+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, January 6, 2009

Sudut Pandang Yang Berbeza di Gaza.

Meluangkan sedikit masa menjelajah internet, hari ini saya luangkan lebih masa untuk membaca di sini Al-jazeera.net..

Ada sedikit perasaan 'terkujat' bila terbaca sebuah artikel,http://english.aljazeera.net/focus/war_on_gaza/2009/01/20091585448204690.html

Mengenai pandangan rakyat US terhadap peperangan di Gaza, bagaimana monopulasi media di sana sekaligus 'menyekat' pemikiran mereka di US. Menyekat kebebasan berfikir? Mungkin! Inikah democracy yang di agung-agungkan? Entah..

Artikel tersebut, approximately ada mengupas, mengenai sebuah akhbar di US melaporkan di muka hadapan, dua gambar yang sama saiz:

satu-gambar wanita Palestine yang kehilangan 5 orang anak dalam peperangan.

satu-gambar wanita Israel yang kononnya tertekan dengan keadaan perang.

Apa yang saya fahami, akhbar tersebut seolah-olah menggambarkan kesamaan penderitaan yang di tanggung oleh kedua2 belah pihak. adilkah? samakah? di satu pihak beratus2 nyawa terkorban, orang awam, wanita dan kanak-kanak manakala beribu2 orang cedera tetapi di satu pihak lagi hanya beberapa orang yang terkorban dan itu pun mmg kebanyakkannya askar. Adakah ini yang di maksudkan adil?

Bagaimana pula jika 500 rakyat Israel yang terkorban dan 10 orang Palestin maut? Adakah media juga akan menyatakan kesamaan? Bagaimana pula jika Israel setuju untuk mengadakan gencatan senjata tetapi Palestin bersungguh-sungguh membantai tanpa peduli siapa yang jadi sasaran? Adakah sudut pandangan dunia atau American masih sama atau serupa? Argh!


Perspektif Mereka.

Saya sebenarnya 'geli hati' melihat, membaca dan mendengar tuduhan Israel bahawa peperangan itu terjadi kerana Hamas puncanya! Saya 'ketawa terbahak-bahak' apabila mereka menyatakan Israel berjuang kerana mempertahankan diri. Saya juga hampir 'ketawa guling-guling' kerana mereka menyatakan orang Palestine yang inginkan perang tersebut, dengan cara memilih Hamas!

Aduh...

Lebih 'menghiburkan' hati saya apabila kebanyakan rakyat US juga berfikiran yang serupa. Lihat saja pandangan mereka di bawah:

(1)
" In the USA, we understand Israel is defending its citizens against rockets from Hamas. This isn't about which side is suffering more casualties. It isn't about disproportionate force by the Israelis - if American cities were under attack, we would be using all resources available to end the attacks. Hamas knew Israel had more power than they did - if they didn't want Israel to attack, Hamas shouldn't have provoked them."

(2)
"It is true that the news coverage in the US is biased in favor of the Jews but it is also true that the Palestinians do little to get sympathy in the US. When they elect Hamas they ask for war. When they march it is not for peace but waiving AK's and pledging destruction. Palestine needs a Gandi."

(3)
" This war is the only solution to deal with the Hamas - although they don't understand diplomacy, they understand power and destruction. Go Israel, clean this conteminated region so we can finally live in peace with people who recognize Israel. I prey for our Israeli soldiers, and hope that the war won't stop before the mission is completed."

(4)
"The Palestinian voices I want to hear today are of those who danced and celebrated in the streets on September 11, 2001 after my country was attacked by terrorists. And after that I want to hear the voice of every Palestinian who voted for the Hamas terrorists to rule over them. "

(5)
"Such hypocrisy! Why is it you seldom give front page, continuous headlines when your brethren butcher each other? You only do this when a member of the West, or of Israel defends themselves. Did you air the footage of Pals dancing and yelling bullseye on 9/11? When you pick a fight, do not cry when your nose is bloodied or you are dead. Hum, dishonorable Al Jazeera reporters are as biased as any other reporter."

(6)
"The Gazans voted Hamas into office, and, as the defacto government in Gaza, Hamas attacked Israel. And, now, you are complaining because the papers in the USA don't take the side of the Gazans? In the USA, we understand that Hamas indiscriminately attacks Israeli civilians. Then, Hamas uses civilians as shields, and showcases their deaths when the person is caught in the crossfire. We understand why Israel is attacking with force - in America, we would do the same if our cities were attacked."

dan mungkin banyak lagi yang serupa...aduh!


Apa yang dapat kita bantu?

Credit to: http://jarumemas.blogspot.com/

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini..: http://amanpalestin.org/

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
Rujuk sini: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.


Harapan.

Harapan saya dan mungkin juga harapan anda yang membaca.. Semoga penderitaan yang di tanggungi rakyat Palestin segera berakhir.

Jika peperangan masih berterusan, mungkin lebih ramai yang akan maut dan menderita. Bayangkan, bekalan elektrik sudah di potong, bekalan makanan semakin habis, bekalan ubat-ubatan sukar di agih-agihkan, rumah dan kediaman banyak yang musnah, suhu pula sejuk melampau, sampah terbiar tidak terangkut memudahkan penyakit tersebar, bom dan peluru jatuh tidak mengira tempat, kanak2 menangis tanpa henti trauma dengan bunyi dan letupan. Aduh! Sampai bila penderitaan ini akan berterusan?

Jangan berhenti membantu saudara-saudara kita di Palestin.

2 comments:

Anonymous said...

yayaya...
memang 'sangat lawak' dan 'bahagia' mendengar ulasan daripada US... adik pon sampai 'ketawa berguling-guling' kat cni..adessssssssss...sakitnya hati!!!!

Anonymous said...

yup..

sakit yg teramat..smpai kadang2 tk sanggup dah dengar berita, tgk angka korban semakin meningkat..isk3..

harap sgt2. esok buka mata..rupanya keganasan ini just a nightmare..:(