Saya seperti muslimah lain di Malaysia, ada banyak kerongsang. Kerongsang selalunya digunakan untuk mengemaskan tudung yang dipakai bagi menutup aurat. Ada banyak jenis, pelbagai rupa dan corak, pelbagai saiz dan warna, pelbagai reka bentuk dan material, pelbagai harga dan nilai.
Jujur saya mengaku, saya tidak pernah mengira berapa jumlah kerongsang yang pernah saya ada. Walaupun ada juga sebahagian darinya adalah pemberian dari sahabat dan teman-teman rapat. Aduh. Ini kelemahan saya. Saya bukanlah seorang yang ‘setia’ dengan kerongsang saya, malahan saya selalu lupa kewujudan kerongsang-kerongsang saya, letak bersepah, merata-rata, tercicir, rosak dan hilang. Ada dan tiada saya jarang ambil kisah, yang penting, ketika saya ingin memakai tudung, sekurang-kurangnya saya mesti ada tiga buah kerongsang – corak atau warna atau saiz apa – saya tidak peduli.
Cuma, dalam banyak-banyak kerongsang – hanya satu yang paling lama bertahan – lebih dari 3 tahun (hingga saat ini)- kalau ia tiada – saya akan sedar kehilangannya – akan tercari-cari dan memastikannya diletakkan di tempat yang selamat.
Sebuah kerongsang bersadur emas – harganya barangkali hamper mencecah lebih RM 50 – saya tidak pasti kerana ia merupakan hadiah pemberian – pendek kata – free. Tapi, saya benar-benar menghargainya. Kerongsang yang paling lama saya simpan. Cuma satu kerongsang ini saja yang pernah bertakhta di hati ini hingga ke saat ini. Yang lain-lain, datang dan pergi tanpa meninggalkan apa-apa bekas pada diri ini. Jumlahnya mungkin sudah beratus-ratus – tapi saya tak ingat.
Maaf kerongsang-kerongsang lain, bukan niat ini ingin mensia-siakan kalian, tapi saya memang begini.
Mengapa yang satu ini mampu mencuri tempat di hati saya?
To be the best, is be the best among the rest.
Kerongsang lain mungkin harganya murah. Materialnya Cuma besi, plastic, benang dan kain – tapi di kalangan semua material itu – emas yang paling tinggi nilainya dan paling berharga.
Begitu juga kita manusia, to be the best, is be the best among the rest. Or be the first.
Kalau Tanya, siapa manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan – cepat saja kita boleh menjawab. (Betul atau tidak Amstrong pernah ke bulan, wallahua’alam) Tapi bila ditanya, siapa manusia ke dua atau ke tiga pernah ke bulan, tergagap-gagap kita menjawab.
Kalau Tanya, siapa pemain squash yang paling hebat, cepat kita terkenang Nicol David. Kalau tanya pensyarah yang mungkin sukakan pelajar yang cantik, nampak elegant, mungkin dalam ramai-ramai pelajar dalam kelas, cuma seorang pelajar yang paling cantik dan elegant yang paling menarik perhatiannya. Bintang yang paling menarik perhatian, tentunya bintang yang paling terang cahayanya!

Dan bagaimana pula kita pada pandangan Allah?
Ramai orang, hidup dengan mengutamakan pandangan manusia. Bimbang orang kata apa. Bimbang pandangan orang, bimbang mulut orang. Takut dikutuk dikeji. Pendek kata, dalam setiap perbuatan, berhati-hati kerana bimbang 'apa orang kata'. Penting sangatkah pandangan manusia lain terhadap kita? Berbaloikah kita, menjadi yang terbaik semata-mata kerana ingin jadi yang terbaik pada pandangan manusia?
Jangan begitu.
Islam menyuruh kita menjaga ukhwah dan silaturrahim. Menyayangi saudara seagama dan menghormati jiran tetangga. Dalam menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia tidak boleh terabai. Namun begitu, berpada-padalah dalam bersilaturrahim. Hukum dan batasan haruslah dijaga dan yang paling penting adalah tidak melanggar garis-garis yang ditetapkan oleh Allah swt. Jangan kerana ingin menjaga hati manusia, ingin kelihatan sempurna pada pandangan manusia, kita lupa suruhan dan larangan Allah swt.
Peringatan buat diri ini. Yang paling utama adalah bagaimana pandangan Allah terhadap kita.
Lakukan apa sahaja, ibarat kita sedang melihat Allah. Dan kalaupun kita tidak nampak Allah, ingat, Allah sentiasa melihat kita. Kita tetap tidak akan terlepas dari pandangan Allah, tapi, bagaimana agaknya 'rupa' kita pada pandanganNya?
Jom. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Biarlah kita dibenci manusia, kerana kita mungkin dikasihi Allah. Tapi, jangan sampai kita dibenci Allah, kerana tentunya akan mengundang kebencian manusia.
Moga menjadi 'kerongsang emas' yang terindah. Pada pandangan Allah, dan juga mereka yang mengasihi. InsyaAllah. Amin ya rabb.
1 comment:
yang cantik :)
Post a Comment