+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, November 22, 2011

Jangan Tentang Poligami

Amni yang bongsu, paling disayangi tapi Alya yang sulung, paling lama disayangi. Tidak dilupakan Ashraf yang tengah, pandai memikat hati, berpanjangan menyebabkan sayang untuknya tidak pernah surut. Konsisten. Jadi, bila dicampur dan ditolak, didarab dan dibahagi, jumlah sayang yang mereka terima adalah setara. Sama.

Kita ada banyak anak, kita boleh menyayangi kesemua anak-anak kita dengan kadar yang sama tanpa ada yang terlebih dan terkurang. Kita ada ibu dan bapa, kita boleh menyayangi ibu dan bapa kita setara, tanpa ada yang terlebih dan terkurang. Cuma mungkin yang tak sama adalah ‘jarak’ samada kita lebih rapat dengan anak A atau B, ibu atau ayah. Tapi hakikatnya, bila salah seorang daripada mereka meninggal, apakah berbeza-beza tahap kesedihan kita?

Saya tidak dapat lupa, pendapat seorang sahabat Muslimah (A). Bila sahabat-sahabat lain bercerita tentang gambaran di syurga, ada sungai yang indah, bidadari-bidadari yang cantik melayan, sahabat saya (A) menambah, ‘saya tidak sanggup berkongsi suami saya dengan bidadari lain’. Di syurga pun tak ingin poligami, apatah lagi di dunia!




Waduh! ‘Lucu’ pula rasanya. Tapi mungkin bagi dia, itu adalah luahan dari lubuk hati yang paling dalam. Tulus dan penuh 'kewanitaan'. Dia bersungguh-sungguh! No compromise.

Saya tidak tahu bagaimana pendapat sahabat muslimah yang lain pula. Mungkin, ramai yang sependapat – suami tidak boleh dikongsi. Tapi pada saya, dear sisters in Islam, please, open your eyes!

Jangan pandai-pandai haramkan yang halal.

Surah An-Nisa', ayat 3, Allah berfirman, nikahilah dua, tiga atau empat wanita yang kamu senangi. Tapi, jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka nikahilah seorang sahaja.

Menurut ayat tersebut. Jelas, terang dan nyata, Allah halalkan poligami, maka, siapa kita untuk membantah suruhan dan larangan Allah? Hebat sangatkah kita? Sempurna sangatkah kita? Atau kejam sangatkah Allah? Tidak berperikemanusiaan, tidak adil dan menindas kaum wanita?

Come on!

My dear sisters in Islam. Islam adalah agama yang sempurna. Mencangkupi segenap aspek. Tiada cacat dan celanya. Setiap apa yang Allah gariskan, ada kebaikan dan manfaatnya untuk kita ummat manusia. Cuma kita, yang kononnya mengaku beragama Islam, tapi sering pula mencacatkan kesempurnaan Islam. Maka kelihatanlah sumbang dan sumbing sana dan sini.

Fikir-fikirkan.

Dalam banyak-banyak agama, tiada agama selain daripada agama Islam, yang meletakkan had – sebanyak mana wanita yang boleh 'dimiliki' oleh seorang lelaki. Malah, ketika zaman jahiliyah, sebelum kedatangan Islam, wanita sekadar objek seks untuk memuaskan nafsu. Betapa hinanya kita pada pandangan lelaki pada waktu itu. Kita mahu jadi begitu?

Namun, setelah kedatangan Islam, barulah martabat wanita diangkat. Dalam pembahagian harta contohnya, wanita tidak lagi dipinggirkan. Persetubuhan tanpa nikah diharamkan. Wanita bukan lagi objek seks semata-mata malah, Nabi menyuruh ummatnya, patuh kepada ibu 3 kali lebih daripada patuh kepada ayah.

Dan bayangkan, jika tiada had ditetapkan (Islam menghadkan kepada empat orang isteri), mungkin para suami hari ini boleh memiliki 1000 orang isteri. Giliran kita, hari ke berapa? Atau mungkin Cuma satu isteri, seperti di Barat, tapi tiada had untuk perempuan simpanan – dan menjadi beban kepada si perempuan simpanan kerana si lelaki bebas melakukan apa saja – termasuk tidak bertanggungjawab kepada perempuan simpanan dan anak luar nikahnya kerana tiada undang-undang yang mewajibkan si lelaki bertanggungjawab ke atas perempuan tersebut.

Jadi pilih. Suami yang mempunyai isteri tanpa had, atau suami yang mempunyai seorang isteri tetapi perempuan simpanan yang tiada had? Atau suami yang cuma memiliki 4 orang isteri dan halal baginya. Dalam Islam, hubungan seks antara lelaki dan wanita tanpa pernikahan adalah zina. Dan zina adalah salah satu daripada dosa besar, dan terang-terangan dicegah di dalam Al-Quran. Mahukah kita jadi penyebab kepada maksiat yang dilakukan oleh suami – hanya kerana kita tidak mahu poligami? Tidak mahu bertolak ansur?

Duhai saudaraku seagama.

Janganlah pentingkan diri sendiri. Ingat, suami bukanlah hak milik kekal – bukan milik kita seorang selama-lamanya. Kita semua milik Allah, jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Ingat di luar sana, mungkin ramai saudara kita yang keseorangan, kesengsaraan, perlukan perlindungan, yang ingin Cuma sedikit daripada apa yang kita nikmati. Cuma sedikit sudah memadai bagi mereka. Usah tamak.

Duhai saudaraku seagama.

