+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, January 14, 2009

Menangislah dan Senyumlah!

Bismillah,

Bertahun tak jumpa, tp tak bermakna saya telah melupakan semua sahabat yg pernah melalui susah senang bersama sepanjang saya meneruskan kehidupan ini. semuanya masih di ingatan. kali ini tiba-tiba saya terkenang seorang sahabat-classmate saya semasa di universiti-juga roomate semasa di tahun dua-Ana Najwa namanya.

First impression sebelum kenal rapat dengan dia, saya bayangkan dia seorang yang sombong, brutal dan susah untuk di dekati..akhirnya bila sebilik baru saya tahu-dont judge the book by its cover..mmg luaran dia kelihatan agak 'ganaz' tapi hatinya sangat baik, seindah namanya..owh, sebelum terlupa, masa tu kami sebilik bertiga, saya, Ana dan Elaini.

Sedihnya, masa mula2 kami sebilik, saya bertudung labuh, Elaini dan Ana tidak, tapi akhirnya-di hujung semesta, sebaliknya yang terjadi, saya tidak lagi bertudung labuh dan Alhamdulillah keduanya manis bertudung labuh. kuasa Tuhan, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Al-kisah, semasa sebilik dengan mereka (satu sem saja kerana sem kedua keduanya di lantik menjadi ketua blok-pindah bilik lain), saya terjebak dengan 'COUPLE'. Kelakar bukan? Saya yang menentang keras-kerasan topik couple di forum, sedngkan saya juga pernah mengalaminya. Mengapa saya menentang? kerana saya sudah melalui semua baik dan buruk 'couple' maka saya berharap, adik2 yang saya kasihi tidak terjebak dan mengulangi kesilapan yang serupa. kerana saya sayang semuanya.

Berbalik kepada Ana dan Ela..kedua-duanya memang sangat baik dan banyak membantu. Hingga ke hari ini, saya masih ingat pesan Elaini..

"Dah la, lupakan dia, jangan kawan dengan dia lagi" kata Ela.

"Tapi kita nak bawa dia ke jalan yang dekat dengan Allah.." saya membidas. memang itulah niat saya.

"Jangan teruskan berkawan dengan dia..Nieja tak kuat, di takuti nanti Nieja yang terikut2 dengan dia.." kata2 Ela hingga kini terngiang2 di telingaku..

Dan masa pun berlalu, memang apa yang di katakan oleh sahabat2 ku yang aku kasihi itu ada benarnya..saya juga yang kalah akhirnya.

Beberapa semester kemudian, masing2 sibuk dengan urusan dan tugas masing2, kami sudah jarang bertemu. Saya di rundung sedih dan hiba. ada masanya saya menjauhkan diri dari kawan2. Berjalan menunduk, mendongak ke langit tak sanggup. Saya telah binakan sebuah gua untuk diri sendiri, hanya saya di dalamnya, tiada siapa yang mampu menyentuh atau menyakiti saya. Saya ingin hidup bersendirian.

Saat2 melalui hidup yang sukar itu, baru lah kita tahu, siapa kawan kita yang sejati. Alhamdulillah klik saya yg saya kenali sejak di minggu orientasi, Diana, Ghan dan Bed, tidak pernah menjauh. terutamanya Diana dan Suzy, mereka banyak menyaksikan airmata ini jatuh. mereka tempat saya mengadu. mereka sahabat yang benar2 saya kasihi. sentiasa menyayangi saya dan sentiasa menyokong tindakan saya. kepercayaan Diana terhadap saya amat saya kagumi. dia optimis dan sentiasa bersangka baik terhdap saya. syukur saya di pertemukan dengan sahabat yang sebaik dia. tak lupa mai, nane, fizan, ayu, emy, sim, mazrah, reen dan lain2..semuanya sentiasa ada untuk saya-cuma saya yang menjauhkan diri.

Ana Najwa-dalam saya kesedihan, dan jarang berjumpa dengannya, aku sangkakan dia juga turut menyisihkan aku, namun saya silap..saya akhirnya terima sesuatu yang berharga darinya..sebuah penanda buku yang penuh dengan kata2 memujuk hati. inilah sajaknya..

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~


Saya menangis saat membaca sajak yang tertulis di bookmark itu. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu...bercucuran airmata mengalir di pipi ini saat membaca bait2 itu. Laju..

Sesungguhnya, sahabat sejati adalah harta yang sangat bernilai, jauh di mata tidak bererti jauh di hati, walau di mana berada, aku doakan Ana Najwa dan semua sahabatku semoga bahagia selalu. Moga Allah melindungimu..sahabatku.

2 comments:

chemistry_lady said...

ha ah as...jadikan my entry sbg sandaran.. hehe

Anonymous said...

aiitt hajar..

hehe..sib baik komen sini, klu tak as pn dh lupa blog hajar, hehe..ayat kejam + keji..=p

hows your life? oo ok. sat gi as g terjah blog hajar utk update..jengjengjeng..^^