+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, May 9, 2012

Mahu Kurus? Tiada yang Mustahil

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wbt, apa khabar semuanya? Moga sihat-sihat belaka la ya.. InsyaAllah..... Dua entri sebelum ini istimewa sempena umrah dan ziarah ke Kota Suci Mekah, Alhamdulillah. Malam ni, saya terasa nak menconteng santai-santai.. Izinkan saya, ya? 

Kali ini, topik yang ingin saya pilih - berdasarkan pengalaman saya sendiri - bagaimana cara mahu kurus?


Hmm.. Ramai yang suka mengeluh pasal berat badan, terutamanya kaum hawa, kan? Saya la tu salah seorang darinya.. Al-maklumlah, ketika di zaman pengajian, berat badan sangat ideal - menghampiri 'under weight' tapi bila dah masuk ke alam pekerjaan, langsung terus overweight. Duh...

Kalau saya sendiri, antara sebab utama kenapa berat badan cepat meningkat adalah kerana;

1) Kurang pergerakan fizikal. Pergi kerja dan balik kerja naik kereta - parking kereta kalau boleh mahu betul-betul depan pintu ofis. Tugasan harian di tempat kerja pun tak banyak pergerakan. Duduk di atas kerusi mengadap komputer dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Dalam aircond lagi. Setitik peluh pun tak keluar. Waktu lapang pun tidak bersenam.

2) Gaya pemakanan yang tidak sihat. Menu wajib dalam seminggu adalah makanan segera samada Mc Donald, Pizza Hut, KFC dan seangkatan dengannya. Waktu malam juga tak pernah ketinggalan untuk makan hidangan yang agak berat seperti nasi dan sewaktu dengannya. Pagi pun makan sarapan. Sambil-sambil bekerja pun makan.

Sekadar berkongsi dua sebab yang saya rasakan paling utama. Baik, seterusnya, jom kita lanjutkan perbincangan kepada bagaimana cara mahu kurus. 

Dulu, saya pernah nekad mahu kurus. Sebulan lamanya saya tidak makan nasik. Tapi bila setelah sebulan saya 'puasa nasi' dan kemudian timbang berat tidak pula berkurang - saya lansung berputus asa. Kembali makan nasi malah lebih teruk dari sebelumnya - balas dendam lah kononnya. Huhu. Semenjak itu, saya tak percaya kata-kata orang, "Tak makan nasi boleh kurus."

Saya juga pernah minum jus (beberapa jenis jugak laa..) kononnya untuk menguruskan badan, tapi, satu pun tidak menunjukkan hasil yang positif. Kiranya, semuanya GAGAL. Berat saya tidak berkurang walau 0.5kg pun. Hampir berputus asa lagi.

Hinggalah pada suatu hari, saya betul-betul nekad mahu kurangkan berat badan. Maka, syarat pertama ingin kurus adalah - Nekad/azam/cita-cita yang sungguh-sungguh. Mesti ada keingingan dan kemahuan yang sungguh-sungguh. Don't play-play ye..

Tips yang kedua adalah - Cara yang betul. Kita kena study dan faham betul-betul. Kita gemuk kerana apa dan kalau mahu kurus, apa caranya untuk membuang kegemukan itu. Jangan semberono. Berlari bersungguh-sungguh tanpa hala tuju tiada gunanya. Cuma penat dan lelah, tapi hasilnya tiada kalau sepatutnya kita lari ke utara, tapi kita pi lari ke selatan. Tak ke sia-sia? Makin jauh ada lah...

Tips yang ketiga pula adalah - Disiplin dan istiqamah. Biarpun hasilnya mungkin tidak segera, tapi yang sikit-sikit itu kalau berterusan, insyaAllah akan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Sabar dan jangan gopoh, bimbang kelak kita mudah berputus asa jika apa yang kita inginkan tidak tercapai dalam waktu yang segera. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Rahsia Saya.

To be honest, saya ni seorang yang susah nak mendisiplinkan diri sendiri, terutamanya dalam bab-bab yang macam ni. Pemikiran saya; "Bukan nak bagi sesiapa tengok" atau "Tak kesahlah gemok" atau "Asalkan bahagia" sering 'membunuh' diri saya sendiri. Kononnya selesa dan 'redha' dengan apa yang ada.

Tapi, bila sampai suatu tahap - kesedaran mula menjelma dalam diri betapa perlunya menjaga kesihatan dan penampilan diri sebagai seorang muslimah - maka saya mula menanam azam mahu kurangkan berat badan. Kemudiannya saya mula mengkaji, bagaimana cara (yang sesuai dengan diri saya) untuk kuruskan badan setelah sebelum ini - saya telah mengalami banyak kegagalan.

