+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, November 6, 2009

Rintihan Ibu

Nak, ini ibu nak..

Kenapa kau tolehkan wajahmu, pandanglah ibu wahai anak..

Nak, ini ibumu..

Kenapa kau menjauh, datanglah dekat dengan ibu..

Nak, ini ibu yang mengandungkanmu,

9 bulan kau bersatu dengan jasad ibu..

Nak, ini ibumu nak..

Ibu yang melahirkan kamu, pertaruhkan nyawaku sendiri..

Nak, ini ibu yang menyusukanmu,

Menghilangkan haus laparmu nak..

Nak, ini ibu yang membesarkanmu,

Ibu yang menyapu airmatamu..

Nak, ini ibu yang memelukmu saat kau berduka..

Yang menangis bila kau menangis..

Nak, ini ibumu nak..

Pandanglah ibu.. apakah kau lupa pada ibu?

Anak..

Saat dia menjadi kekasihmu, ibu kian kau lupakan.

Saat kau bahagia bersama dia, ibu kau singkirkan.

Saat kau menyerahkan mahkotamu pada dia, ibu kau buang jauh.

Kau jadi lupa betapa selama ini ibu menjagamu dengan baik.

Kau tidak peduli betapa luluhnya perasaan ibumu ini.

Pecahnya hati ini melihat kehancuranmu..

Kau terlalu mementingkan dirimu sendiri duhai anak.

Kau lupa pada Pencipta-Mu.

Kau alpa dan hanyut dalam dunia ciptaanmu.

Pesan ibu kau lupa, nasihat ibu kau tak endah.


Anak, aku ini ibumu..

Aku yang melahirkanmu..

Aku menyayangimu sepenuh hatiku..

Doaku sentiasa ada buatmu..

Kembalilah wahai anak..

Pulanglah ke pangkal jalan..

Jadilah seperti dulu..

Anakku yang luhur lagi suci..

Moga kau menjadi anak yang solehah..

Mengheret tanganku dan ayahmu ke syurga.

Amin ya rabbal alamin.

6 comments:

Suhana Amiril said...

Nak, ini ibu nak..

Kenapa kau tolehkan wajahmu, pandanglah ibu wahai anak..

Nak, ini ibumu..

Kenapa kau menjauh, datanglah dekat dengan ibu..

Nak, ini ibu yang mengandungkanmu,

9 bulan kau bersatu dengan jasad ibu..

Nak, ini ibumu nak..

Ibu yang melahirkan kamu, pertaruhkan nyawaku sendiri..

Nak, ini ibu yang menyusukanmu,

Menghilangkan haus laparmu nak..

Nak, ini ibu yang membesarkanmu,

Ibu yang menyapu airmatamu..

Nak, ini ibu yang memelukmu saat kau berduka..

Yang menangis bila kau menangis..

Nak, ini ibumu nak..

Pandanglah ibu.. apakah kau lupa pada ibu?


Menyentuh dan mengetuk hati.

kak As,
memang kuat betul naluri keibuan pada akak nih. =)

Apapun, doakan kami adik-adik remaja nih sentiasa di jalan yang betul. Menjadi racun dan penawar yang setia kepada kedua ibubapa.

AsNiza said...

hehe~

nama pun MAK ngah.. ^^
akak aminkan doa su.
semoga kita jd anak yg solehah..=)

p/s: kdg2 akak sediri nangis baca puisi yg akak tulis, emo kan, lol

si budak kecik said...

walau p0n sye xprnh jumpe ngan k'As..sye rse k'As ni lembut laa..igt lg mase ckp tep0n ngan k'As..best s0re k'As..sl0w jer...ekeke...

ermm..bkn ke akk ni ibu dlm iLi..??heE~

abes tu ble nk kawen MAK ngah..??

Al Quds Travel said...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

muhammad naim said...

salam akak. nak mintak izin nak copy leh x..

naluri seornag ibu xbisa hilang walaupun anaknya spt kain yg kotor tdk bisa diabsuh berkali-kali

ibu ,.kau seorang yg tabah mendidik anakmu dgn penuh kasih sayang,

(~_^)

diana said...

Salam Ziarah
Meruntun jiwa baca sajak ni
betapa ibu tu byk berkorban utk anak2nya
Last time saya bc entry pasal arwah ayah akak tu, sangat sedih smpi sy pun ikut sama menangis
semoga yang terbaik utk Kak As