+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, June 5, 2011

SaffMuslim Genap Seminggu





Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, buat mereka yang belum tahu, dengan izin Allah hari ini telah genap seminggu tarikh wujudnya laman forum SaffMuslim. Tempoh seminggu, terlalu singkat untuk kita menjangka apa-apa, namun tempoh seminggu juga sudah cukup panjang untuk kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan iradatNya, laman SaffMuslim menerima sambutan yang hangat sekali. Alhamdulillah...

Begitulah seminggu yang telah berlalu, membawa seribu makna buat kami dan moga-moga, minggu-minggu yang akan datang membawa lebih banyak makna buat kita seluruh muslimin dan muslimat..
 
Teruskan menyokong SaffMuslim. Moga-moga, usaha murni kita semua, diberi sebaik-baik ganjaran dari Ilahi. Amin ya rabb..

1 comment:

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhadmuillah akak..

Semoga SaffMuslim menjadi tempat 'Sharing For Ummah.

^_^

Terbaik