+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, May 18, 2010

Jangan Baca, Entri Ini Hanya Untuk Dia

Mek, arinii 18 hb Mei, esok 19 Mei, mek mesti lupa, kan? Esok hari ulang tahun kelahiran mek. Kalau kami anak2 tak ingatkan, Mek mesti tak tahu.. Tiap-tiap tahun pun mek lupa, tapi selalunya orang ngan Kak yang ingatkan. Mek memang macam tu.

Mek, orang takkan lupa, baru-baru ni orang tak keje, sibuk carik kerja. Suatu hari mek cakap kat orang, "Malam ni kita sama-sama buat solat hajat, Mek buat jugak. Rakaat pertama baca 98 kali ayat kursi, rakaat kedua pun baca 98 ayat kursi." Dalam kepala orang mencongak, "Banyak tuh! Berapa lama nak berdiri!" Tapi bila Mek sungguh-sungguh, orang jadi semangat bila ingat kat Mek. Mek dah tua, umur lebih 50 tahun pun sanggup berdiri lama-lama semata-mata nak doakan orang, takkan la orang tak boleh. Alhamdulillah. Berkat doa Mek barangkali. Tangga 13 Mei 2010, orang mula bekerja kat tempat baru. Alhamdulillah. Bukan saja menganggur tak sempat sampai 2 bulan, gaji kat tempat baru ni pun jauh lebih tinggi dari tempat lama.

Mek, kalau dulu masa orang kecik-kecik, suami mek, ayah orang kerja sebagai buruh saja kat kilang getah. Tapi berkat doa mek, usaha mek besarkan dan sekolahkan orang, gaji orang sekarang lebih 10 kali ganda gaji ayah dulu. Terima kasih Allah, terima kasih sebab berikan Mek sebagai ibuku. Terima kasih Mek untuk segalanya. Orang sayang Mek.

Orang tak kan lupa semua jasa dan pengorbanan Mek. Untuk orang dan adik-adik. Orang ingat lagi, umur 7 tahun orang mula-mula sekolah, darjah satu. Mek anta orang gi sekolah ari pertama. Lepas tu orang gi sendiri. Kawan dengan Ayu. Kampung kita tiap musim tengkujuh, hujan lebat, tanah becak berselut. Mek selalu dukung orang kalau air penuh depan umah. Taknak kasut basah, kasut kotor, dokong orang dan adik2, kawan2 orang sekali sampai ke jalan besar. Mek memang baik, kuat pulak tu.

Masa darjah dua orang kena chicken pox. Dah 8 tahun dah masa tu. Tapi punya lah manja, asyik berdukung je, teringat balik orang rasa malu. Pernah orang jatuh tangga, hidung berdarah, gigi patah. Mek balik dari sawah kalut-kalut bawa jumpa doktor gigi. Mek sayang orang rupanya tapi masa tu orang selalu cakap, Mek sayang Mael je, adik orang juga padahal. Orang selalu rasa ayah je sayang orang, jahat kan orang.

Nak besarkan orang adik beradik, Mek buat macam-macam kerja. Musim sawah Mek ngan ayah masuk bendang. Orang ngan kak dan adik-adik pun ikut juga. Kadang2 kita tidur kat sawah. Orang ingat lagi. Dulu mana ada bajak. Takde jentera. Semua tenaga sendiri, tulang empat kerat. Peluh keringat diperah sampai kering. Demi sesuap nasi mek tak merungut. Lepas subuh belum nampak tanah Mek dah turun sawah. Bukan sedikit Mek berkorban. Pernah Mek pengsan kat sawah sebab kepenatan, kesian Mek.

Bukan musim padi, Mek ngan ayah ambik upah menoreh getah. Orang ingat sampai bila-bila. Pagi-pagi sebelum pegi sekolah, Mek beli nasik berlauk sebungkus dengan air teh sekopi kat Kedai Poknik Jusuh. Kat dalam kebun getah, atas akar pokok getah yang paling besar, Mek suapkan anak-anak makan nasik sikit sorang. Dah kenyang baru kami masuk sekolah. Rindu nak makan Mek suap macam dulu-dulu.

Dulu orang semangat nak belajar rajin-rajin. Sebab orang kesian kat Mek. Orang nak ubah nasib keluarga kita. Masa sekolah-sekolah dulu orang femes sebab result orang selalu cemerlang. Anak orang miskin tapi pereksa sokmo buleh A. Alhamdulillah. Orang tahu Mek suka, bangga dengan orang. Mek selalu cakap, tiap kali tengok orang naik pentas terima anugerah pelajar cemerlang, Mek terharu sampai nangis, hehehe.. Kelakar la Mek nih.

Mek banyak berjasa pada keluarga. Orang panggil Mek "Iron Woman". Kuat. Angkat batang kelapa pun pernah, pelik gak orang. Kat kampung Mek terkenal sebab suka tolong orang, peramah pulok tuh. Budak-budak pun suka kat Mek. Walaupun Mek boros, tapi Mek memang berhak sebab selama ni Mek dah banyak bersusah payah demi mendapat sesuap nasi untuk anak-anak.

Ayah sakit lama jugak. Lebih kurang 5 tahun. Mek yang jaga ayah sorang-sorang. Anak-anak semua jauh. Ayah pernah cakap kat orang. Biar ayah mati dulu, kalau Mek takde dia tak tahu camne nak buat. Nampak sangat Ayah sayang Mek, bergantung pada Mek. Doa Ayah termakbul. September 2006 Ayah dijemput pulang ke rahmatullah. Mek sorang-sorang. Kebingungan. Anak-anak semua jauh. Mek mesti sedih sangat kan masa tu. Sorang-sorang. Teman hidup pun dah pergi tinggalkan Mek jauh. Tak kembali lagi. Untung ada jiran tetangga, berkat Mek baik dengan derang, giliran derang pula bantu Mek. Alhamdulillah.

Orang takkan lupa. Sejak ayah takde, kita jadi makin rapat. Semua benda orang cerita kat Mek. Mek jadi pendengar setia orang. Walau orang tahu Mek bukan bomoh tapi bila barang hilang orang tanya Mek. Walau orang tahu Mek bukan boleh baca masa depan, apa-apa nak buat orang tanya Mek dulu. Bila sedih kecewa orang ngadu kat Mek juga. Pernah orang 'putus cinta' orang nangis-nangis peluk Mek. Kelakar betul.

Orang pun takkan lupa. Pernah orang buat Mek menangis. Masa tu orang tengah stess, sedih sangat-sangat. Orang tak tahu nak buat apa. Orang tepon Mek, nangis-nangis. Mek pujuk orang. Jangan nangis. Jangan sedih. Ingat Allah. Allah ada.

Tapi lepas tu Mek nangis-nangis tepon Kak. Aih.. Kalu Kak tak gitau, konfem orang pun tak tahu Mek pernah nangis sebab orang. Jahat kan orang. Orang mintak maaf kat Mek. Mek kuat depan orang, tapi hakikatnya Mek pun ada perasaan, ada sekeping hati yang halus juga. Ampun banyak-banyak. Orang janji, lepas ni orang akan usaha sungguh-sunggu untuk bahagiakan Mek, tak mau Mek sedih-sedih lagi. Orang pun tahu, Mek bahagia kalau anak-anak semuanya bahagia. Jadi insyaAllah, orang akan usaha untuk cari kebahagiaan itu. Mek jangan risau ya. Orang sayang Mek, tak kira apa pun jadi, hakikat itu tak mungkin berubah. Sampai bila-bila. Sampai mati.

Banyak pulak orang mengarut. Hehe. Orang tahu Mek mana reti guna internet, apatah lagi nak baca blog ini. Hehe.. Orang saja-saja je tulis, simpan buat kenangan. Mana tahu, kalau2 orang pergi dulu sebelum Mek, entri ni leh jadi kenangan buat Mek dan famili. Harap-harap, Mek pergi dulu, sebab orang tak sanggup Mek sedih kali kedua selepas kehilangan suami tersayang, dan orang takut, takde sape nak jaga Mek.

Ajal maut semua di tangan Tuhan kan... Tapi orang sentiasa doakan Mek dan Ayah, tak lupa. Semoga Mek bahagia dunia dan akhirat. Semoga Mek dan Ayah dikasihi Allah. Sokmo2..

Orang sayang Mek. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Terima kasih Allah, kerana pinjamkan daku seorang ibu yang daku panggil, Mek. Wo ai ni. =)



3 comments:

Unknown said...

maaf, tetap nak baca juga. airmata pun menitik...terkenang juga kisah lalu..all the best niza, InsyaAllah

ummu said...

salam sis
maaf saya nak ba juga.
entry ini sungguh mengesankan jiwa saya.sungguh besar pengorbanan Mek...

amrhnff said...

even sy ni laki..
tp sedih gk r bace..