+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, November 5, 2009

Bukan Siti Khadijah

"Stop joking. Are you serious?" Maisarah mengulang soalannya untuk kali ke-tiga, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru aku lafazkan. Aku yang duduk di kerusi sebelah kirinya diam membatu, mulai ragu dengan pendirian aku sendiri.

"Hey, look my dear, this is not a game, not a tv film. U can't create any story as per your wish, add on any characters, choose the plot of drama then decide the ending, no such a thing in this real world, wake up my dear.. Please think!" Dia mula menyambung ceramahnya setelah melihat aku mendiamkan diri, bukan setahun dua dia mengenali aku, pastinya dia juga sudah dapat membaca gerak hati aku.

Benar, aku sendiri juga jadi kian tidak pasti dengan apa yang ingin aku lakukan, tidak mempunyai keyakinan diri dan kali ini Maisarah betul, aku terburu-buru dan tidak berfikir panjang. Fikiranku bercelaru, aku enggan menjawab soalan Maisarah, bimbang andai kataku yang dinaungi kecelaruan emosi bakal melukakan hati sahabat baikku itu.

Membisu, aku melontarkan pandanganku jauh ke luar tingkap kereta. Panndangan yang kosong. Melayani perasaanku sendirian. Kecamuk akal dan hati bertingkah bersilih ganti. Maisarah juga diam, bagaikan mengerti irama gelisah yang berlagu di jiwaku, dia mengunci bibir, fokus dengan pemanduannya, menekan pedal minyak lalu kereta memecut laju menghala ke destinasi yang ingin dituju.

------------------------------------

Lagu nasyid Siti Khadijah berulang kali aku mainkan tanpa jemu. Aku hayati liriknya satu persatu tanpa kenal erti jemu. Bait-bait lagu menyentuh hatiku.

"Pemergianmu, ditangisi nabi, sehingga kini, tiada pengganti.."

Benarkah tiada lagi pengganti? Siti Khadijah bukan calang-calang wanita. Besarnya jasamu wahai isteri nabi. Betapa mulianya pengorbananmu demi agama dan rasul. Betapa kau insan terpilih, ditakdirkan untuk mendampingi manusia mulia. Kau wanita istimewa , namamu terukir dalam sejarah Islam. Kau wanita hebat, menjadi teladan terbaik buat seluruh muslimah.

Buku Bilik-bilik Cinta Muhammad yang sedang aku baca aku letakkan ke riba. Buku luar biasa yang diterjemah ke bahasa Indonesia, hadiah dari seorang teman yang sedang menuntut di Ukrida. Aku sendiri tidak pasti samada buku ini sememangnya luar biasa atau jiwaku sendiri yang rapuh. Sejak membacanya dari helaian pertama, kolam mataku sentiasa basah bergenang airmata. Perasaanku bercampur baur.

Membaca kisah seorang utusan Allah sejak dari dalam kandungan hingga meniti dewasa dengan olahan dan perincian yang menarik, mampu membuat emosiku terusik. Penulis buku ini sememangnya mempunyai sentuhan yang berbisa. Hingga aku juga percaya, sesiapa jua yang menyintai baginda nabi pasti merasai hebatnya permainan perasaan ini tatkala meniti baris ayat yang tercatit di dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad.

Aku sempat membaca buku itu belum sampai 1/4 . Aku berhenti seketika. Kisahnya terhenti sehingga perjalanan hidup nabi ketika meniti usia remaja, saat baginda mula berdagang, dan ketika ini, watak baru bernama Siti Khadijah sudah tertulis dalam buku Bilik-bilik Cinta Muhammad.

Aku membuang pandanganku jauh ke luar tingkap. Cuba menikmati keindahan panorama alam yang terbentang di hadapan mata namun fikiranku jauh melayang melepasi dimensi masa. Kisah Muhammad kecil bermain-main dibenakku bagai sebuah tayangan filem. Dan pembacaanku terhenti seketika apabila Siti Khadijah muncul dalam hidup Muhammad. Hebatnya Siti Khadijah, mampukah aku menjadi sepertinya? Aku bermonolog sendirian melayani sepi.

Soalan demi soalan datang bersilih ganti menerjah benakku, persoalan yang tidak mampu aku rungkai. Tergantung tanpa jawapan.

2 comments:

Unknown said...

salam..sy x ingin komen apa2 utk 1st half of this entry..maybe it's too personal to elaborate.anyway,just remember Allah tempat mengadu segala masalah..sy just tertarik buku yg saudari kupas sedikit tu..mcm menarik..kalo nk cari,di mana ada jual ek? harga berapa? kalo bleh tunjuk cover page cantek gak tu..wasalam.

AkuBukanLelaki said...

tapi skang ni nama Siti Khadijah utk org zaman sekarang xmengambarkan Siti Khadijah zaman nabi..kalulah same kan behh...rahsia disebalik nama..