Janganlah pentingkan diri sendiri. Kita wanita dan lelaki diciptakan berbeza. Fizikal dan jasmani yang berbeza. Kehendak dan keinginan yang berbeza. Hormon yang berbeza dan had nafsu yang berbeza. Cara pemikiran dan sudut pandang yang berbeza. Sampai peringkat umur tertentu, ‘selera’ kita mungkin berkurang, kita mungkin lebih menumpukan perhatian kita pada anak-anak, pada kerjaya, pada ibadat kita dengan Allah, tapi bagaimana pula dengan ‘selera’ suami kita?

Apakah nafsu mereka akan berkurang – berkadar langsung dengan nafsu kita? Belum tentu! Mungkin luaran, mereka kelihatan ‘biasa-biasa’ saja, barangkali ingin menjaga hati isteri dan anak-anak, tapi ‘dalamannya’ bagaimana? Jangan pentingkan diri sendiri dan menyekat kemahuan mereka – hanya semata-mata kerana kita tidak ingin bermadu. Kita zalim!

Waduh! Bukan senang ya. Bukan senang untuk melepaskan suami pergi ke pelukan perempuan lain. Bukan senang membayangkan suami bermesra dengan perempuan lain. Bukan senang merelakan suami menjadi milik perempuan lain. Bukan senang hidup berpoligami.

Benar! Memang tidak senang, memang sukar, selagi hati kita belum benar-benar percaya dan yakin dengan janji-janji Allah. Selagi hati kita belum boleh menerima setiap perintah dan suruhan Allah dengan penuh hikmah. Selagi kita tidak sedar diri bahawa di dunia ini, semuanya milik Allah, tiada apa yang kita punya. Selagi kita terlalu focus kepada diri sendiri – pentingkan diri sendiri dan lupa, tujuan asal kita di dunia untuk mengumpul bekalan menuju akhirat. Dunia hanya sementara.

Allah yang menciptakan kita. Bukan saja kita, manusia, malahan langit yang kukuh tanpa tiang, bumi yang luas terbentang hingga sekecil-kecil zat dan zarah – betapa bukti Allah itu Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Dia yang Maha Pencipta, lebih tahu apa yang baik untuk kita – oleh itu, janganlah jadi manusia yang ingkar dan suka membantah-bantah.

Usah merasakan diri terlalu sempurna, membayangkan Siti Khadijah yang tidak dimadukan oleh Rasulullah, begitu juga dengan Siti Fatimah tidak pernah dimadukan oleh Ali r.a.

Periksa dan semak diri sendiri.

Apakah pernah suami kita dipeluk malaikat begitu kemas, pulang ke rumah penuh ketakutan, menggigil tubuhnya berselimut? Dan mungkin sedikit, suami kita pernah ketakutan – kenanglah – apa yang kita lakukan? Apakah sama dengan apa yang dilakukan oleh Siti Khadijah? Lagaknya tenang dan berusaha menenangkan kembali si suami. Penuh hikmah memujuk.

Bandingkan kedudukan Siti Khadijah yang tinggi dan dihormati, mempunyai harta yang banyak, usianya jauh lebih tua daripada si suami, tapi bagaimana dia meletakkan kedudukannya pada sisi seorang suami? Bagaimana dia menjadi wanita pertama yang mengakui Muhammad sebagai pesuruh Allah. Suaminya dibenci, disisihkan, diancam namun dia sentiasa setia dan sedia berbakti untuk suami. Berkorban segalanya demi agama yang diyakini. Kita bagaimana?

Atau mungkin, Siti Khadijah wanita terpilih untuk lelaki terpilih terlalu tinggi darjatnya, jauh bezanya dengan kita. Mungkin kita boleh cuba bandingkan diri kita dengan Siti Fatimah isteri Ali. (Kalau boleh, hehehe)

Bandingkan mas kahwin kita, bagaimana agaknya kita kalau bakal suami kita melamar kita dengan menawarkan cuma dengan sehelai baju perang besi – mungkin awal-awal lamaran ditolak. Bagaimana agaknya kalau kita, anak kepada wanita yang berkedudukan tinggi, anak kepada pemimpin seluruh ummat Islam, tapi tempat kita di dapur – membantu suami menguruskan rumah dan anak-anak dalam keadaan yang serba kekurangan. Apakah kita juga akan bertindak sama seperti Fatimah?

Buka mata, buka minda, buka hati. Silakan sedar diri.

Selawat dan salam buat nabi junjungan, keluarga dan para sahabat. Jom, kita taat pada perintah ALLAH, dan perintah rasulNya. 

SAY YES TO POLYGAMY =)

Note : (Menurut pandangan Brother Shah Kirit, adil adalah komprehensif. Tidak bermakna sekiranya suami membeli seekor ayam kepada isteri pertama, dia juga perlu membeli seekor ayam kepada isteri kedua – sedangkan isteri kedua alahan kepada ayam! Adil adalah meletakkan sesuatu, pada tempat yang betul dengan kadar yang betul. Wallahua’alam.)



2 comments:

Anonymous said...

Allah halalkan poligami, tapi ada kata 'amaran' di situ; jika tidak mampu untuk kahwin lebih, maka satu itu sudah cukup bagi suami.

"Katakan 'YA' pada poligami"

Kalau ingat siapa yang selalu tulis ayat di atas suatu masa duloo, then I guess you know who am I :P

AsNiza said...

salam wbt..

anony betul sekali.. akar umbinya, lelaki kena berlaku adil. kalau lelaki boleh berlaku adil, then, seharusnya tiada lagi tentangan terhadap poligami. kan?

tapi, tulah..

berapa ramai wanita yang rela dimadukan? walaupun suaminya mungkin dpt berlaku adil..

hmm..

btw, siapakah anda?

adakah anda yg jauh di seberang lautan? jeng2.. maaf, tak pandai meneka. hehe..