Alhamdulillah, setelah merisik khabar, akhirnya seorang teman memperkenalkan produk yang juga dia gunakan, maaf ya, iklan sikit - Herbalife. Sebelum ini saya pernah banyak kali cuba produk kuruskan badan tapi tiada hasil, jadi, mentaliti saya - mustahil ada 'powder magic' yang boleh kuruskan badan terpahat kukuh dalam minda. Namun begitu, saya tetap juga beranikan diri untuk mencuba kerana pertama, ia mahal - sesuai untuk saya menanam azam yang sungguh-sungguh untuk kurus dan belajar untuk mendisiplinkan diri sendiri. Ya lah. Herbalife tu mahal, kalau saya tak sungguh-sungguh dan tak berdisiplin, RUGILAH saya..

Antara kebaikan lain Herbalife ini juga - ia berserta dengan 'coach' untuk membimbing kita untuk menguruskan badan. Coach akan sentiasa melakukan follow up, menimbang berat badan kita, mengukur saiz badan kita, menasihatkan apa yang patut kita makan, memberi semangat untuk istiqamah, mengajar kita bagaimana cara untuk mengira kalori badan dan lain-lain.

Asasnya. Menurut coach saya. Kalau mahu kurus. Kalori yang kita makan mestilah lebih rendah daripada kalori yang kita gunakan. Analoginya, kalau mahu miskin (kurus).. Duit yang dimasukkan ke dalam akaun (makanan yang kita makan) mestilah lebih kurang daripada apa yang kita belanjakan (tenaga yang kita gunakan). Hari-hari macam ni, lama-lama kita akan 'bankrupt' (kurus).

Maka, sekiranya kita seorang yang pasif, kurang pergerakan fizikal, maka - tak perlulah kita makan terlalu banyak. Kurangkan kuantiti makanan dan perhatikan apa yang kita makan, kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Rajin-rajinkan diri untuk bergerak dan bersenaman. Antara senaman yang bagus untuk membakar kalori adalah naik tangga. Jadi, kalau kat tempat kerja ada tangga dan lift, pilihlah untuk naik tangga, ya? Kalau tingkat 27 tu, jangan salahkan saya pulak ya.. Hehe..

Makan untuk hidup, jangan hidup untuk makan. Makan sekadar untuk keperluan bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Kalau dulu, saya memang pantang nampak makanan, alhamdulillah sekarang ni dah tahu berpada-pada. Bukanlah saya tidak makan lansung, cuma lebih berhati-hati dalam setiap suapan yang masuk ke dalam mulut..

Kalau dulu saya suka memasak - suka pula makan masakan sendiri. Sekarang ni saya dah mula kurangkan aktiviti masak-memasak. Cukup dalam sehari saya makan nasi sekali saja, biasanya waktu tengah hari. Pagi sarapan dengan cereal atau roti. Malam pun sama. Melainkan ada 'program-program' yang luar dari kebiasaan seperti bertandang ke rumah kakak. Larilah jadual saya, hehe..

Suka saya maklumkan, saya menggunakan produk Herbalife tak sampai 3 bulan, pun. Sekadar pada permulaan 'program diet' semata-mata untuk membakar semangat. Seterusnya, saya cuba untuk konsisten dengan apa yang telah saya mulakan. Hasilnya, tidaklah kurus mana tapi alhamdulillah, bila ditimbang beratnya - memang nampak hasilnya berkurang. Baju-baju lama pun sudah muat kembali maknanya positiflah tu, ya.

Dan lagi satu, banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air kosong. Memang mulanya kita akan kerap ke tandas, tapi, bersabarlah demi kebaikan kita sendiri. Ketika menggunakan Herbalife, saya disarankan minum air kosong sekurang-kurangnya 4 liter setiap hari. Huhu... Anda boleh? InsyaALlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya dengan izin Allah.. Muslimah kena tahu jaga kesihatan, penampilan diri dan perwatakan diri. Biar sejajar dengan saranan Islam, tak gitu?

Selamat mencuba ya... Kalau rajin, boleh dapatkan e-book cara pengurusan kesihatan karya Kevin Zahri. InsyaAllah boleh membantu. Semoga berjaya!

Wassalam.

2 comments:

AsNiza said...

Testing 123

Anonymous said...

Tahniah sis..istiqamah tu sgt penting....n u made it.

Jemput baca perkongsian di blog saya tentang topic sama di

https://mamasyafi.wordpress.com/2013/08/22/bila-lecithin-dan-alfalfa-bergabung