+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, May 20, 2011

Laksa Penang Sempoi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semuanya? Moga sentiasa di bawah naungan kasih, limpah rahmat Ilahi.. Baik-baik selalu....

Pertama sekali, terima kasih kepada semua sahabat yang sudi singgah ke blog saya. Jujur saya mengaku, saya sendiri banyak kelemahan dan kekurangan. Ilmu pun tidak banyak, ada terbit rasa rendah diri - namun kesudian kalian untuk meluangkan masa, bersiar-siar di blog saya ini, bagai suatu pembakar semangat, mangkin untuk saya terus menulis, biarpun cuma secoret kata. Sekali lagi terima kasih kepada semuanya.. JZKK..

Kali ini, suka untuk saya berkongsi - cara-cara memasak laksa penang. Hehe..

Sebenarnya, saya sendiri pun dah lama tak masak laksa penang. Orang bujang, tambah pula emak dan kakak tinggal dekat-dekat sini saja. Seingat saya, kali terakhir saya masak laksa penang adalah ketika jamuan raya/b2b iluvislam di karangkraf. Entah berapa tahun yang lepas. Sebelum saya terlupa cara-cara nak memasak, elok juga sata berkongsi kat sini. Boleh dijadikan rujukan untuk saya sendiri di masa hadapan - dan kalau-kalau ada sahabat yang sudi nak cuba - boleh juga.

Cuma, awal-awal saya susun sepuluh jari nak minta maaf. Sebab, amount/kuantiti bahan yang digunakan tak berapa tepat. Biasalah saya, masak sekadar agak-agak - secukup rasa saja. Ikut selera tukang masak, gini lah jadinya =)

Okeh..

Pertama sekali, sebelum memulakan kerja masak-memasak, kena tahu bahan apa yang perlu digunakan. Kalau saya, selalunya saya guna yang simple-simple a.k.a mudah nak dapat.

Untuk menyediakan kuah laksa, bahan-bahannya adalah;

i - Ikan - Saya prefer ikan sardin. Err. Kalau orang Kelantan panggil ikan selaye. Tak silap, ada juga orang panggil ikan bulu ayam. Wallahua'alam. Tapi rupanya macam ikan kembung, tapi tubuhnya agak bulat tak leper macam kembung. Dan kepalanya agak tajam ke depan. Mak pernah cerita, dia pernah bengkak hati bila tengah duk pilih ikan nie, makcik sebelah dia duk pot-pet-pot-pet. "Ikan nie makanan kucing kat rumah". Kui-kui.. Ikan ni lebih kurang sekilo. Rebus dulu ala kadar. Dah sejuk, buang tulang -asingkan isi. Pernah juga saya dengar - tulang ikan tu kalau di blender - tapis airnya dibuat kuah laksa sedap juga - lebih manis rasanya.. boleh cuba =)

ii - Cili kering - Banyak mana ya? Erm. Agak-agak segenggam ok kot. Potong cili, rendamkan dalam air panas atau rebus sekejap. Buang biji pun bagus juga. Mak kata, cili yang kerinting/kedut kerepot lebih bagus sebab tak berapa pedas - ya ke? Neway, kalau siapa yang tak suka pedas, boleh kurangkan cili - kalau suka pedas - boleh tambah lagi.. 

iii- Bawang merah - Adui. Agak-agak la ya. Kalau besar macam bawang besar - 3 ulas okey kot. Kata adik saya, kalau letak banyak bawang lagi manis rasanya. Terserah pada citarasa masing-masing. Err.. Lupa pula, bawang putih letak ke idak? Aha. Nanti saya tanya mak saya ya, insyaAllah. Sorry..

Baik, sekarang, blender semua bahan-bahan di atas hingga lumat. Kiranya itu bahan asas untuk buat laksa. Ada orang letak belacan, tapi saya tak berapa gemar -  so tak letak..

Seterusnya.. Masukkan air ke dalam periuk. Sukat air selaras dengan kepekatan bahan-bahan yang kita blender tadi. Kalau tak suka kuah cair - letak sikit saja air. Kalau nak kuah cair - letak banyak-banyak air. Ikut selera masing-masing... Owh. Api jangan lupa hidupkan, karang tak masak pula laksa kita.. =)

Rebus bahan-bahan tadi lama sikit. Biar betul-betul masak. Supaya hilang pedas pijar cili dan tak sakit perut.. Jangan lupa masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping. Garam dan sedikit gula. Kalau biasa letak ajinomoto, letak laa.. Tapi, banyak orang kata, ajinomoto tak bagus untuk kesihatan - kalau boleh elak, baik dielakkan..

Agak-agak macam dah masak - ambil piring dan rasa. Kalau kurang masam - tambah asam keping. (Kadang-kadang asam ni lambat rasa masam - tunggu lama sikit baru dia rasa). Hati-hati dalam letak asam ni, takut terlebih nanti jadi masam terlampau atau silap-silap boleh jadi pahit. Kalau kurang masin - letak garam. Kalau pedas sangat mungkin boleh letak gula sikit. Kalau kurang bau daun kesum dan bunga kantan - boleh tambah mana yang suka. Laksa ni, lagi sedap kalau makan lambat-lambat - rasa dia lebih sebati kalau lagi lama.
Hm. Rasanya, itu saja kot.. Owh. Laksa, boleh beli laksa kering kat market. Kalau kat kampung saya ada orang jual laksa basah. Kat bandar ni susah la sikit nak cari yang lagu tu. Laksa kering dalam paket tu boleh direbus kemudian bila dah lembut, toskan dan asingkan airnya..  Untuk tambahan, sediakan nenas, daun salad, timun, cili merah, bawang merah, limau kasturi dan telur rebus. Taraaa!! Siap sudah laksa kita.

Selamat mencuba ya. Kalau sesiapa yang cuba resipi ini dan suksess (Sedap) jangan lupa jemput saya makan sekali ya.. 

Sekian untuk kali ini. Hingga bertemu lagi, insyaAllah. Wassalam. =)

2 comments:

naney said...

leh try masak gk ni...org nk mintak resipi ayam masak cili padi..best k.long wat...

AsNiza said...

tips yg paling utama - memasak dengan penuh kasih sayang - konfem masak apa pun jadi sedap, hehe.. org masak kan tak konsisten, kadang sedap kadang tak - rahsianya tu la kot - masak ikut mood.

resipinya mudah saja,

tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. letak bawang putih 2 ulas. kalau tknk letak pun takpe. makcik dewan makan masa orang kat serting dulu ajar - letak kunyit ngan cili jer, ketuk serai.

bahan2 tu gaulkan dengan ayam. perap sekejap. masukkan dalam periuk - letak air sikit takut hangus periuk.

agak2 rasa tu dah serap ke dalam ayam, masukkan santan - masukkan sikit dulu - kasi dia masak dan serap ke dalam ayam. agak2 dah lama, masukkan lagi santan sampai abis. lagi pekat lagi sedap. kacau sokmo supaya santan tak pecah minyak.

rasanya, kalu cili padi daging - memang santanya pecah minyak, kan? tak pernah cuba, hehe..