+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, May 13, 2012

Untungnya Jadi Muslim





Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana atas anugerah dan kurniaanNya, kita masih lagi bernyawa hingga ke saat ini. Dan satu lagi nikmat pemberianNya yang patut kita syukuri dan hargailah adalah nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah...

Sedang ramai orang masih tercari-cari, meraba-raba dalam kegelapan, syukurlah kita kerana kita antara insan yang sudah pun terpilih untuk berada di jalanNya. Lahir-lahir saja kita ke dunia ini, kita disambut dengan azan ataupun iqamah. Subhanallah. Beruntungnya kita kerana dilahirkan dalam Islam..

Namun begitu, ada juga orang yang Islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Malahan, sangat jauh dengan Allah dan RasulNya.. Islam kerana ibu dan ayah mereka beragama Islam. Islam hanya kerana di Malaysia, orang Melayu biasanya bergama Islam. Naauzubillah..

Sayanglah, kalau begitu cara pemikiran kita. Walhal, dalam jutaan manusia yang ada di bumi ini, kita adalah insan yang terpilih. Insan yang sangat beruntung kerana kita adalah orang Islam... Kenapa kita beruntung? 

 
Pertama. Tidak kira walau di mana pun kita berada, apa pun jua keadaan kita, Allah sentiasa ada bersama dengan kita, malah lebih dekat dari urat leher. (Putus urat leher terus mati, tau..)

Allah swt berfirman;

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, 
" (Qaaf 50:16)


Kedua. Baiknya Allah. Allah menawarkan diri, offer kepada kita supaya selalu berdoa, meminta pertolongan daripadaNya setiap kali kita dalam kesusahan. (Kita ni sengaja nak elak kalau orang minta tolong, kan?)




Allah swt berfirman;


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (
Al-Baqarah 2:153)

Ketiga. Jikalau kita berbuat salah, berbuat dosa. Allah tak terus hukum kita, malah Dia beri kita peluang untuk bertaubat dan suruh kita supaya tidak berputus asa memohon ampunan dariNya.

 
Dia berfirman;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53)

Keempat. Jikalau kita berbuat dosa atau kejahatan, Allah akan balas setimpal di hari akhirat. Tapi bila kita buat kebaikan, Allah balas dengan kebaikan yang berganda-ganda. Baiknya Allah... Kan? =)


Dia berfirman;

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." (
Al-An'aam 6:160)

Kelima. Allahlah yang mencipta kita dan Dia jugalah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaNya, kadang-kadang dari sumber yang tidak disangka-sangka, dari langit dan bumi..

Allah swt berfirman;

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39)

Dan banyak lagi sebabnya kenapa kita ini beruntung, sehingga saya sendiri tidak mampu untuk menghitungnya....

Namun, setelah begitu banyak anugerah dan nikmatNya kepada kita, apakah kita mensyukurinya? Janganlah kita jadi begini...

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur.." (Al-mukminun: Ayat 78)




Ayuh kawan-kawan, bersyukurlah jom! Kerana kita orang Islam.


"Wahai pencipta langit dan bumi Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat wafatkanlah aku dalam keadaan pasrah (islam), dan masukkanlah aku dengan orang – orang soleh." (Surah Yusuf : Ayat 101)





No comments: