Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Semoga semuanya sihat-sihat belaka. InsyaAllah. Amin..
Semoga semuanya sihat-sihat belaka. InsyaAllah. Amin..
Samada kita sedar atau tidak. Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan beberapa berita tentang perkahwinan kaum sejenis, yakni lelaki berkahwin dengan orang lelaki dan perempuan berkahwin dengan orang perempuan. Ada macam-macam kes, antaranya lelaki melakukan pembedahan menukar jantina kemudian berkahwin dengan lelaki lain, ada juga yang mengekalkan sifat kelelakiannya dan berkahwin dengan lelaki dan ada juga, perempuan menyamar menjadi lelaki, menipu wanita yang ingin dikahwininya.. Astaghfirullah..
Macam-macam ya?
Macam-macam ya?
Lebih menakutkan lagi, ada di kalangan mereka seolah-olah berbangga dengan keputusan songsang yang telah diambil, menghebahkan perkahwinan terlarang mereka secara terang-terangan tanpa berselindung. Mereka membelakangkan keluarga, maruah keluarga dan tuntutan agama tanpa rasa bersalah, tanpa rasa berdosa apatah lagi rasa segan silu. Moga Allah merahmati mereka dan memberi nur dan hidayah kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus.
Sebagai orang Islam yang percaya kepada Allah, Al-Quran dan Rasul, kita seharusnya tahu bahawa Allah melarang dan melaknat mereka yang melakukan hubungan sejenis/gay/lesbian/homoseksual dan sewaktu dengannya itu. Larangan ini pernah dikisahkan di dalam Al-Quran - bahawasanya Allah pernah murka kepada mereka yang melakukan homoseksual dan kemudiannya memusnahkan serta membinasakan kaum Nabi Luth a.s yang ingkar itu.
Jadi, biarpun sesukar mana melawan perasaan dan nafsu untuk cenderung kepada kaum sejenis, biarpun sukar, biarpun perit, biar apa jua alasannya, perangilah perasaan itu kerana sesungguhnya azab Allah amatlah pedih. Mungkin di dunia kita terselamat, tapi ingat, dunia hanya sementara dan negeri abadi yakni kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang sebenar-benarnya.

Mahu bahagia di dunia - di siksa di neraka. Atau bahagia di dunia - bahagia juga di syurga??
Kalau burung, binatang yang tidak berakal tahu memilih pasangan - yang jantan tahu mencari yang betina, mengapa kita manusia yang diciptakan Allah sempurna akal pula sebaliknya tidak tahu bahawa lelaki diciptakan pasangannya adalah perempuan?

Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka. Mereka tentunya ada 'alasan' mereka yang tersendiri. Itu urusan mereka dengan Tuhan. Cuma, saya prihatin dan bimbang, kalau-kalau perbuatan mereka menjadi 'contoh' dan ikutan kepada muda mudi atau anak-anak kita pada masa akan datang. Bimbang kalau-kalau generasi kita pada masa hadapan menjadi keliru dan sukar membezakan mana yang 'sepatutnya' dan mana yang 'tidak sepatutnya'. Renung-renungkan.
Jadi, saya mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama membincangkan secara ilmiah tentang isu ini. Mungkin ada pandangan atau perkongsian bermanfaat, harap sudi-sudilah ya mencoret sepatah dua kata di forum Saffmuslim.com
Sila panjangkan pandangan dan pendapat kalian, di sana. >>>> Sila KLIK SINI.
Selamat berdiskusi, mengambil ibrah dan pengajaran atas setiap kejadian dan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah.
Wassalam.
JZKK. =)
No comments:
Post a Comment