Bismillahirrohnanirrohim..
Khabar apa sahabat blogger yang dirindui? Maaflah.. lama benar saya tidak meninggalkan apa-apa jejak di ruangan ini. Bukan sengaja culas, cuma keadaan diri yang 'uzur' tidak mengizinkan.
Baik. Jangan kita biarkan hitam merosakkan kesucian warna putih. Jangan kita tangisi kepergian siang dan mensia-siakan kedatangan malam. Setiap apa jua yang Allah ciptakan, positiflah, pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Cuma tinggal terserah pada kita untuk bagaimana mengutip ibrah dari setiap kejadian. Terluka sudah. Menangis pun sudah. Cukuplah sampai di situ saja. Usah biarkan ia berpanjangan. Bangkit dan maralah ke hadapan. Moga Allah memberi kita ganjaran pahala atas setiap musibah yang kita kakui dengan sabar. Dan semoga Allah menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik.. InsyaAllah. Amin.
Sahabat yang dikasihi Allah.
Tatkala berduka dengan ujian yang menimpa diri. Saya terkenang kisah para anbiya'. Kisah nabi-nabi, insan mulia pilihan Allah swt. Kebanyakkan daripada mereka sering diuji dengan kesusahan dan kesukaran. Ada yang diuji dengan penyakit, seperti Nabi Ayub. Dan ada yang diuji dengan kedegilan kaumnya yang enggan bertaubat suka melakukan maksiat seperti Nabi Luth.
Ada pula yang diuji dengan keingkaran keluarganya sendiri seperti Nabi Nuh. Ada juga yang berdakwah beratus tahun; cuma beberapa orang yang menyahut seruannya. Ada yang dicampak ke dalam api. Ada yang dibuang ke dalam perigi. Ada yang dipenjarakan. Ada yang diusir dari tanah kelahiran. Ada yang dilahirkan tanpa ayah. Ada yang membesar tanpa kedua ibu bapa, dan macam-macam lagi ujian. Begitu hebat ujian buat insan-insan terpilih.
Apalah sangat ujian saya ini. Cuma tidak seberapa.
Ya Allah ya Tuhanku. Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Enhksu. Engksu yang menciptakan aku. Dan aku berada dalam perjanjian denganMu. Ikrar kepadaMu. (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku.. Dan aku berlindung padaMu. Dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui ( dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku.. dan aku mengakui dosaku.. maka ampunilah aku... kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.
Amin ya rabbal alamin...
5 comments:
Semuga kesabaran As senantiasa utuh..
Allah sentiasa bersama orang yang sabar dalam segala ujian yg diberi Nya.
Salam kenal As, insyaallah as akan terus bersabar dan berjaya. Org yg bersabr sentiasa diuji ole ALLAH tetapi setiap dugaan pasti ada HIKMAH disebaliknya.
InsyaAllah.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Terima kasih ZAH.
Salam kenal mak wardah.. Terima kasih atas ingatannya.. Doakan saya terus bertahan ye.. Trima kasih sekali lagi..
Salam kenal mak wardah.. Terima kasih atas ingatannya.. Doakan saya terus bertahan ye.. Trima kasih sekali lagi..
Post a Comment