+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, May 28, 2011

Masak Lomak Cili Api




 Foto - Terima kasih kepada umie.


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sahabat, kali ini kita cuba resipi baru pula, ya? Masak lomak cili api. Jujurnya saya bukanlah pakar sangat, al-maklumlah kawe ni ore Kelate. Mana biasa sangat makan makanan pedas-pedas ni. Pertama kali saya cuba masakan ini, ketika berusia 16 tahun. Sekolah berasrama di negeri sembilan, den kono lah torai makan podeh-podeh. Mulonyo, berair jugok mato den, tok biaso makan makanan podeh, lama-kelamaan, jadi suka. Sempat minta resipi dari makcik tukang masak.

Pernah cuba masak kat rumah. Biasalah, mak ayah saya masih pure Kelantan dan setia menetap di Kelantan. Mula-mula masak kat rumah, tiada yang sudi menjamah. Antara komen emak, "masak apa nie takde bawang?". Hehe..

Takpe, kita fokus kepada mereka yang berminat. Iya dak? Jadi, suka saya kongsikan (resipi sempoi) saya kali ini.

Seperti biasa - kuantiti dan amount adalah agak-agak mengikut selera dan citarasa masing-masing.

Baiklah.

Tips yg paling utama - kalau nak makanan sedap, haruslah memasak dengan penuh kasih sayang - konfem masak apa pun jadi sedap, hehe.. Eh, jangan lupa baca bismillah. Em. Kalau saya sendiri, mood ketika memasak memang amat mempengaruhi rasa masakan. Hmm. Orang lain gini jugak ke?

Berbalik kepada ayam lemak cili api, resipinya mudah saja;

Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Letak bawang putih 2 ulas. Kalau taknak letak pun takpe. Makcik dewan makan masa saya belajar kat Serting dulu ajar - letak kunyit dengan cili jer, ketuk serai juga.
 
Bahan2 tu gaulkan dengan ayam. Perap sekejap. Kemudian masukkan ke dalam periuk - letak air sikit takut hangus periuk nanti. Kalau nak letak kentang pun boleh, potong empat.

Agak-agak rasa tu dah serap ke dalam ayam, masukkan santan - masukkan sikit dulu - kasi dia masak dan serap ke dalam ayam. Agak-agak dah lama, masukkan lagi santan sampai abis. Lagi pekat lagi sedap. Kacau sokmo supaya santan tak pecah minyak. Rasanya, kalu masak daging - memang santanya pecah minyak, kan? Tak pernah cuba, hehe.. Owh, garam gula jangan lupa.

Kacau hingga mendidih dan masak. Siap! Mudah saja, kan?

Selamat mencuba. Seperti selalu, kalau sedap, jangan lupa kasi saya cuba rasa ya, Wassalam.


3 comments:

Unknown said...

sy xpenah ag try masakan lomak cili api nie...haha

Faaein Talip Roy said...

memang mudah.. tapi saya masih tak reti2 nak memasak.. hehehe... =]

AsNiza said...

kazen ni leh caye ke idak nie?? huu... ke saya silap eja? :D

faaein.. yg penting - tahu makan - tahu bezakan makanan yg sedap dan makanan yg tk seda - kalu tahu bezakan - insyaAllah kite tahu apa yang kurang dalam masakan kita - cthnya kalu tawar = kurang garam.. etc... yg penting, kena berani mencuba.. selamat mencuba =)