Pages

Subscribe:
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, December 23, 2011

Pinjaman Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga, para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat. Semoga sihat-sihat belaka, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi sentiasa, ya..


Alhamdulillah, masih lagi bernyawa. 'MoU' yang 'ditandatangani' dengan Tuhan masih lagi valid, belum lagi sampai ke tarikh luput. Jasad dan nyawa kita masih lagi dalam kontrak pinjaman. Orang-orang yang pernah kita kenal, seorang demi seorang pergi meninggalkan kita namun syukur, kita belum lagi bergelar sebatang kara. Masih ada yang menemani biarpun jauh di mata namun siapa tahu, mungkin di hati tidak.

Baik. Malam ini saya bercadang untuk sekadar menconteng. Sekadar suka-suka. Jadi, awal-awal saya mohon maaf andai perkongsian kali ini tiada manfaatnya. Maaf ya. Saya ingin membebel.

2011, ramai sahabat yang saya kenal dan agak rapat dijemput menjadi tetamu Allah. Cemburu saya melihat mereka menjejakkan kaki ke Mekah menunaikan umrah, beribadat di tanah kelahiran Nabi yang dikasihi dan dirindui, Muhammad saw. Perasaan ingin ke Mekah membuak-buak terutamanya selepas mendengar cerita-cerita dan pengalaman dari adik saya Nisa. Indahnya perasaan yang dia gambarkan, tak sabar saya ingin ke sana. Pesannya, "Lepas ni akak pulak ya pergi Mekah"

Jika sebelum ini, saya tiada sekelumit hasrat pun ingin menunaikan hasrat. Ada mungkin ada, tapi memikirkan tentang kemampuan diri dari sudut kewangan. Saya letak hasrat itu jauh-jauh. Hinggalah cerita Nisa membakar semangat saya dan ketentuan Allah juga, pada masa yang sama, saudara jauh yang rapat dengan emak, yang telah berkali-kali ke Mekah berjaya menarik minat emak untuk menunaikan umrah. Rencana di buat - 2012, saya dan emak akan menunaikan umrah bersama dengan saudara jauh itu.

Benar, dari sudut kewangan, saya jauh dari mampu. Tapi mungkin kerana niat yang baik, Allah restui. Saya seolah-olah 'nampak cara' untuk mengumpul wang bagi menunaikan umrah. Bermula dengan niat ingin ke Mekah pada tahun 2012, bonus gaji bagi tahun 2010 yang saya dapat saya cuma guna 1/5 untuk beli handphone, lagi 4/5 saya masukkan ke dalam akaun simpanan. Setiap bulan juga saya mengumpul wang dengan bermain kutu dengan rakan sekerja semata-mata untuk memastikan wang simpanan cukup untuk ke Mekah dan saya tidak tersalah belanja wang. Mengikut perancangan saya, pada bulan Mac 2012, saya pasti mampu mengumpul wang sekurang-kurangnya RM 7,000 dengan izin Allah.

Masa terus berjalan. 2012 belum tiba. Saya tidak sabar-sabar menanti detik menjadi tetamu Allah. Tapi, barangkali hati saya pernah terniat.. "Kalau saya (xyz) sebelum bulan Mac 2012, mungkin saya patut tangguhkan dulu ibadat umrah." Allah makbulkan, tapi saya berharap xyz itu tidak menjadi penghalang. Tapi Allah jualah yang lebih mengetahui. Tarikh untuk menunaikan umrah telah dipilih. Namun sayangnya, kakak telah membeli tiket untuk dia sekeluarga bersama emak pergi bercuti ke Beijing pada tarikh yang sama! Emak mana mungkin boleh berada di dua tempat pada masa yang sama! Aduh... Perlukah saya meneruskan ibadat umrah ini sendirian tanpa emak tanpa keluarga? Atau tunggu lagi setahun dua, biar anak buah yang paling bongsu lebih cerdik - kami menunaikan umrah bersama-sama. Saya dalam dilema.

Dan dalam dilema.

Dan pada masa yang sama, saya sering mendengar ceramah/motivasi/iklan di radio tentang riba. Tentang bahaya riba dan pengharamannya ke atas ummat Islam. Saya juga ada membaca buku Formula Solat Sempurna, di dalamnya ada tercatit - antara sebab ibadat solat menjadi tidak khusyuk adalah kerana diri terjebak dalam riba.

Takutnya saya!

Ditambah lagi, setiap kali pergi dan pulang dari kerja, saya sempat mendengar radio ikim. Topik-topik yang dibincangkan selalunya menarik minat saya. Terutamanya slot pada setiap petang Rabu, Slot Bicara Muamalat bersama Ustaz Zaharuddin.(UZAR) Berkali-kali UZAR menjelaskan dan menerangkan tentang keburukan riba dan altenatif bagaimana caranya untuk menjauhkan diri dari riba.

'XYZ' telah menemukan saya dengan seseorang. Jika sebelum ini saya berniat bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri daripada riba (saya pernah membeli sebuah kereta menggunakan pinjaman dari bank konvesional 4 tahun yang lalu) tapi usaha saya tidak pula bersungguh-sungguh, tidak selari dengan yang sepatutnya. Syukur, dengan dorongan daripada seseorang, saya lebih berinisiatif untuk menamatkan segala urusan berkaitan dengan riba. Lalu, perancangan untuk ke Mekah terpaksa saya tangguhkan dahulu, buat masa ini.Buat masa ini, saya merancang untuk selesaikan kesemua 'full settlement' kereta yang masih berbaki di dalam bank. Duit yang sepatutnya digunakan untuk ke Mekah, saya ingin gunakan terlebih dahulu untuk selesaikan pinjaman dengan bank.

Namun, baki di dalam bank yang perlu dibayar jumlahnya jauh lebih banyak daripada apa yang mampu saya kumpulkan. Oleh itu, saya merancang untuk membuat Pembiayaan Peribadi (Personal Loan) untuk menampung kekurangan. Seminggu dua ini saya mencuba untuk menyediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak bank, tapi, hingga ke saat ini, saya belum lagi berjaya menghantar kesemua dokumen itu. Masih ada yang tersangkut. Ada macam-macam syarat. Waduh. Yang mudah, kenapa di susahkan? Patutlah ramai yang sanggup mengambil risiko meminjam wang daripada Along. Kerana proses yang diperlukan untuk membuat pinjaman dengan pihak bank sangat rumit rupanya!

Benar, jalan untuk mendapatkan redha Allah bukan mudah. Kiri dan kanan penuh onak dan duri. Jalan untuk membebaskan diri dari belenggu riba juga bukan mudah. Allahu Allah... Sesungguhnya aku tidak tahu apa-apa, tapi engkau lebih mengetahui maka bantulah aku untuk membuat keputusan yang terbaik. Permudahkanlah urusanku Ya Allah...

Mungkin, sekarang bukan waktu yang tepat untuk menunaikan umrah. Dan semoga, Allah bantu diri ini untuk cepat-cepat membebaskan diri dari belenggu riba. Amin ya rabbal alamin.






1 Comments:

AsNiza said...

Salam,

Pihak bank telefon, katanya pinjaman boleh dilakukan, tapi tempoh bayar balik paling kurang 8 tahun (i want 3 years only!). Dan kalau berjaya, pihak bank akan tolak automatik sejumlah wang untuk 'tolong' bayarkan kesemua baki personal loan (Dgn bank lain) - selepas tolak pinjaman tersebut - bakinya itu baru saya dapat gunakan..

Saya jawab, maaf, saya tak nak proceed. Maka, usaha lagi untuk survey bank lain pula.. Cuba lagi selagi mampu =)

InsyaAllah.

+ Sila Tinggalkan Jejak Anda +