+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, December 29, 2011

Audit Diri

Alhamdulilllah, beberapa minggu yang lepas, kita telah berkesempatan untuk menyambut Maal Hijrah. Tahun baru bagi ummat Islam. Biasanya. Sempena kehadiran tahun baru, kita ummat Islam diseru agar berhijrah, dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Sebagaimana hijrahnya Nabi dan kaum muhajirin dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Demi menegakkan Islam dan mendapat redha Allah, pelbagai pengorbanan telah dilakukan dan Alhamdulillah, hijrah mereka membuahkan hasil yang sangat positif - sehingga dapat dinikmati oleh kita semua pada masa kini. Alhamdulillah.


Baik. Kita bagaimana? Apakah langkah kita telah bermula? Apakah kita sudah mula berganjak untuk memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik? Apakah kita telah selesai menutup buku silam rapat-rapat untuk memberi ruang dan peluang buat diri sendiri, membuka lembaran dan buku baru yang lebih putih dan bersih? Adakah kita sudah siap siaga?
Atau belum lagi? Nah. Better late than never.

InsyaAllah. Tinggal lagi beberapa hari kita akan meraikan tahun baru - 2012. Jika umur kita masih panjang, jika usia bumi ini masih ada. Maknanya, 2011 akan kita tinggalkan.
Setahun sudah berlalu. Kepada mereka yang belum memulakan langkah, ayuh, jangan berlengah lagi. Mungkin kita boleh memulakannya dengan mengaudit diri kita sendiri. Muhasabah diri kita sendiri seterusnya membuat koreksi diri.

Agaknya, apa yang perlu diaudit ya?
Lain orang, mungkin lain juga standard / guidelines yang dijadikan sandaran atau kayu ukur untuk mengaudit diri masing-masing. Ini bergantung kepada matlamat hidup masing-masing. Apa yang ingin diubah dalam hidup. Apa yang ingin dicari. Apa yang ingin diatasi dan sebagainya. 

Ada orang, matlamat dan perancangannya sampai hari esok. Ada orang merancang hingga sepuluh tahun akan datang. Dan ada juga yang merancang hingga ke kehidupan akhirat serta berusaha gigih untuk merealisasikannya. Tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Sesungguhnya, inilah orang yang paling bijak.

Setelah selesai kerja-kerja audit. Seterusnya, semak semula samada wujud kepincangan (  non-conforming) ataupun tidak. Dengan kata mudah, untuk hidup kita perlu ada perancangan ( i.e standard of procedure / work instruction). Audit dilakukan untuk memastikan aktiviti seharian kita berjalan lancar dan menepati perancangan (comply the procedure / work instruction) itu ataupun tidak. 

Jika ada perbuatan yang 'terkeluar dari landasan' - tidak mematuhi procedure - maka - non-conforming yang memerlukan corrective action akan dikenakan. 

Seterusnya, bila mendapat non-conforming, kita perlu lakukan correction dan corrective action. Correction adalah tindakan segera untuk membuang / memperbetulkan non-conforming yang ditemui. 

Corrective action pula adalah mengkaji punca terjadi non-conforming, seterusnya melakukan tindakan terhadap punca (root cause) untuk mengelak non-conforming tersebut berulang sekali lagi. Jika inginkan hasil / quality yang lebih baik pada masa hadapan, kita boleh juga melakukan preventive action. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati, kan? :)

Okey. Demikian sedikit sebanyak penjelasan tentang audit. Berdasarkan QMS, ISO 9001 dan ISO 13485, standard untuk medical devices. Hmm. Nampaknya kali ini kita belajar asas-asas Quality Assurance ya.. Variasikan ilmu tak salah, kan? :)

Jom. Audit pun sudah selesai! Moga kita sama-sama berhijrah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah. Amin.. 

No comments: