+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, December 25, 2009

Kenangan Setahun Bersama iLuvislam

Kenangan Bersama Sahabat iLuvislam.com

2009 bakal melabuhkan tirainya, lagi beberapa hari. Alhamdulillah, masih bernafas hingga kini. Mengimbas kembali, nostalgia sepanjang tahun ini. Menyelak kenangan lalu mencatit semula di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Pengalaman mendewasakan, adakah benar saya sudah dewasa? Atau sudah tua? Hanya ALlah yang tahu.

Pahit manis selama setahun. Antaranya, kenangan bersama iLuvislam.com. Mengenali iluvislam lalu terus berdaftar sebagai user pada tarikh 6 Mei 2008. Saat itu, saya khayal dengan dunia friendster saya, namun iLuvislam mengubah segalanya. Sebagaimana saya menganggap friendster sebagai dunia maya saya, begitu juga tanggapan awal saya terhadap iLuvislam.com. Namun ternyata, saya silap. iLuvislam bukan sekadar dunia maya, malahan, berani saya mengaku, hidup saya kini hampir sepenuhnya berkisar dengan iLuvislam.com. Entahlah.. bagaiamana ia bermula. Saya sendiri tidak sedar, namun jauh di sudut hati saya berdoa, pengakhirannya kelak menjanjikan suatu anugerah yang terindah. Mudah-mudahan.

Melalui iLuvislam.com. Saya ketemui ukhwah kerana Allah. Indahnya anugerah itu. Pertama kali bertemu dengan sahabat maya dari iLuvislam.com di UIA, kalau tak silap saya pada bulan Januari. Insan pertama yang saya temui adalah Nisa aka Nisa_88. Dan insan kedua yang saya temui, sekitar bulan Mac (mungkin) juga di UIA adalah Atul aka Ukhwah. Alhamdulillah. Pemberian dari ALlah yang sangat tinggi nilainya. Kasih dan sayang sesama saudara seagama. Tidak mungkin boleh dibeli dan dibayar dengan wang ringgit.


Seterusnya, insan ketiga yang saya temui adalah presiden iLuvislam sendiri yakni Imran aka Im Koyube. Bulan April di PWTC, ketika pesta buku berlansung. Pertama kali melihat dia ketika kaki mencecah masuk ke PWTC, dia sibuk mengagihkan broucher kepada pengunjung yang hadir.

Saya menyapa beliau bertanya jalan lagak seperti pengunjung yang lain, beliau ramah dan murah dengan senyuman menunjuk jalan menuju ke gerai Nuffair, di sana saya SMS beliau mengatakan kehadiran saya di situ, tidak lama kemudian beliau hadir bersama seorang lagi krew iLuvislam yakni Syawal aka Adv_Red. Subhanallah. Impian apakah ini yang akhirnya menjadi kenyataan? Dia yang menentukan segalanya.

Pertemuan Di PWTC, Sempena Pesta Buku'09

Demikian antara 4 orang pertama sahabat dari iLuvislam yang saya temui. Pertemuan kami bukan setakat di situ, seterusnya lebih banyak pertemuan yang hadir, pertemuan di Pesta Buku PWTC, lawatan ke Karangkraf, aktiviti ketika Muktamar PAS, B2B sempena raya, B2B pertama dan kedua, berbuka puasa bersama-sama, menghadiri latihan ESQ, perlawanan futsal persahabatan, pertemuan untuk program KPO, program DK1, pertemuan untuk riadah di Bukit Cherakah, forum-forum yang dianjurkan di HUKM, di INSPEN, dan banyak lagi. Semuanya aturan Allah.

Lawatan Pertama Ke Karangkraf


B2B Raya Di Karangkraf

Bersama Moderator Di Bukit Cerakah

DK1 Di Masjid Usamah, Wangsa Maju


Latihan ESQ Angkatan 37 KL

Antara kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang bergelar salah seorang krew iLuvislam.com adalah apabila saya diberi peluang untuk menghadiri latihan ESQ di PICC. Semuanya ditaja oleh pihak pengurusan iLuvislam.com. Terima kasih kepada ESQ dan iLi.com, terutamanya Imran kerana memberi peluang berharga itu kepada saya.

Untuk saya rasai sendiri dan menikmatinya. Alhamdulillah. ESQ mengubah cara saya melihat. Syukur hanya kepada Allah. ESQ meningkatkan lagi rasa cinta dan kasih kepada Allah, rasul, al-quran dan agama. Setiap orang dari kita berpeluang masuk ke syurga. InsyaAllah.

