+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, November 12, 2009

Penyokong Kelate Bedooh?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabtu lepas, malam penuh bersejarah di mana perlawanan antara pasukan Kelantan menentang pasukan Negeri Sembilan, berentap di stadium Bukit Jalil untuk merebut gelaran juara. Hari itu telah berlalu, dan keputusannya juga sudah diketahui umum. Tahniah buat negeri Sembilan kerana berjaya merangkul gelaran juara untuk musim ini, dengan keputusan 3-1. Sekalung tahniah sekali lagi.

Sebelum bercerita panjang, suka saya khabarkan, saya adalah rakyat jati Kelantan. Mak orang Tumpat, arwah ayah orang Kota Bharu dan saya membesar di Kota Bharu, kampung saya letaknya tengah-tengah antara Bandar Pasir Mas dengan Bandar Kota Bharu, tidak jauh dari Wakaf Che Yeh. ^_^

Perlawanan sudah berakhir. Sedihnya kita tidak berjaya meraih kemenangan namun apa yang menyedihkan lagi, apabila rumah sudah siap, pahat dan tukul masih berbunyi.

Adat perlawanan, menang atau kalah itu lumrah. Yang menang wajar diraikan kerana sesungguhnya mereka sememangnya berhak. Dan kepada yang kalah pula, semoga menjadi iktibar dan pengajaran agar dapat berusaha lebih kuat pada masa hadapan.

Rumah sudah siap, perlawanan sudah berakhir. Pahat pula masih berbunyi, sampai sekarang masih kedengaran 'suara-suara sumbang' walau di mana jua, mengutuk penonton dan pasukan penyokong negeri Kelatan. 'Extreme, melampau, baran, entah apa-apa, bedooh, bekeng, meto, lobe' dan macam-macam lagi.

Maaf, saya tidak salahkan mereka yang mengata kerana sebagai penonton yang melihat dari kaca tv, saya juga berpendapat benda yang sama. Kejadian sebenar di stadium, apa yang terjadi, hanya mereka di sana yang lebih mengerti.

Kerusi dibakar, bunyi mercun sana sini, botol-botol air dicampak dibaling, malahan ada juga banting yang dibakar. Tanda protes? atau tunjuk hebat? Tanda kecewa? atau tidak boleh terima erti kekalahan?

Saya simpati kepada mereka yang datang dari jauh, tinggalkan keluarga meredah hujan dari timur ke Bukit Jalil. Sungguh saya simpati. Melihat keadaan stadium yang mulanya meriah dengan sorakan penonton berbaju merah, menguasai 2/3 kerusi stadium, penuh semangat, buat saya mengerti betapa besarnya harapan mereka.

Mereka datang untuk menang! Harapan mereka untuk melihat pasukan mereka menjadi juara! Hanya itu yang mereka mahu dan tiada apa yang mustahil, bila sesuatu yang kita idamkan gagal menjadi milik kita, adakalanya kita hilang kawalan. Saya mengerti kerana saya juga bukan seorang yang mudah menerima kegagalan, tambahan lagi jika sekiranya saya benar-benar berharap.

Saya kagum dengan semangat orang-orang Kelantan. Sangguh meredah hutan, menyelusur jalan beratus kilometer semata-mata kerana ingin memberi sokongan. Sungguh saya kagum dengan semangat itu. Ah, biarlah kalau mereka katakan itu semangat kenegerian atau asabiyah, tapi untuk kali ini, saya mengagumi semangat kenegerian ini. Sebagai anak jati Kelantan, saya merasakan semangat membara itu.

Kita masih bersatu. Kita masih sejiwa. Kita masih sepakat. Kita masih kuat. Walau di mana kita menuntut ilmu, walau di mana kita mencari rezeki, Kelantan tetap di hati. Bila diseru kita bangkit bersatu, bila seorang jatuh kita pakat-pakat dokong, bila seorang dipijak kita pakat-pakat pertahankan. Semangat itu masih kuat, tidak pernah luntur.

Mereka mungkin melihat dari sudut yang negatif, 100% buruk tapi saya mohon maaf, saya bangga dengan sikap ini. Yang salah tetap salah, tapi dalam 'salah' itu, masih ada 'betulnya' yang benar-benar saya kagumi.

Maaf andai entri kali ini bersifat asobiyah.. saya sekadar berkongsi perasaan. Terima atau tidak, tu hak anda.Gomo Kelate Gomo, tahun depan cuba lagi ^___^
Wallahua'alam.

4 comments:

HafizAdam said...

apehal bedooh?
haha

check balik makna asobiah neh.
=)

AsNiza said...

tk tau ke bedooh?
haha.. tk sama ngn bidah! =p

malas nk check, tp sejak skolah smpai skang org selalu kate, org kelate kuat asobiyah, huuu..kena suh derang la check kot, better ^^

jack said...

ala..biasalah tue.tp x suma kelantanese mcm tue..sy org jati shah alam, tp sy penah tggal lebih kurang setahun kat tumpat..kt pondok kg talak..dorg suma very nice person..x sapa yg boleh letak apa2 hukum kecuali Allah swt..:)

nicholas chuah said...

kawe anok jati kelate,sep kito sokmo duk skali,tok kiro cino,melayu,india..kaloh mene sep kitp banggo..sbb sep kito bersatu..kawe heren jugok bakpo negeri lain anggap kito ni ganas..sedangke sep kito duk skali..kalu mung tok cayo,tera demo mari kelate maso rayo,bekwoh ko,gapo ko,semo tolong samo diri..