+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, May 26, 2012

Cendawan Goreng Ayam

Assalamualaikum wbt...

InsyaAllah, kali ini kita santai-santai sikit, ya. Sambil-sambil menonton Astro Oasis - Jemputan Umrah, saya cuba kongsikan di sini, satu lagi resipi. Resepi orang bujang, simple saja. Sesiapa pun boleh mencubanya! Jom! Saya tak tahu apa nama resipi kali ini sebab saya yang pandai-pandai sendiri, kita namakan Cendawan Goreng Ayam je la ya?





Saya ini, suka makan cendawan dari dulu lagi. Pernah suatu ketika dahulu, saya membeli sekilo cendawan, memasak dan memakan kesemuanya seorang diri. Sekilo cendawan itu, ada saya buat sup cendawan, ada juga saya goreng tepung, dan ada juga saya masak cendawan goreng ayam. Natijahnya, saya pening-pening lalat mungkin kerana sudah 'overdose'. Hehe.

Sekarang ini, saya masih lagi dalam 'program diet'. Bukanlah mahu kurus, cuma tak ingin bertambah berat badan.  Bukanlah bermakna saya tak makan lansung, menyekat ketat hidangan saya. Cuma, saya lebih berhati-hati dengan jumlah kalori yang diambil dalam hidangan sehari-harian. Makan nasi, sekali sehari. Melainkan ada 'kes istimewa'. Makan sekadarnya yang perlu, jangan melampau-lampau mengikut nafsu.

Kebelakangan ini, saya teringin makan nasik goreng cendawan. Saya bayangkan, nasi goreng bersama cendawan goreng dengan ayam. Tapi, sudah banyak kali kedai yang saya pergi, rata-rata mereka goreng nasi berserta dengan cendawan di dalamnya. Tidak menepati spesifikasi yang saya maksudkan. Hmm.. Apa susah-susah, jom masak sendiri!

Minggu lepas, pulang dari tempat kerja, saya lansung ke rumah kakak. Sebelum tiba di rumah kakak, saya singgah di sebuah pasar raya, membeli setengah kilo cendawan, seekor ayam, cili besar merah. Rancangan saya petang itu - masak cendawan goreng ayam sebagai juadah berbuka puasa.

Tiba di rumah kakak, berehat-rehat seketika, tinggal lagi satu jam waktu berbuka puasa, saya mengajak Alya ikut sama memasak. Amni tak ketinggalan, tarik kerusi, berdiri di atas kerusi - sibuk 'menolong' kami. Baik, bagaimanakah caranya memasak cendawan goreng ayam? Begini caranya.

Ambil isi ayam, contohnya bahagian dada, potong kecil-kecil. Kemudian, perapkan ayam tersebut dengan sedikit garam, biarkan seketika. Sambil-sambil itu, kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Mayang halus. Seterusnya, carik-carikkan cendawan - basuh hingga bersih kemudian tapis airnya. Cili besar potong halus. Begitu juga bawang besar yang berwarna kuning.

Kemudian, boleh mula memasak. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Setelah minyak panas, masukkan ayam. Goreng ayam sehingga masak, pastikan ia tidak garing, sekadar masak sudah memadai. Seterusnya, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah dimayang halus. Tumis sehingga naik bau. Kalau rajin nak angkat ayam dahulu sebelum tumis bawang pun elok juga, tapi saya selalunya nak cepat, sekali harung macam tu saja.

Okey, apabila masakan dan berbau wangi, boleh masukkan cili merah, bawang besar dan cendawan. Gaul hingga sebati. Memandangkan warnanya putih, tidak berapa menarik, saya masukkan cili sos sekadarnya. Masukkan garam secukup rasa jika ada yang kurang. Dan jika warna masih lagi tidak memuaskan hati. Bolehlah masukkan sedikit cili boh atau cili yang dah diblender supaya warnanya lebih merah. Tapi, pastikan masuk cili boh atau cili blender awal-awal ketika menumis untuk memastikannya benar-benar masak.

Sekarang, hidangan kita sudah siap. Dah boleh terus makan jika tidak berpuasa. Mudah saja kan? Maaflah, tempoh hari terlupa nak ambil gambar. Kalian boleh cuba kat rumah. Kalau sedap dan menepati citarasa kalian, sila-silakan berkongsi resipi ini dengan kawan-kawan ya?

Sedikit tips. Jangan masak ayam terlalu masak supaya rasa manis ayam dan cendawan lebih terasa. Garam pun jangan lebih bimbang nanti kemanisan itu hilang. Selamat mencuba! =)


2 comments:

SARS said...

Teringat time praktikal kat Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia dulu.. Masa di Unit Cendawan, time harvest tu, ada kekadang diberi cendawan untuk dibawa pulang...

Kadang-kadang goreng kat pejabat, makan.. Sampai tengok cendawan pun dah... Adoi.. hahha

AsNiza said...

Salam wbt SAR.. Wah... Mcm best jer.. Slalu dpt mkn yg fresh yer.. Goreng tepung sodap... ;)