Pengalaman mendewasakan dan mematangkan, sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Baru-baru ini, teman lama ketika di bangku sekolah menengah rendah berkongsi gambar-gambar kenangan ketika di sekolah lama. Walaupun sudah berlalu belasan tahun namun ingatan bersama teman-teman masih subur dalam ingatan.
Satu persatu bila diimbas semula, bagai tayangan gambar perdana, segar dalam kenangan dan tidak pernah padam. Indahnya zaman bergelar remaja. Zaman di mana kita mula belajar erti perasaan, erti kehidupan. Zaman yang paling dirindui...

Tingkatan 1 Budi, Sekolah Menengah Kota
Maaf saya lupa dari mana saya baca petikan berikut (jika sesiapa boleh kongsi, silakan) :
"Ada orang, pertama kali lalu jalan yang berlubang, sebab tak tahu, lalu jatuh ke dalam lubang tersebut."
"Kali kedua lalu jalan yang sama, sebab dah tahu lubang, tapi tak sempat mengelak, jatuh lagi. Tapi lebih cepat naik ke atas sebab dah ada pengalaman jatuh yang pertama."
"Kali ketiga lalu lagi, maka berhati-hati agar tidak jatuh lagi ke dalam lubang yang sama."
"Kali keempat pula, mungkin tidak melalui jalan yang sama lagi, cari jalan lain yang lebih baik."
Belajar dari pengalaman, bila jatuh, melompat lebih tinggi. Bila jatuh berusaha untuk kembali bangkit. Bila jatuh, berusaha untuk tidak jatuh lagi pada tempat yang sama. Bila jatuh, insyaAllah belajar untuk menjadi orang yang lebih baik. Kita bagaimana? Adakah kita pernah belajar dari pengalaman? Adakah kegagalan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya atau bagaimana?
Saya sendiri pernah menangisi kegagalan. Pernah jatuh tersungkur enggan berdiri lagi. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya kerana Dia saya akhirnya tersedar dari lena yang panjang. Bukan mudah memulakan hidup baru selepas gagal sekian lama. Bukan mudah melupakan segala kisah hitam untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan. Bukan mudah untuk bangkit kembali. Saya mengerti kerana itulah yang telah saya lalui. Berkata-kata jauh lebih mudah dari melaksanakan. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya kita dan Dia yang tahu, segala derita dan sengsara. Perit dan pedih.
Lalu, mengapa bila kita diuji, kita mencari teman-teman? Mencari hiburan kononnya untuk menenangkan segala kekusutan? Sedangkan hanya kita yang paling mengerti, kenapa tidak kita selami hati kita sendiri? Apa mahunya hati? Apa yang boleh membahagiakan hati? Apa yang mendamaikan dan mententeramkan? Tentunya kita dan Dia lebih mengetahui.
Belajarlah untuk menjadi teman yang paling baik kepada diri sendiri. Dan ALLAH sentiasa ada untuk mendengar setiap luahan dan rintihan hati kita. Pujuklah diri sendiri kerana jika bukan kita, siapa lagi yang mampu? Sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka dan berbaik sangka. Jangan bebankan diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan buruk yang belum pasti lagi kesahihannya. Menyesakkan fikiran. Melemaskan dada. Lepaskanlah simpulan itu dengan cermat.
Belajar untuk melupakan dan memaafkan. Jangan biarkan kesakitan yang sama tanpa jemu menyakitkan hati kita. Hanya kita yang mampu mengubahnya dengan izin Allah. Ubahlah racun menjadi penawar. Tukarlah kesunyian menjadi ketenangan.
Kita mampu, kerana kita adalah teman yang paling baik, yang paling mengerti perihal hati kita selain Allah..

No comments:
Post a Comment