+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, December 29, 2011

Warna Kehidupan.



 
Apakah warna kegemaran anda? Saya suka warna merah! Lain orang, tentu lain citarasanya. Tidak hairanlah pelangi sahaja ada 7 warna. 'Adil' untuk mereka yang suka warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Kesemuanya mendapat bahagian mereka masing-masing.

Seterusnya.  Suka saya kongsikan sesuatu - tentang warna. Ada warna primer/asas, warna sekunder dan warna tertier. Sahabat ingat lagi tak, ketika di sekolah rendah dulu, kita ada belajar tentang warna. Warna asas ada 3 - merah, kuning dan biru. Datangnya warna hijau bila kuning dicampurkan dengan warna biru. Jika terlebih warna kuning, hijau menjadi hijau muda. Okey, untuk lebih jelas, mungkin boleh rujuk gambar di bawah.





Begitu juga dalam kehidupan ini - ada yang baik dan ada yang buruk. Dalam diri kita sendiri juga ada unsur-unsur baik dan juga unsur-unsur buruk. Anasir-anasir positif dan anasir-anasir negatif. Terserah kepada kita bagaimana untuk memanipulasikannya. Bagaimana mencampurkan warnanya.

Jika kelemahan menjadi lebih kuat, maka kekuatan akan menjadi lebih lemah. Jika kejahatan kian berleluasa, kebaikan akan tertindas. Jadi, bagaimana kita ingin membawa haluan hidup kita? Jangan sampai kita tenggelam dalam arus negatif. Oleh itu, perkasakanlah unsur-unsur positif dalam diri. Jana setiap kebaikan yang ada dalam diri kita agar ia bergiat aktif sekaligus melemahkan keburukan yang ada pada diri. InsyaAllah. Moga Allah membantu dan merestui. Amin..

Sebelum berundur. Selamat tahun baru dari saya. Mohon ampun maaf atas segala kekurangan, atas segala salah dan silap. Moga dengan kehadiran tahun baru, kita akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan. InsyaAllah. Amin.. Teruskan berdoa dan berusaha. Moga Allah memakbulkan segala doa dan memberkati segala usaha. =)

Semoga dengan kehadiran tahun baru, warna-warni kehidupan kita akan bertambah ceria dan membahagiakan. Amin ya rabb..

No comments: