+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, November 24, 2011

Pesanan Buat yang Tersayang




"Yang tersayang..


Yang teristimewa, kau cuma satu, tiada pengganti. Biarpun dalam berjuta, mencari yang sama serupamu tentunya 99% mustahil. 



Kau yang teristimewa, aku harap tempatmu bukanlah di neraka. Masuk neraka mungkinlah bagus, sebab kelak nanti kau mungkin dapat bersama bintang filem tersohor atau mereka yang gah nama dan pangkatnya.

Tapi aku sangat berharap, tempatmu bukanlah di neraka. Bukan kerana kau solehah atau terlalu baik, tapi kerana kasih sayang Allah, apatah lagi kiranya kau taat pada suami! Allah tentu akan mengampunkan dosamu.

Dia telah anugerahkan kau rezeki yang banyak, sementara ramai manusia lain yang miskin dan papa. Dia beri kau kesihatan sementara ramai manusia lain sedang menderita sakit. Dia beri kau kemuliaan sedangkan ramai manusia lain dalam kehinaan. Dia beri kau ilmu sedangkan ramai manusia lain masih jahil. Dia tutup keaibanmu sedangkan ramai manusia lain, aib mereka terdedah.

Sungguh, tiada terkira pemberianNya terhadapmu.. Betapa bukti Dia menyayangimu, dan akan terus menyayangimu.. Moga hendaknya, sampai ke syurga. Dia menyayangimu melebihi sayangmu kepadaNya.

Jadilah insan yang menerima ketentuanNya, menerima qada' dan qadar Ilahi yang tertulis untukmu dengan redha. Pasti kau akan menjadi manusia yang paling bahagia. Jadilah orang yang bersyukur menerima ketentuan rezekiNya, pasti kau akan menjadi manusia yang paling kaya."

Buat yang ku sayangMoga Allah juga mengasihimu - Dan tempatmu juga di syurga agar kita dapat bersama lagi. Amin..

No comments: