"Honey, i love you so much, i will take care of you, entire my life." Kata-kata itu masih terngiang-ngiang. Persembahan kami di hadapan Tok Kadi juga masih jelas. Lafaz ijab dan kabul juga masih kedengaran di cuping telingaku. Cincin emas yang disarungkan ke jari manisku. Tetamu yang hadir. Kamera yang berkelipan. Semuanya masih segar dalam ingatanku.
Aku pejam mataku rapat-rapat. Menutup kedua belah telingaku dengan tangan kiri dan kanan. Aku mahu halau semua bayangan itu pergi jauh. Aku mahu usir semua kenangan itu jauh dariku. Aku benci kenangan itu. Aku benci bayangan itu. Aku tidak mahu ia terus menghantuiku. Mahu saja aku menjerit. Hentikan! Pergi jauh! Jangan ganggu aku!!
Tiada suara kedengaran, hanya bergema di dalam dadaku. Bibirku terkunci rapat. Kolam mataku kekeringan air mata. Atau barangkali aku sudah penat menangis. Airmata darah pun tidak mungkin bisa mengubah apa-apa. Lalu untuk apa aku mensia-siakan cecair jernih dari bebola mataku itu. Sungguh aku letih. Letih melarikan diri dari bayangan silam yang tidak pernah jemu mengejarku. Oh!
Aku menyandarkan belakangku ke kepala katil. Tiada hasrat mahu bangkit dari tilam yang tidak berapa empuk itu. Entah mengapa hari ini gejolak perasaan ini terasa berat mendugaku. Sudah bertahun kenangan itu berlalu pergi. Sudah bertahun aku berjuang meneruskan kehidupanku. Sudah bertahun aku bertarung dengan segala ujian dan dugaan mendatang, tapi mengapa, masih terasa bagai semalam aku selamat diijab dan kabulkan.
Lagu di radio masih berkumandang. Memainkan irama lagu tanpa henti selagi suisnya tidak ditutup. Berlagu tanpa mengira rentak apa bergelora dalam jiwaku. Dadaku sesak, menghimpit. Nyaris aku lemas dalam sengsara yang membelit. Oh! Tuhan, berikan aku kekuatan, tanpa-Mu aku lemah.
Memori bersama dia yang pernah bergelar suami terus membayangi aku. Membelenggu langkah kakiki. Merantai kaki dan leherku. Aku benci kenangan itu namun aku jua cuma manusia biasa. Bukan boleh mengubah sejarah. Tidak mampu mengundur masa. Memadam memori itu juga aku tidak bisa. Oh! Lemahnya aku.
Memang bukan itu pintaku. Namun itulah takdir dan suratan yang tertulis buatku. Harus bagaimana aku menolak? Harus bagaimana aku menidakkan? Tiap yang berlaku sudah berlalu. Menyalahkan takdir bukan penyelesaian buat segalanya. Menyesali tiap apa yang telah aku lakukan bukan juga pengurai segala kekusutan. Semua yang telah ditakdirkan, pasti akan terjadi. Itu rancangan Tuhan, dan aku cuma seorang hamba.
Yang indah cuma sementara. Terang juga seketika. Gelap datang pula. Memang bukan itu yang aku pinta. Tapi itulah kehendak Tuhan untukku. Dia yang menentukan segalanya. Dia yang berkuasa atas segala. Harus apa lagi yang aku lakukan? Bukankah aku cuma seorang hamba? Segala yang aku miliki kini bukan milikku tapi milik Dia. Denyutan nadi ini, degupan jantung ini, hembusan nafas ini, darah yang mengalir, semuanya kerana Dia. Layakkah aku menyalahkan takdirku? Oh! Hinanya aku...
Benarlah bukan itu pintaku. Namun demi kerana-Mu Tuhan, aku terima segala ketentuan-Mu buatku. Kerana solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk-Mu.
Ampunkanlah aku Tuhan, atas segala dosaku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, berilah keampunan buatku Tuhan. Berikan jua kebaikan buatku, di dunia dan di akhirat.
Amin ya Rabbal Alamin.

No comments:
Post a Comment