+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 20, 2009

Burung Tak Semuanya Terbang.

Alhamdulillah, kita masih berkesempatan menyedut udara nyaman di hari Jumaat yang mulia ini. Alhamdulillah, jasad dan nyawa ini masih dilanjutkan kontrak pinjamannya, hingga ke hari ini.

Dan pada saya. Hari ini hari penentu? Saya harus membuat keputusan. Harus bagaimanakah?

Soalan. Jika anda seorang bos, anda tawarkan suatu tanggungjawab baru kepada pekerja anda pastinya dengan gaji yang lebih tinggi, tetapi pekerja tersebut meminta tempoh yang panjang untuk membuat keputusan. Bagaimana persepsi anda?

Pekerja ini seorang yang tidak dapat membuat keputusan yang tepat dengan cepat? Pekerja ini tidak layak mendapat tawaran itu? Atau pekerja ini terlalu berhati-hati dengan tindakannya, tidak membuat keputusan melulu? Pekerja ini sesuai dengan tawaran itu? Atau apa lagi kemungkinannya? Wallahua'alam.

Baiklah, tazkirah ringkas pagi ini. Tentang apa yang kita lihat.

Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan apa yang kita lihat. Kita percaya kita di pihak yang benar. Kita bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran. Tapi, segelintir manusia lain ada yang melihatnya berbeza. Contohnya, orang yang menghidap rabun warna jarang menyedari kekurangan mereka. Mereka tidak dapat membezakan warna merah dengan hijau atau biru dengan kuning. Jadi, mereka yakin dan percaya, daun warnanya merah (kerana pada mereka adalah hijau). Dan adakah mereka salah kerana melihat merah sebagai hijau? Fikirkan..

Jadi, pada pendapat saya, dalam kehidupan seharian kita, kita tidak boleh menganggap semua orang mampu melihat sama seperti apa yang kita lihat. Begitu juga dengan cara memberi dan menerima pandangan. Setiap orang mempunyai pendedahan yang berbeza makanya tahap penerimaan setiap orang juga berbeza. Maka, bersederhanalah dalam memberi dan menerima. Think and care bout others.

Tak semua burung boleh terbang.

"Dik, kalau ikan berenang, kalau katak?" soal saya.

"Melompat" jawab ashraf.

"Kalau burung?" tanya saya lagi.

"Terbang!" jawab ashraf lagi.

Ya, jawapan itu benar, tapi untuk kanak-kanak yang belum kenal erti kehidupan. Hakikatnya, tak semua burung boleh terbang, burung puyuh tidak boleh terbang!



Burung Puyuh.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menilai secara pukal. Kita tidak boleh menghukum dan meletak justifikasi secara keseluruhan dengan hanya bersandarkan kepada satu fakta. Contoh: Kalau burung=terbang. Sedangkan ciri-ciri lain seperti adakah dia mempunyai bulu yang boleh membantunya terbang atau ekor yang boleh mengimbangkan tubuh semasa terbang juga sepatutnya diambil kira.

Penutup.

Apa yang kalian perolehi dari cerita saya hari ini? Nothing? Sorry for my weakness..^^

9 comments:

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saya faham, tapi sukar diterjemah dengan kata-kata.

:)

Anonymous said...

Kata-kata mungkin menghiris. Jadi, mungkin jalan yang terbaik adalah "diam"..

Wallahua'alam.
=)

Lisam said...

i got 1 thing..

nilai sesuatu benda tu jangan pada 1 sudut @ dari kebiasaan yang kita tahu sahaja, tapi nilai lah ia dari pelbagai sudut, persepsi & kaca mata berbeza.

Anonymous said...

Jangan terlalu mudah untuk "jump into conclusion" dengan hanya bersandarkan satu fakta.

Ya..Nilai dari sudut yang berbeza, dan pandangan yang berbeza, tahap kemampuan dan kebolehan setiap orang berbeza.

Jika mampu, try to put ourself into other shoes before make any 'judgement'..

InsyaAllah.

Unknown said...

sy pun sama dgn pencinta ilahi...

never look at only one perspective...
org lain2,hati lain2 n pemikiran pun lain2...
sume nie lah yg mencorak dunia...

Wallahua'alam...

AsNiza said...

eheh..sehati sejiwa..^^

betul3, variety ini membentuk kepelbagaian..menjadikan alam ini 'berwarna-warni'...=)

Unknown said...

eh,kita ke sehati sejiwa?
hehehe...

yup...
plus,i love ur writing lah...
bnyk memberi kesedaran...
thanks :)

AsNiza said...

terima kasih..harap dapat perbaiki lagi penulisan,byk kelemahan lg la nurul..='(

Unknown said...

well,i wish u all the best ;p