+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, May 11, 2012

Tukar-Tukar Kasut



Kita selalu dengar orang kata, "Kamu akan mengerti jika kamu berada di dalam kasut mereka..". Persoalannya, betul ke kita akan mengerti apabila kita berada di dalam kasut mereka? Mungkin sekali atau dua kali, 'telahan' kita tepat.. Tapi, apakah selamanya akan tepat? Atau mungkin kita tersilap masuk di dalam kasutnya yang salah?

Ya lah, mana ada manusia memakai kasut yang sama, cuma satu kasut, seumur hidup mereka. Pastinya ada masanya bertukar-tukar, mengikut kesesuaian dengan keadaan, menepati citarasa, gaya, mood dan lain-lain. 

Betul tak? Hari ini kita sangka kita berada di dalam kasut mereka, tapi rupa-rupanya, mereka sudah menukar kasut yang lain. Duh..




Makanya, kita haruslah menjauhi sikap suka berandaian, 'pre-judge', 'pre-assume', bersangka-sangka dan sewaktu dengannya, kerana dengan lebih tepat lagi, apa yang kita tahu sebenarnya sangatlah sedikit. Dan mungkin juga kita silap. Kebarangkalian untuk kita melakukan kesilapan sebenarnya jauh lebih tinggi. 

Dan mungkin juga kita betul, sekali-sekala tekaan kita mengena, tapi itu tidaklah bermakna orang lain pula yang salah. Contohnya beginilah..

Saya kata, "Selamat pagi"
Dia kata, "Selamat malam"

Adakah saya ataupun dia yang salah? Belum tentu! Kedua-dua daripada kami mungkin betul, seandainya saya berada di Malaysia dan dia di Mesir.

Saya kata, "Selamat malam"
Dia kata, "Selamat pagi"

Adakah saya ataupun dia yang salah? Belum tentu! Mungkin saya atau dia telah 'bertukar kasut'. Mungkin saya masih di Malaysia, tapi dia sudah berpindah ke Jepun di mana waktunya lebih awal. Mungkin, kan? Jadi, tiada siapa yang salah. Setuju? Manusia boleh berubah dalam sekelip mata saja.

Pengalaman saya sendiri..

Suatu ketika dulu, saya sangat anti dengan lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Anti-poligami (Astagfirullah.). Saya prejudis dengan lelaki yang mempunyai hasrat terhadap perempuan lain selain daripada isterinya. Saya tak suka dengan perempuan yang 'menggatal' terhadap suami orang. Klik sini : Begini saya pernah menulis, suatu masa dulu..

Namun, tidak lama kemudian, setelah mula mengenal agama Islam ini dengan lebih menyeluruh, membaca Quran dan maknanya, mendekati sahabat-sahabat yang berilmu dan berpengalaman, menghadiri seminar dan ceramah-ceramah agama, kemudiannya bersepsi saya mula berubah. Allah itu lebih mengetahui kerana Dia yang mencipta kita semua, jadi, setiap apa yang Dia halalkan atau haramkan, tentunya ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Klik sini :  Lalu saya pernah menulis - dalam fasa - cuba memahami.

Seterusnya, seiring dengan masa dan usia. Persekitaran dan pengalaman hidup - saya bertukar kasut lagi. Sesuai dengan 'keperluan semasa'. Begitulah juga cara pemikiran, cara kita melihat, cara kita membuat keputusan juga akan berubah-ubah, mengikut keadaan semasa. Klik sini : Nah, hasilnya yang seterusnya - saya dalam fasa nekad untuk menerima seratus peratus dan ini hasilnya.

Logiknya, kalau bersukan kita memakai kasut sukan. Kalau menghadiri majlis kenduri kendara kita memakai kasut yang lebih bergaya. Bila masuk ke dalam tandas, kita memakai selipar jepun dan begitulah seterusnya kitaran ini akan berputar-putar semula. Kita akan menukar kasut mengikut kesesuaian kita. Dan kalau kita sering bertukar-tukar kasut, adakah logik orang lain dapat meneka dengan tepat kasut apa yang kita pakai sepanjang masa? Hmmm..

Kalau dulu mungkin saya menentang poligami 100%, kemudian ada masanya saya boleh bertolak ansur untuk menerimanya kira-kira 50%-50% dan seterusnya nekad untuk menyokongnya 100%. Namun tidak mustahil, suatu hari nanti, saya kembali menentang poligami 100% - bukan kerana mahu mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, tapi, ia semata-mata kerana kaki terlalu sakit untuk terus berada di dalam kasut yang salah.

Beginilah kehidupan.. Tiada apa yang kekal. Yang muda pasti tua. Yang hidup pasti mati. Kita bagaikan roda yang sentiasa berputar. Juga ibarat pantai yang selalu berubah-ubah bila dipukul ombak. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih kasut. Pilihlah yang terbaik, muat dengan saiz kaki kita, kena dengan aktiviti yang sedang kita lakukan dan sesuai dengan kemampuan kita untuk membayar 'harga' yang perlu dibayar. Dan berhati-hatilah dalam menilai orang lain kerana kita tidak selalunya tepat. Kasut yang kita pakai belum tentu sama dengan kasut yang mereka pakai.


Ayuh bersangka baik dan jauhi prasangka yang negatif, jom!

Ya Allah, jangan Kau pesongkan hati-hati kami setelah Kau memberi petunjuk kepada kami. Amin ya Rabb.

2 comments:

Anonymous said...

Amin..

Bila ada orang mahu meneduh perasaan, saya selalu cakap bahawa saya tak akan faham kesulitan dia. Saya tak akan faham amukan jiwa yang dia rasa. Saya berterus terang saja. Hanya dia yang tahu masalah dia. Sebab saya tak pernah berada dalam 'kasut'nya. Kalau pun saya pernah, tahap 'acceptance' tu tak akan sama. Sebab tu saya tak akan dapat rasa apa yang dia rasa. Kita tak akan faham apa yang orang hadapi, walaupun kita mungkin pernah berada dalam 'kasut' yang serupa. Saya cuma boleh dengan luahan dia, dan teman dia. Kerana ada manusia yang jenis tak boleh memendam rasa sendirian.

Bila orang cakap jangan bimbang, aku faham perasaan kau.. hah lupakan sajalah. You'll never understand me.

Cakap pasal kasut, ni nak melencong sikit.

Kasut sneakers saya dirampas cikgu dengan alasan tak munasabah langsung. Ahh! *sedih* :(

AsNiza said...

Naurah,

My dear sister, glad you are here... I love you, Allah loves you more.. =)

Sneakers tu cantik sangat tak? Cikgu tu berkenan nak buat kenangan.. Hehehe...

Akak pernah 'berperang' dgn someone yg sgt rapat (mcm adik sendiri).. Yup, true, dia mmg byk tahu pasal akak, my black and my white.. Dia yg paling dekat dgn akak.. Akak pun tau dia syg sgt dgn akak, i love her too..

One day, akak ada masalah yg agak berat.. she try to comfort me... she tried her best to understand my situation, i knew because she loves me..

Tp silapnya, bila akak ckp 'u are not at my place'.. huhu.. dia sgt berkecil hati dan sempatlah kami 'bergaduh'.. Dia kecewa dgn kata2 akak, but, akak pun tk rasa akak salah... mcm yg Naurah kata, kita tak mungkin boleh faham org dgn betul2 fhm, sbb kita berbeza..

Alhamdulillah, rasanya sekarang ni dia pun faham dah hakikat ini... Sekali sekala berperang bagus juga, lebih mengukuhkan lagi ikatan.. =)