+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, August 11, 2009

Kerana Aku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Astagfirullahalazim.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. rasanya sudah terlalu lama saya tidak 'memberi' sesuatu yang bermanfaat diruangan ini.. Berundur setapak agar dapat mara sepuluh langkah ke hadapan, mudah-mudahan Allah izinkan.. Amin..

Kebelakangan ini saya banyak memikirkan dan menginsafi hakikat diri. Sejauh mana saya telah menyumbang atau 'memberi'? Sejauh mana saya dapat membantu sahabat terutamanya adik-adik yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar (di pujuk dan di beri kata semangat). Entahlah.. Ada masanya, bahu ini dibebani rasa bersalah, terasa begitu lemah kerana apa yang mampu saya berikan cumalah 'nothing'. Astagfirullahalazim..

Salah satu sebab kenapa saya membina blog ini adalah agar dapat memimpin/membimbing adik-adik yang sedang meniti remaja. Jika saya pernah terjatuh ke dalam lembah yang hitam, saya tidak mahu mereka terjatuh ke lembah yang sama, jika saya pernah tersesat arah haluan, saya tidak mahu adik-adik saya juga turut tersesat pada haluan yang sama. Ya Allah, mampukah aku?

Bukan mudah untuk membantu andai kita tidak pernah berada di tempat mereka. Kita boleh berulang kali mengatakan bahawa kita memahami apa yang mereka lalui namun sesungguhnya, itu hanyalah omongan kosong 'pengubat kedukaan' yang kian lama kian tidak mujarab. Lalu saya masih percaya sepenuhnya dengan pepatah lama, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Saya mengakuinya sepenuh hati saya.

Benar saya tidak akan memahami masalah adik-adik atau sahabat-sahabat sekalian dengan hanya mendengar atau melihat, maka sepatutnya saya juga tidak mungkin dapat merasai perit dan derita yang sama seperti mereka lalui. Namun percayalah, hati ini mampu melihat dan mendengar. Hati ini mampu merasainya.. kerana diri ini, satu ketika dulu pernah di uji dengan dugaan yang jauh lebih berat, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kudrat dan keupayaan kepada kaki ini untuk terus melangkah. Alhamdulillah.

Dan saya percaya, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Dan salah satu sebab saya di uji dan diberi kekuatan agar bangun semula adalah supaya saya dapat membantu adik-adik dan sahabat-sahabat agar dapat turut sama membina kekuatan.. One of my friend said..i am very strong! some said i am optimis! Sesungguhnya, untuk menjadi seorang yang tabah dan optimis itu, tersimpan sejuta satu rahsia yang tersembunyi. Bukan mudah menjadi mudah.

Dan kawan, jika kamu bersedih hati, ingatlah, kawanmu ini ada di sini. Jika kamu ditimpa musibah, kawanmu ini akan menenangkanmu. Jika kamu berasa resah, kawanmu setia di sini. Jika kamu terluka hati, kawanmu ini ada penawarnya. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan izin Allah..

Akhir kata..

Maksud Hadis Rasulullah SAW: "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Saudaraku sekalian, aku cinta padamu.

Wabillahitaufikwalhidayah..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

5 comments:

relax said...

assalamualaikom

heheee~~ saya pun sayang dan cinta sama kamu....
erm... ^_^ ujian Allah tuh untuk org yang boleh melaluinya saja. kuatkan hati dan selalu berdoa "yeaahh ..kita boleh melaluinyer." eehhehehe

Suhana Amiril said...

Saya pun cinta dengan mu... ^_^

Assalamu'alaikum wahai kakakku sayang yang comel lagi awet muda.. ^_^

benar hati seorang remaja ini tersentuh dengan entry akak yang ini.. Mungkin kerana tarian tangan disertai keikhlasan lalu memancarkan kesayuan di hati...

Sabar laa.. Ini dugaan Allah.. pasti ada beribu2 kebaikan daripadanya...

Ungkapan yang selalu diri ini dapat, walaupun tidak terlalu menenangkan diri, tapi hati ini tersentuh sedikit dengan ucapan itu.

Walaupun banyak yang menenangkan, tetapi diri ini juga laa yang terasa kepedihan dan kesakitannya. Ada yang sudi mendengar permasalahan diri ini, itu sudah cukup baik dan patut ku syukuri. Walaupun mereka takdapat rasa apa yang ku rasa.. Kerana aku diriku, dan aku bukan diri mereka.

Dan sebab itu juga laa, diri ini masih dalam latihan untuk jadi pendengar setia. Pendengar setia yang akan turut join kebanjiran dengan masalah yang didengarinya.

Erk!!
Alamak!
terpanjang laa pulak..
adush!
sory2 kak As,,

Kak As : Keja suhana nie memang menyepam je ye..

Su : Tercengih.. :D

pencinta bahasa said...

“214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214)

“Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa Yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang Yang sesat". [Al-Hijr ayat 56]


salam kak..
semoga dalam ujian dan musibah yang kita tempuhi, kita akan lebih dekat dengan rahmat Allah swt dan jauh pula drpd perasaan putus asa..

walaupun belum pernah bersua, saya pun sayangkan akak sebab kita bersaudara..(^_^)

saya pun dlm kategori adik2 jugak..hehe.. boleh la berikan tunjuk ajar ya..(",)

Ahyana Solehah said...

Kak As, Lau ta'lamin kam uhibbuki.

wlwpun baru kenal, tp serase sudah lama mengenali hati budi akak!..

"Erti hidup pada memberi, akhirat tempat terima abadi." insyaallah

ukhuwwah fillah abadan abada..
mohon tunjuk ajar! =)

AsNiza said...

:: ikhwana..

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..^_^


:: Sue..

tabahkan hatimu yer dik.. walau seberat mana dugaan, ingatlah Allah sentiasa..

Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya.. berdoa dan bermohonlah daripada Allah, agar dipermudahkan segala urusan..

Try not to cry..


:: pencinta bahasa..

terima kasih atas perkongsian ayat ini..

“214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Al-Baqarah ayat 214)

Memujuk hati di kala duka ^_^

Sayang kamu juga, ukhwah kerana Allah itu indah..


:: Ahyana..

terima kasih sudi ziarah blog akak..

Alhamdulillah, akak juga bersyukur kerana di beri keizinan oleh-Nya untk berkenalan dengan kamu..Alhamdulillah..

Semoga ukhwah yang terbina, sentiasa mekar mewangi.. amin..


To all~

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Amin..