+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, November 11, 2009

Bilik-Bilik Cinta Muhammad


Bismillah, saya sekadar menunaikan permintaan sahabat blog yang minta perkongsian mengenai buku ini. Semoga peroleh manfaat. ^_^

Sebuah buku, mencatit perjalanan hidup Nabi Junjungan Muhammad saw, sejak dari dalam kandungan hingga ke saat kewafatan baginda. Buku yang berjaya menyentuh hati kecil saya, membuat kolam mata saya sentiasa basah, bergenang airmata dan adakala mengalir laju. Buku yang berupaya menyuburkan rasa rindu terhadap manusia agung, pesuruh dan utusan Allah, Muhammad saw.

Buku ini mengulas dan menceritakan dengan begitu terperinci, sehingga kita dapat membayangkan dengan jelas dan menghayati perjalanan hidup baginda. Turut tercatit kisah sehari-hari rumahtangga nabi Muhammad saw, sesuai dijadikan tauladan. Apa yang baginda lakukan ketika di rumah, bagaimana baginda berinteraksi bersama semua isterinya dan bagaimana baginda berhadapan dengan sikap spontan isteri-isteri baginda.

Bagaimana baginda makan dan tidur, serta bermesra dengan isteri baginda? Ketika rumahtangga dilanda masalah, apa yang dilakukan, bagaimana pula ibadah baginda ketika berada di rumah? Bagaimanakah kehidupan malam Nabi Muhammad saw?

Buku ini mengukir indah kehidupan Nabi di setiap rumah yang pernah baginda tinggal dan singgah, sejak dari kanak-kanak sehingga ke detik terakhir kehidupannya. Ternyata, penulis buku ini, Dr.Abazhah mempunyai sensitiviti yang tinggi, membidik kamar demi kamar itu dengan segenap penghuninya; bagaiamana akhlak mereka dan bagaimana adab pergaulan Nabi bersama mereka.

Inilah kisah indah rumah cinta Rasulullah-tempat setiap muslim belajar bagaimana mewujudkan "rumahku syurgaku". Bukan sahaja rumah yang bebas dari masalah, bahkan keluarga yang berhasil menyelesaikan masalah dengan indah. Bukan dengan kemewahan harta, melainkan dengan keluhuran akhlak, keagungan cinta dan kedalaman iman.

Selawat dan salam buat nabi junjungan, moga di syurga sana kita dipertemukan, berikanlah aku syafaatmu, mengakulah aku sebagai ummatmu. Allah hu Allah, aku hamba-Mu, aku ummat Muhammad.

Wallahua'alam.


5 comments:

nadmin said...

menarik la buku ni..
beli kat mana ya?

AsNiza said...

Salam,

Hadiah dr seorang teman, dari Jakarta ^_^

Unknown said...

salam

makasih yea cik tuan rumah aka tuan tanah..igtkan dh x igt dh..insyaAllah akn try cari.. x pun mintak mmbe pos dari jakarta gak..syukran

Nurul Affendi said...

Tolong la saya,
saya pon nak satu.

Klu ade teman2 kalian yg nak ke sana kirimkan saya satu !

Plz ya!

nurul_affendi@yahoo.com

NOR AZIZUL HARUN said...

salam,
Buku Bilik-bilik Muhammad memang menarik. Sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ini sila hubungi
0102117870
http://www.anjungmega.blogspot.com/