+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, May 15, 2010

Tip Menjadi Penulis Bestseller


Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas saya berjaya mengkhatam buku tersebut. Dengan izin Allah jua adanya. Membaca buku ini agak mengambil masa kerana banyak input-input dan fakta-fakta menarik di dalamnya yang perlu dicerna dan difahami agar tidak terlepas walau sedikit ilmu.

Buku ini mengandungi 40 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1- Potensi diri sebagai penulis Bestseller

2- Penulisan berpengaruh sepanjang masa

3- Pemasaran karya kepada khalayak pembaca

Buku ini sangat menarik dan penuh informasi. Mengajar kita untuk menjadi seorang penulis bermula dari 'kosong' sehinggalah melibatkan akta-akta undang-undang yang berkaitan dengan seorang penulis. Begitu terperinci dan mendalam.

Buku ini fokus kepada penulisan buku bukan fiksyen contohnya buku sejarah, buku panduan dan lain-lain. Bagi sesiapa yang mempunyai minat untuk menjadi penulis, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku ini di pasaran. Selain daripada tip-tip menjadi penulis, teknik-teknik menulis juga ada diajar dalam buku ini. Apa pendorong yang boleh menjayakan seorang penulis dan apa pula yang 'membunuh' seorang penulis, juga tidak ketinggalan tercatit dalam buku ini.

Oleh itu, kepada semua yang berminat untuk menulis, samada secara sambilan atau sepenuh masa, sila dapatkan buku ini di pasaran, sebagai salah satu koleksi bahan bacaan dan rujukan yang boleh membantu pada masa akan datang, insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI. Terima kasih. =)

2 comments:

Anonymous said...

Bismillah.

Dah baca dah. ^^

Liatnya jugak nak habiskan. Banyak info berguna dalam buku tu. Jadi sesiapa yang nak jadi penulis, atau baru mula nak menulis, bolehlah baca buku yang 'membosankan' itu.

=)

Bibi,

Zamri Mohamad said...

Betul, bukuitu membosankan sehinggakan penulisnya terbosan menulisanya.

Terima kasih kerana sudi membacanya.

Daripada penulis bosan yang sukakan komen ini :)

Saya suka!