dasar kepercayaan, sehati sejiwa, sepakat dalam menentukan hala tuju perkahwinan, bersama-sama, bersatu membina cinta, membenih kebahagiaan, membelai dan membaja kasih dan sayang, menuai kebahagiaan bersama-sama, menikmati rasa kebersamaan, saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain,

Itu definisi sebuah perkahwinan pada saya.. ah~ atau benarkah, cuma saya yang terlalu memilih?

Hmm~ korang camne yer..

Pejam mata, baling dadu? Tawakal dan pasrah?

Wallahua'alam.

5 comments:

Nurul Huda Abdullah said...

Salam kak, Nurul nak menyibuk dgn post akak kali nie.. Dah lama tak bersuara =)
Memang orang sekeliling mcm nie kan skrg, asal dh mencecah 20+++ dorg dh mula sibuk tny psl jodoh org. Nak2 yg sebaya dgn kita dah brkahwin, lagi la dorg bertambah tanya... Mestilah kita kena memilih.. Beli ikan kat pasar pun kena pilih juga kak, mn tau dapat ikan yg busuk ke, hehehe... Macam tu juga jodoh, mana tau dpt yg hati busuk ke, huhuhu...
Sokong akak! (",)
Apa2 pun Nurul doakn semoga akak dipermudahkan segala urusan =)

Anonymous said...

tu la mamilih sanagt!!!!!!!
opssss...hehehe
dikau insan terpilih yang memilih..
peace!!!!!!!!!

A. said...

kekanak kecik nak menyampuk boleh?

kalau ikan di pasar pun puan2 pilih,apatah lagi dalam memilih suami.
kalau ikan pilih yang segar,takkan suami nak pilih yang tepi jalan@ sembarangan orang.

nanti kuranglah rempah ratus kehidupan.

relax said...

Dalam islam pun bagi ciri-ciri yang patut kita pilih so untuk memilih yang terbaik tak salah . Sabarlah akak setiap bibit kesabaran akan di balas bibik kemanisan :D

LadyBird said...

hihihi.. kite senasibla akak..
xpe.. jodoh, ajal, maut semua tu ketentuan Allah.. Allah yang menentukan perjalanan kite, ALlah dah tetapkan sapa jodoh kita, bila kita jumpa, bila kita kawin.. so jangan risau, sentiasa bersangka baik pada Allah..

p/s: nasihat tuk diri sendiri jugak..