Selain itu, pada tanggal 1 Julai 2009, hari ulangtahun kelahiran saya, tidak putus-putus saya mendapat panggilan telefon dan kiriman sms dari sahabat iLuvislam.com. Alhamdulillah. Sudah lama rasanya tidak diraikan sedemikian rupa. Bahagia rasanya. Rasa disayangi, dikasihi. Subhanallah. Malahan ada yang sanggup post buah tangan jauh dari seberang, sebulan lebih awal. Subhanallah.

Terima kasih atul. Dan Nisa juga, bertungkus lumus, berusaha keras menyiapkan video sempena ulang tahun saya, KLIK SINI. Terima kasih kepada semua, terutamanya adik-adik dan sahabat-sahabat dari forum team. Tak dilupakan Syawal yang bersungguh-sungguh mahu jadi orang terakhir untuk wish pada hari itu. Terima kasih semuanya. Saya benar-benar menghargai.

Setahun bukanlah masa yang singkat, tapi kadang-kadang dirasakan bagai terlalu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik. Kita menghampiri penghujung.

Berbuka Puasa Di rumah Keluarga Saya

Selain dari itu, saya juga bertuah kerana rumah saya sering dijadikan tempat berteduh buat para sahabat iLuvislam.com. Almaklumlah, program sering diadakan di sekitar Shah Alam, dan satu kelebihan buat saya kerana saya memiliki kenderaan.

Alhamdulillah, peluang ini dapat saya manfaatkan untuk lebih mendekati dan mengenali sahabat-sahabat krew. Antara yang pernah bermalam di rumah saya, Surinah, Saidah, Aqilah, Najah, Nisa, Asma', Ina, Pika, Suhana, Fizah dan err.. sorry kalau terlupa, ehe.. Alhamdulillah, peluang yang ada di guna sebaik yang mungkin, masak bersama-sama, berkongsi cerita, Subhanallah, terima kasih iLuvislam.com kerana menyatukan kami. Berbeza latar belakang dan usia tidak menjadi penghalang buat kami. Alhamdulillah.

Di Teratak Buruk Hamba

Kenangan yang paling manis selama bergelar krew iLuvislam.com adalah apabila saya berpeluang untuk menyertai Kursus Pengurusan Organisasi yang berlansung selama 4 hari 3 malam, walaupun saya memikul amanah sebagai salah seorang jawatankuasa, tidak bersama sahabat peserta yang lain, namun senyuman yang terlukis di wajah setiap peserta memberi seribu kepuasan kepada saya. Syukur kerana program berjalan lancar, gembira dapat bertemu dengan lebih ramai krew iluvislam.com.

Ada juga yang pertama kali bertemu, menatap wajah bertukar senyuman, namun bila bersama, kemesraan itu tiada tandingnya. Indahnya ukhwahfillah





Paling manis lagi apabila moderator Suhana aka Ya Habibi sanggup terbang dari Sabah semata-mata kerana ingin bersama sahabat krew yang lain. Subhanallah. Saya kagum dengan semangat dan pengorbanannya. Saya kira, jika saya di tempatnya, belum tentu lagi saya mampu berbuat demikian. Kerana kasih dan sayang, saat menghantar beliau di lapangan terbang, airmata laju benar mengalir.

Bukan kerana menyalahkan pertemuan ataupun perpisahan, tapi saya bimbang, bimbang andai pertemuan ini adalah pertemuan yang terakhir. Tidak! Saya harus optimis, moga Allah izinkan, semoga kami dipertemukan lagi. InsyaAllah.

Rehlah Di Bukit Cerakah

Pizza Yang Dibelanja Oleh Lisam, Yummy~!!

Alhamdulillah. Ukhwah kerana Allah, bertemu jangan berasa jemu, berpisah jangan berasa gelisah. InsyaAllah, kalian semua berada dalam doa saya. Atul yang baru sekali bertentang mata. Tidak pernah dilupakan. Suhana juga. dan semua sahabat krew yang lain. Saya sayang kamu semua. Kerana Allah, kerana perjuangan kita di iLuvislam. Kerana misi dan visi kita sama. Syurga yang sama.

iLuvislam.com, bagai suatu misteri yang saya sendiri gagal mencari jawapannya. Misteri kerana saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Misteri kerana sentiasa penuh dengan kejutan. Ada 'sesuatu' di dalamnya. Yang mengikat kami. Yang menyatukan kami. Berakhirlah setahun, esok lusa bagaimana?

'Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

15 comments:

Unknown said...

salam...
kak bergenang air mata ni ha...
tak tahu nak ckp ganer...
akak da byk bntu ili...
and i luv u not only bcoz u krew but i luv u bcoz u hasniza ibrahim,,,
asif jiddan wa jazakallah kathiran

AsNiza said...

w'salam..

nope ina, jgn kate lagu tu, akak tak bantu iLi pun, iLi yg bantu akak..

akak cuma 'bersama-sama' dengan iLi, coz itu je yg mampu akak buat.. krew lain juga..terima kasih semua..^^

suhana_nur said...

salam,
k.as..

alalala..sweetnye video yg nisa buat..terbaek la atas effort!

saya baca cerita akak ni pun rasa sebak je..plus senyum sikit2x..

semoga ukhwah ini kekal selamanya sampai syurga..ayo, usaha ke sana untuk bertemu di sana.huhu

p/s:bilala saya bole mula bercerita di pentas umum mcm k.as (ada blog sendiri)?~

AsNiza said...

w'salam su..

haipp~ tu la.. bile nk start ni? mintak ngan Im terus, wat kat iluvislam tk perlu blogspot. ehehe.. akak nyer dh ancus sbb konon2 nk memandai edit sedirik..huhu..

tgk gambar baru perasan, kite mmg dh byk kali jumpa kan? :)

AsNiza said...

masa raya, byk dpt sms dari Krew iLi.com, paling terharu, ada krew yang sanggup tepon jauh dari Mesir, subhanallah.. terima kasih Tuhan atas anugerah ukhwah ini..alhamdulillah..

pemikir said...

maaf tumpang lalu kat sni..smua akhwat je..;)

Tahniah kak As...bersama Iluvislam bagaikan sebuah kluarga..

Anonymous said...

assalamualaikum,

hehe.

[s
p
e
e
c
h
l
e
s
s]

teruskan menyumbang ye kak. :)

-nur syamimi mohamad napis-

azzahra_solehah said...

salam kak....

ni sy dtg tglkn pesan (seperti yg dipinta..hak3)

best entry akak...teringat kali pertama jumpa akak...cam x caye je tu kak hasniza...sbb dgr cite orgnye garang...tp sbnrnye seorg yg comel lote...huu....

ukhuwah krew iluvislam mg sgt unik dan indah...terutama modnye, mgkn sbb bkerja same 24jam..hak3

sempena entry ni, sy hadiahkn akak lagu rabhitah hati...akak mst pernah dgr kn? kali ni akak dgr lagi sambil membayangkn wajah2 kami eh..hak3...insyaAllah meleeh air mata lepas tu...huhu

moga ukhuwah kite semua sentiasa diredha dan dberkati Allah...bertemu dan berpisah kerana dakwah dijalan Allah...bertemu dan berpisah kerana Allah...uhibbukum fillah...

UkhwAh said...

salam alaik..

isk..isk..isk..terharu baca..
org kedua ea? nisa ni sbuk ja..
org bru nk jd org 1st!ekeke~

kak, rindu jiddan kat akak!
nnt kalo atul blk kta jmpa lg ea?
jmpa ramai2!!iA..

mudah2an ukhwah yg terbina ant kta semua berkekalan, iA..

minta maaf salah silap kat mana2 taw..sayang sgt ukhwah ni..sgt2!

rindu bangettt~

Suhana Amiril said...

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Saya orang terakhir yang komenkah~?

Alhamdulillah~
Bila baca kisah makNgah nih, ada sedikit sebanyak persamaan dalam iLi telah yang banyak menyedarkan saya meskipun saya sedar dan tak pengsan. Hihi.

Teringin juga nak melakar sebuah coretan berkenaan iLi.Com.. Tapi nanti sajalah..

Apapun..
Selain iLi, makNgah juga banyak membantu saya deh~

Dengan hanya satu PM dari makNgah, ehem3.. Hee. Biarlah rahsia..

And,bohot2 syukria makNgah sudi jadikan budak nih sebagai mentee makNgah.. ^_^

Pertemuan yang singkat.. Namun banyak kenangan tercipta.. insyaAllah.

Alhamdulillahi 'ala kulli hal~!

Semoga pertemuan pertama disertai dengan pertemuan seterusnya kerana Allah swt.. Dan semoga bertemu lagi kerana memperjuangkan Deen yang mulia ini. Harapnya dapat jumpa kesemua krew iLi. Aamiiin~

Tak tahu nak cakap macam mana.. Yang pasti, saya juga membesar dengan iLuvIslam.Com.. Bersama teman-teman yang banyak ragam dan bla.. bla.. bla..

makNgah,
saya hanya terbang dari Sabah ke KL.. Dan semuanya dengan izin Allah swt jua. Meskipun tak dapat menyumbang apa-apa, hihi.. Namun rasa bersyukur dihimpunkan bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza.. Alhamdulillah~

Erm,
nak cakap banyak aka taip banyak-banyak rasanya, tapi takut mengambil alih kedudukan empunya blog nanti. Hihi. Asiff makNgah..

Terima kasih banget pada makNgah.. Sudah susah-susah untuk su. Sangat-sangat terharu dan terhutang budi neh~.. insyaAllah nanti ada rezeki dan umur yang panjang, krew lain @ event iLi boleh buat kat sabah pulak.. hee. insyaAllah.. Aamiiin3x~!

~ aman shah ~ said...

Dalam diam kan...
bermula dgn perjumpaan pertama iLi sempena pesta buku...
sampai ke KPO...
byk juga kita melangkah...
byk sudah sejarah tercipta...

insyAllah...
setiap pertemuan itu, ada hikmahnya...
thanx tu Allah kenalkan aman dgn semua2...
my life goes colorful...
very interesting...

tahun depan tambah aktivity lg tau~
special punya....
huhu

relax said...

salam

huh!! sebuk betul beberapa hari ni
baru leh masuk blog akak.
ermm taniah semua krew-krew ILI
saya tatau nk komen pe, moga ukhwah korang hingga ke akhir hayat.
jangan lupa saya tau. nama saya ikhwana juga bermaksud persaudaran lalalalala.

p/s : begitu berharap dapat menjadi barisan hadapan dan teman sepejuangan dengan korang semua...

LadyBird said...

Salam akak Asniza, akak kenal Cik Surinah ek? Haritu Surinah pergi kursus lbh kurg 2 minggu lepas..
keciknye dunia :D.. putri x pernah berjumpa lagi secara real ahli2 iluvislam yg lain, yg putri jumpa hanyalah surinah dan siti hajar aka dorayakie.. putri gune nick name isyrak kat iluvislam.. :) tapi just tuk membaca jerk..

AsNiza said...

:: Pemikir

W'salam.. tkpe2 dont worry, semuanya dialu2kan ^^

Alhamdulillah, family iluvislam besar maknanya.. syukur :)

:: Miminapis

Thnx sis, insyaAllah, selagi termampu akan terus cuba..insyaAllah.. jom sama2 menyumbang jom ;)

:: Masyitah

Haipss.. akak tk cukup garang ke? kekeke.. adei.. tk boleh kalu tk senyum, di tambah dgn 'kecomelan' ambe, mana la nk dtg garang tu..huu~

:: Awk la dia

Haih, mana ada susah2, agak lg gembira su sudi jd tetamu akak, alhamdulillah, seronok dan happy dpt jumpa, doa2 yer, ada rezeki kite jumpa lg, insyaAllah..

:: Atul..

I miss u two three four five juta2.. hik2.. cepat2 la balik atul, nnt kite kumpul ramai2 naaa..... ramai yg nk jumpa atul neh, hehe.. misshh u... T_T

:: Aman

Yup, first time kat pesta buku, tk sangka dn tk jangka lak lepas tu kite akan ada byk pertemuan, aktiviti sama2.. aturan Tuhan, alhamdulillah, adik2 iLi semua best2 belaka, termasuk aman :)

:: Wana..

Nothing impossible, tak cuba tk tahu, jom la join kami, insyaALLAH di jamin tak menyesal, hehe.. ^_^

:: Putri..

Subhanallah.. yup, surinah designer iLi, guna nick surinah7, cantik ketentuan Tuhan, kan? :)

Putri, klu ada aktiviti iLi lenkali sudi2 la join sekali yer.. jumpa akak nnt jgn segan tegur la ^^

LadyBird said...

InsyaAllah kak putri tegur kalau jumpe.. tp rs2nye x sebab putri org KT. Kalau kebetulan putri g area shah alam dan time tu ade program ili, putri try join. tapi putri bukan pakai tudung labuh.. putri baru jer nak berjinak2.. segan lak nak join kak. perasaan rendah diri menguasai hati.