+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, June 18, 2010

Menyakiti Hati Orang Tersayang

Terbaik Untukmu Terbaik Untukmu - Tangga

Aku sadar kalau kini
Kita sudah smakin menjauh
Sempat aku berpikir ini
Kau yg menginginkannya
Lepas dari pelukku

oh kini aku sadari
ini salahku
tak ingin ku terlambat dan sesali

reff: maafkanlah bila ku selalu
membuatmu marah dan benci padaku
ku lakukan itu semua
hanya tuk buatmu bahagia

mungkin ku cuma tak bisa pahami
bagaimana cara tunjukkan maksudku
aku cuma ingin jadi terbaik untukmu

Aku ingin kau tetap di sini bersamaku
Jangan Pergi
Berikan satu kesempatan
Untuk ku membuktikan
sesungguhnya cintaku

Itu cuma bait-bait lagu, yang di ambil dari carian google. Sejak dulu hingga kini saya sering tertanya-tanya, kenapa begitu mudah kita melukai dan menyakiti hati-hati mereka yang kita sayangi? Kenapa begitu mudah kita menghancurkan hati-hati mereka yang kita kasihi?

Kenapa begitu mudah pula, kita terluka dan hancur berkecai hati ini bila disakiti oleh mereka yang kita kasihi? MENGAPA?

Apakah kuasa luar biasa yang ada pada mereka yang kita kasihi? Apakah keajaiban yang mereka miliki? Mengapa hati kita mudah terasa sakitnya bila dicuit walau sedikit oleh mereka yang kita kasihi? Apakah ini juga anugerah?


Saya tetap percaya, tiap apa yang Tuhan lakukan, pasti punyai hikmah dan sebabnya yang tersendiri, tiada yang sia-sia...

Makin dalam kita mengasihi maka makin dalam luka yang dirasai akibat dihiris oleh insan-insan yang kita sayang. Mungkin ini suatu fakta yang tidak boleh diubah, sampai bila-bila?

Mungkin Tuhan mahu kita tahu, dan sedar.. Bahawa tatkala kita terluka dan sengsara, mereka yang kita sayangi juga merasakan benda yang sama. Mungkin Tuhan mahu kita ingat dan tidak lupa, bahawa tanpa rasa sakit, kita mungkin tidak mensyukuri saat-saat bahagia. Mungkin Tuhan mahu kita tahu, kita dan mereka saling memerlukan dan tidak mengulangi perbuatan yang boleh melukakan hati antara satu sama lain.

Mereka mungkin kedua ibu bapa kita. Mereka juga mungkin adik beradik kita, sahabat-sahabat kita. Hargailah mereka yang kita sayangi dan kasihi. Kerana di saat kita terluka, mereka juga terluka. Dan seandainya kita bahagia, mereka juga akan turut menikmatinya. Hidup tak selalunya indah. Walaupun yang indah itu cuma sementara, namun ia tetap dalam kenangan selamanya.

Bukankah hidup ini terlalu singkat? Oleh itu, jangan disia-siakan kehidupan yang sementara ini. Beri ruang dan peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup, di samping mengutip bekalan untuk di bawa ke akhirat sama.

Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lindungilah kami dari azab dunia, azab kubur dan azab api neraka. Amin ya rabb..





1 comment:

Izzat Zainal said...

Salam..

disakiti dan menyakiti lumrah dalam kehidupan. jika kita menyedari dua itu dalam kehidupan kita. Segera rendahkan ego, mohon ampunlah supaya keadaan dapat dijernihkan lagi..wallahualam..