Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah.. Sabtu lepas saya telah membuat keputusan untuk membeli 'hadiah' untuk diri saya sendiri.. Maka, saya telah selamat membeli sebuah smartphone-Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah.
Jujurnya.. Saya bukanlah orang yang 'celik IT', apatah lagi 'gila teknologi'.. Guna sekadar yang perlu. Kiranya, keputusan untuk membeli Notes ini.. Sebenarnya saya sendiri pun macam tak percaya.. Apapun, keputusan telah dibuat dan saya harus mara ke hadapan. InsyaAllah saya akan optimumkan penggunaannya sehingga ke tahap yang maksima. Manfaatkannya ke arah kebaikan, bukan sahaja untuk diri saya sendiri.. Tapi juga untuk ummah, insyaallah.. Doakan, ya?
Pisau boleh membunuh, tapi sekiranya digunakan dengan baik, ia juga boleh menyelamatkan nyawa.
Baik. Memandangkan saya masih lagi dalam fasa belajar, sedang cuba-cuba.. Entri kali ini mungkin sekadar mukaddimah sahaja, serba ringkas saja ya.. Sekadar perkongsian ringkas.. Apa yang dapat saya petik daripada video ceramah Dr. Asri. Katanya..
"Kita berdoa meminta daripada Allah isteri yang cantik. Kemudiannya kita bernikah tapi isteri kita tidak secantik yang kita idamkan. Kita kata Allah tak makbulkan doa kita. Walhal Allah Maha Mengetahui.. Dia tahu bahawa yang cantik itu tidak baik untuk kita. Dia tahu kita perlukan kebahagiaan, kasih sayang. Dia beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.."
Maha suci Allah...
Sahabat yang dirahmati Allah.
Hari ini mungkin kita merasa sengsara, terseksa. Kita tertanya-tanya kenapa kita yang diuji. Kita kata, kenapa ujian ini yang Allah beri kepada kita, kita rasa kita tak mampu. Kita sangka.. Kala ujian lain mungkin kita dapat tempuhi, asalkan bukan ujian ini..
Orang perempuan, ramai yang merasa derita kerana diduakan oleh pasangan. Putus cinta dan sebagainya. Kita rasa ujian yang kita tanggung amat berat. Kita tak mampu! Sedangkan, ada wanita lain diuji dengan penyakit, kanser yang tiada penawar misalannya. Mereka pula sebaliknya berharap, tak mengapalah berkongsi kasih, asalkan mereka pulih dari penyakit itu.
Hakikatnya. Allah bagi ujian sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Surah Al-Baqarah ayat 284.
Maka, walau apa jua ujian yang menimpa, hadapilah dengan jiwa yang tenang. Percaya bahawa kita sememangnya mampu menghadapinya.
Positiflah. Ujian itu mungkin kafarah, menyucikan dosa kita yang lalu. Positiflah. Ujian itu mungkin tanda ingatan daripada Allah yang merindui rintihan kita.. Agar kita kembali dekat denganNya. Positiflah. Ujian itu mungkin sebuah persediaan untuk kita menghadapi ujian lain yang lebih besar, agar kita lebih kuat dan lebih tabah. Lebih bersedia menghadapi masa hadapan yang kita sendiri tidak tahu bagaimana rupanya.. Positiflah. Mungkin amalan kebaikan kita tidak seberapa, Allah ingin menambahnya dengan ganjaran daripada kesabaran yang telah kita lepasi.
Percayalah.. Allah sayangkan kita. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya. Setiap apa yang kita lakukan, semuanya ada balasan. Kalaupun tidak di dunia. Mungkin di syurga nanti hasilnya dipersembahkan kepada kita.. Berbahagialah dengan setiap nikmat ujian.
Jom kita pujuk diri kita sendiri.. Saya juga.. Percaya pada janji-janji Allah, moga hidup bertambah bahagia.
Bila diuji.. Ucapkanlah innalillahiwainnailaihirajiun.. Jika perlu menangis, menangislah kerana kita sememangnya punya air mata tapi jangan berpanjangan. Bangkitlah dari kesedihan dan kekalahan. Maralah ke hadapan dengan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah.
Published with Blogger-droid v2.0.4
1 comment:
salam alaik...ukhti,syukran jazilan utk entri ini..sgt membantu sy yg sdg rsa tewas dgn ujian allah..astaqfirullah..mudah-mudahan allah sentiasa memberikan petunjuk dan mempermudahkan kehidupan saudari..
Post a Comment