+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, December 23, 2011

Teruskan Hidup

"Selamat meneruskan hidup!"

"Hah?"
"Aku kata, selamat meneruskan hidup!"

"Ya, aku dengar. Tapi kenapa? Sebelum ni aku pernah mati ke?"

"...................................."
"Lah. Bukan begitu maksud aku.."

"Jadi, maksud kau sebenarnya apa?"

"Erm. Sekadar nak beri kau semangat. Ya lah. Dia sekarang kan tinggalkan kau jauh. Kau tentu sunyi, sedih, rindu.. kan?"

"........................."

"Alah, janganlah nangis. Aku nak kau happy, ceria. Bukannya makin bersedih. Ish..."

"Eh. Mana ada aku nangis. Tak adalah."

"Kau jangan nak tipu aku. Aku kenal kau.."

"Tak normal lah kan kalau aku tak sedih, tak nangis. Aku pun manusia biasa juga, ada naluri, ada perasaan. Tapi kau tak perlulah risau. Aku baik-baik saja, insyaAllah. Kau kan sentiasa ada bersama aku, sebelum dia ada pun kau sentiasa ada untuk aku. Apa bezanya kini?"

"Bezanya, dulu kau tak kenal dia. Dia tak pernah wujud dalam hidup kau. Tak memberikan apa-apa kesan pada hidup kau.."

"..........."

"Bezanya, sekarang kau dah kenal dia. Dia pun dah tinggalkan bekas pada hati kau, diri kau. Ah. Banyak bezanya. Kan?"

"Ya. Memang berbeza. Memang tak sama. Tapi aku masih lagi aku yang kau kenal, kan? Aku yang kuat. Aku yang tabah. Aku yang akan terus bertahan biarpun hujan lebat, kemarau panjang. Aku yang sentiasa yakin dan percaya, di atas dunia ini, tiada apa pun yang aku punya. Dia bukan milik aku, bila- bila masa saja Allah boleh mengambilnya. Kau juga. Kau pun bukan milik aku. Bila-bila masa saja Allah boleh mengambil kau daripada aku..."

"Kenapa cakap macam tu? Aku sedih...."

"Apa lagi yang boleh aku cakap, itu kan kenyataan. Kau pun tahu!"

"....................."

"Dah, jangan sedih. Serahkan segalanya pada Allah, okay?  Hmm. Agak-agaknya, apalah agaknya yang sedang dia lakukan sekarang ni ya?"

"Haa.. kau rindu dia ya????"

"Eh! Mana ada!"

"Alah. Mengaku ajelah."

"Haish.. Kau nie... Okay, aku jujur. Mestilah aku rindu dia. Kan aku dah kata, aku pun manusia biasa. Cuma, hmm. Taulah aku macam mana nak kawal diri aku ni, supaya tak hanyut dalam gelora rindu tuh.."

"Eceh.. Jiwang la pulak ya? Hah. Macam mana caranya?"

"Adalah! Sibuk je kau ni ya.."

"Bukan apa, aku cuma nak tahu. Tapi kalau kau taknak beritahu, tak mengapa. Dan aku harap, kalau pun kau rindu dia, kau tak lupa Allah sudahlah! Kalau kau rindu dia, kirimkan dia doa. Kalau kau rindu dia, hadiahkan dia Al-Fatihah.."

"Ya. Aku tahu... InsyaAllah aku tak lupa tu.."

"Dan lagi satu! Aku kenal kau sangat. Kalau kau rindu dia, jangan asyik menangis je tau! Tak elok.. Kau kena selalu ceria, positif, senyum macam selalu. Jangan sampai mengganggu kerja-kerja pulak. Dengar tak nie?"

"Ya, aku dengar.. Mana ada aku nangis, cuma mata aku ni jer mudah sangat basah. Kadang-kadang dalam dada rasa sakit, hidung rasa pedih. Itu jer.."

"Ishhh....."






No comments: