+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, January 11, 2011

Seloka Seorang Teman

Salam dihulur pembuka kata,
Moga disana sudi membaca,
Syukur dipanjat ke hadrat yang Esa,
Memberi keizinan kita bersua.


Wahai teman wahai taulan,
Dengarlah sini hamba berpesan,
Moga kita dirahmati Tuhan,
Dan ikatan ukhwah sentiasa berkekalan.

Andai nanti waktu itu tiba,
Saat takdir memisahkan kita,
Memenuhi perjanjian dari yang Esa,
Melengkapi kitaran sebuah kembara,

Wahai teman ini yang ku pinta,
Jangan iringi dengan airmata,
Yang ku harapkan untaian doa,
Setiap waktu jangan kau lupa.

Duhai teman pengarang hati,
Usah nanti kau tangisi
Redhailah pemergianku nanti
Jangan berharap ku kan kembali

Bukankah Allah telah berjanji
Termaktub indah dalam kitab suci
Tiap yang bernyawa pasti kan mati
Dan sesungguhnya, janji-Nya pasti

Di dunia ini cumalah hamba
Segalanya pinjaman hanya sementara
Oleh itu janganlah lupa
Mengabdikan diri pada yang Kuasa

Sebelum mata tertutup selamanya
Marilah kita sujud pada-Nya
Bersamalah kita kumpul bekalan ke sana
Moga nanti kita ke syurga

Wahai teman wahai taulan
Ini peringatan bukan sindiran
Jangan diikut perangai syaitan
Kelak hidupmu tidak kan aman

Di kiri neraka di kanan syurga
Di belakang kelam di hadapan cahaya
Janganlah keliru, usahlah alpa
Berpeganglah teguh pada agama.

Andai ditakdirkan tibanya waktu
Aku kan pergi meninggalkanmu
Di dunia kita hanyalah tetamu
Moga di syurga kita bertemu

Sampai di sini aku berbicara
Ampun maaf andai terluka
Ingat pesanku janganlah lupa
Semoga kita dikasihi yang Esa

Sekian. Nukilan, Puteri Ibrahim, Hasniza.

No comments: