+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, June 29, 2010

Kicap dengan Limau Nipis.

Bismillahirrahmanirrahmi..

Kata orang, sakit juga merupakan salah satu tarbiyah daripada Allah, agar kita lebih mengingati Dia, lebih dekat dengan-Nya. Mungkin ada masanya, kita lupa untuk merindu-Nya, mungkin juga ada masanya saat kita senang dan bahagia, kita kian jauh dari-Nya. Lalu Allah datangkan sakit. Agar kita ingat, sihat dan sakit semuanya dari Allah. Agar kita ingat, Dia yang memberi kita kesihatan dan Dia juga berhak menariknya bila-bila masa sahaja. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sakit lagi. Demam, selsema dan batuk. Selalunya saya memang begini, semenjak memasuki sekolah berasrama ketika berusia 16 tahun. Pertama kali berjauhan dengan keluarga, hampir setiap bulan saya batuk dan demam. Selalunya batuk dan demam ini datang seminggu sebelum saya datang haid. Sistem pertahanan tubuh yang lemah , gangguan hormon progestron dan ditambah pula dengan kehidupan baru yang perlu diadaptasi, jasad saya sering kalah.

Al kisah, saya menziarah keluarga kakak saya ketika sakit minggu lepas. Ini kerana kakak saya mengadakan majlis potong jambul (bercukur?) anak perempuannya yang baru berusia dua minggu. Batuk saya pula kian menggila, sayangnya saya pula tertinggal ubat-ubatan di rumah sewa. Di rumah kakak, batuk kian menjadi-jadi. Saya kian lemah, orang ramai yang datang, kerja-kerja rumah yang perlu dilakukan, dan ada pula anak buah yang masih terlalu kecil, menyebabkan saya benar-benar mahu segera sembuh, tidak mahu batuk teruk lagi.

Waktu itu, tanpa ubat batuk dan tidak mahu keluar rumah, saya tanya emak, apa yang ada di dalam rumah yang boleh saya makan agar batuk segera hilang. Kata emak,"Perah limau nipis campur dengan kicap, minum!". Meremang bulu roma saya membayangkan kicap dan limau yang masam. Namun kerana saya mahu segera pulih, tanpa berfikir panjang, saya segera mengambil sebiji limau nipis, dipotong, kemudian diperahkankan ke atas sudu kemudian dicampurkan dengan kicap. Dengan nama Allah, saya telah saja limau dan kicap itu. Moga-moga segera pulih.


Perihal Sakit.

Pertama kena sedar dan tahu bahawasanya diri sedang sakit dan keduanya pula, ada keinginan untuk mencari penawar dan berubat. InsyaAllah kesembuhan akan datang.

Ada orang yang sakit, tapi tidak sedar dirinya sedang sakit. Apatah lagi mahu berubat? Maka, oleh yang demikian, penyakit kian melarat dan memudaratkan diri sendiri, bukan setakat itu sahaja, malahan mungkin mempengaruhi orang-orang di sekeliling.

Penawar selalunya pahit. Namun itulah harga yang perlu dibayar, demi kesembuhan, pahit itu harus ditelan jua.


Bagaimana hidup kita?

Ada orang yang agak tidak bernasib baik, mereka tidak sedar dirinya bermasalah. Sakit pada hati. Sakit pada otalk. Agak berbeza dengan sakit pada jasad. Seandainya jasad kita sakit, tentunya kita orang pertama yang menyedarinya. Sel dan saraf segera menghantar isyarat ke otak, tanpa sempat kita berfikir, organ dan jasad kita kesakitan.

Bukan tidak ada penyakit yang membunuh dalam diam. Berpenyakit tapi tidak menyedarinya. Sedar-sedar bila sudah terlambat, kronik dan tidak boleh diubati. Begitu juga masalah dalam diri dan jiwa kita. Kelemahan yang ada dalam diri kita. Jarang ada orang yang dapat melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri. Bak kata orang dulu-dulu, "Kuman di seberang boleh nampak, tapi gajah di hadapan mata tidak nampak."

Itu lumrah manusia yang serba lemah. Maka dengan itu, terbukti dan ternyata betapa manusia memerlukan sahabat sejati yang selalu mengingatkan. Jika salah, tunjukkan jalan. Jika terjatuh, pimpinkan tangan. Saling membantu ke arah kebaikan dan sama-sama menjauhi kemungkaran.

Namun apa yang paling penting adalah bagaimana kesediaan dan kesanggupan kita untuk membantu diri sindiri. Bagaimana kesanggupan kita untuk mencari penawar dan berubat?

"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan ubat baginya" (Ibn Maajah)


Kalau sakit, makan ubat. Kalau ada masalah, carilah penyelesaian.

Bukan perkara asing. Ada orang tidak mahu makan ubat kerana merasakan dirinya tidak sakit, tidak berpenyakit. Ada juga orang tidak mahu makan ubat kerana lebih sanggup menanggung kesakitan daripada menelan pahitnya ubat. Dan ada juga orang yang sengaja tidak mahu makan ubat, kerana ingin membiarkan dirinya terus sakit.

Kita yang mana?

Wallahua'alam.

4 comments:

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum...

Waa... On time this post. Hehe... Kena pada masanya. Tanya sikit, betoi ka limau nipis+kicap boleh kurangkan batuk? Hehe...

Syukur kerana dikurniakan sihat, syukur kerana dikurniakan sakit. Bahkan tatkala kita dalam keadaan sihat, ada yang masih menanggung derita kesakitan. Tatkala kita mula merasai kesakitan, ada insan lain yang telah menanggung kesakitan begitu lama sebelum kita.

Tapi, begitulah manusia. Pabila sakit, merungutnya tak habis. Pabila sihat, selalu mencari sakit. Ada yang ingat Allah di waktu sakitnya, terkenang zaman sihatnya. Tak kurang pula yang ada yang masih tak sedar diri bahawa sakit yang dikurniakan adalah sebahagian tarbiyah buat diri.

Bagi golongan yang 'ketegaq' nak makan ubat pabila sakit, tanpa segan silu, sayalah sebahagian golongan itu. Berkali-kali disuruh makan ubat, nggak mau. Ada sebabnya saya degil berbuat demikian.

Sampaikan dalam sebuah kisah, ada seorang hamba soleh ini, mohon dikurniakan sakit kerana setelah sekian lama hamba ini sihat. Kerana dikhuatiri Allah tidak lagi menyayanginya. Begitu hikmah sekali tarbiyah sakit ni. Dan kerana ujian itu bukti Allah masih menyayangi dan mengingati kita.

Sakit kita hanya sehari, seminggu, sebulan, setahun. Bahkan tak lebih dari 50 tahun pun. Sakit nabi, bertahun-tahun lamanya. Tak kurang dari itu, ditinggalkan oleh anak dan isteri kerana ujian itu. Anda tahu siapakah nabi yang dimaksudkan.

Bersyukurlah. Selama dikurniakan nikmat sihat, hanya sementara diberi ujian dalam bentuk sakit. Bahkan, bersyukurlah, tatkala kita di bawah, ada lagi yang lebih bawah dari kita.

"Kuman di seberang nampak, dinasour kat depan mata tak nampak"

"Ingat 5 Sebelum 5"

Wallahu a'lam....

AsNiza said...

salam wbt..

nizamudin pun batuk ker..hehe..cubalah, akak sempat makan dua tiga kali je, then bila ada ubat batuk, sambung mkn ubat batuk jugak, alhamdulillah, seminggu je batuk, dah Ok, alhamdulillah..

kalu tk silap akak, kisah hamba Allah yg dimaksudkan itu adalah saidina Ali kwj ya?

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum...

Batuk+Sakit tekak. Dah tanya mak, mak kata boleh juga nak guna petua tu. Tapi limau nipisnya nggak ada dong. Lepas tu, mak cadangkan minum air panas+garam. Mak saya pun dah tahu saya 'ketegaq' makan ubat ni. Haha...

Kisah itu saya dapat daripada ceramah seingat saya. Tidak pula disebut siapa gerangan hamba soleh tersebut.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

Assalamualaikum!

Insy bole menyembuh klu anda yakin. Akak x mkan ubat batuk lain selain kicap manis jalen n limau nipis...

Kalau boleh bukan dlm sudu...di cawan...banyak sikit. Perahkan limau tu....sebanyak mana limau tu...sebanyak tulah juga tuangkan kicap....kacau..pastu baca salawat 3 kali...bismillah....tawakkal.....wat 3 kali insy.....