+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, November 30, 2011

Maafkan Saya.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...

Semoga semuanya sihat walafiat, selamat sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. InsyaAllah. Amin... Hari ini, saya sempat menyemak inbox e-mel saya. Perasan ada 'comment' di hantar oleh sahabat ke sebuah entri lama saya di blog ini, tajuknya ; Ayah Saya Curang.. 

Terkedu saya, rupanya banyak komen di situ yang tidak 'dilayan' oleh saya. Astaghfirullah. Mohon ampun maaf kepada sahabat-sahabat yang berkenaan. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, kerana kelemahan saya yang kurang cakna pada entri-entri lama - sekaligus mengabaikan hak-hak sahabat dan saudara seagama saya sendiri. Mohon ampun maaf, saya susun sepuluh jari. Moga sudi memaafkan saya.

Saya berandaian, (the worst case scenario) mungkin banyak lagi komen-komen lain yang dihantar - tidak dilayan atau diberi feedback oleh saya.

Maka, atas segala kelemahan dan kekurangan saya selama ini, sekali lagi saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Maaf kerana tidak memberi feedback / reply / komen / jawapan / pandangan  dan sewaktu dengannya.

InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa peka dan cakna terhadap 'feedbacks' daripada sahabat pengunjung 'Mencari Sebuah Destinasi'. Moga Allah membantu dan permudahkan urusan. Amin..

P/S : Kalau perlukan pandangan / komen / jawapan / feedback yang mustahak - boleh terus hantarkan e-mel ke gmail saya, skyredbutterfly@gmail.com. InsyaAllah, dengan kemampuan dan kapasiti yang ada, saya akan cuba yang terbaik..

Wassalam.

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

salam akak

Perlahan-lahan akak.. :D

AsNiza said...

wslm wbt..

insyaAllah naim, jzkk..