+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, February 19, 2009

Menjerat Diri

Dengan limpah rahmat Ilahi saya sekali lagi berkesempatan menulis di sini. Sekadar mencoret meluahkan seribu satu perasaan yang sedang bermain-main di jiwa saya saat ini. Tiada signifikannya. Tiada manfaat. Tiada idea atau pandangan ingin di kongsikan kali ini. Sebaliknya sekadar luahan perasaan semata-mata. Jom, berhenti membaca sekarang, jangan bazirkan masa anda yang berharga untuk membaca entri yang tiada manfaat nie..^^

Saya sendiri tidak pasti saya tergolong dalam spesis mana, kacukan gen atau DNA penyakit jenis apa, tapi saya sendiri ada masanya pelik dan tertanya-tanya kpd diri sendiri. Why shud i have a lot of blogs? what for? believe it or not, till now, i have 6 blogs dan yang benar2 aktif adalah 3 at the same time. kenapa saya perlukan 3 blog? why not i just stick and focus on only one blog? blurr....ada unsur2 'sekularisme', mungkin? atau unsur2 kehipokritan, mungkin? atau kenapa? waahh..3 blog seh..banyak nya masa saya! banyaknya idea saya untuk menulis! banyaknya perkara yang hendak saya cerita? adakah? haih..

Sejarah.



Mulanya saya ada sebuah blog di frenster, tetapi kerana ingin meng upgradekan lagi blog saya di frenster, saya akhirnya kehilangan blog yang pertama. just in a blink! tinngggg! tadaaaa...tanpa backup, hilang tanpa di kesan. sayangnya! lebih 50 entri di dalamnya hilang..ada luahan pendapat, luahan masalah, ada juga catatan perjalanan hidup. semuanya hilang..Ada rasa sedih tapi apa boleh di buat? Like it or not saya teruskan menulis di blog frenster ke dua saya..iaitu [Aku Sedang Bercerita]..

Di blog kedua ini [Aku Sedang Bercerita] , saya rasakan penulisan saya lebih matang, kurang kpd catatan peribadi, lebih kepada perkongsian idea dan pandangan. Saya sekalikan semuanya di sini, politik, isu semasa, motivasi, tazkirah, dan macam-macam. Awalnya tiada yang membaca blog saya, kemudian bertambah seorang dan seorang dan seorang lagi. Sedar ada yang sudi membaca, saya menjadi lebih berhati-hati dalam menulis dan Alhamdulillah mencuba untuk memperbaiki mutu penulisan.

Semakin hari, pembaca juga bertambah terutama sahabat-sahabat dari iluvislam..saya mula menjadi semakin berhati-hati dan 'memilih' apa yg hendak di tulis. lalu saya berpendapat, blog ini sudah tidak sesuai utk saya menulis catatan ke hidupan. lalu saya alihkan segala cerita perjalanan hidup saya ke blog myspace [Rahsia] di sini, hanya kawan rapat yang boleh membacanya. tiada rahsia antara kami.

Semakin lama blog di frenster [Aku Sedang Bercerita] semakin bermasalah, tidak di ketahui apa puncanya, tapi kerap kali bermasalah ketika menghantar entri, membuka laman blog dan mengedit entri, akhirnya saya give up lalu membuka satu account baru di blogspot. iaitu blog sekarang..[Mencari Sebuah Destinasi]. Di sini, Alhamdulillah pengunjung blog kian bertambah, kebanyakannya adalah sahabat iluvislam. (i do really appreciate all of you..). Kunjungan mereka menaikkan semangat saya untuk terus serius dalam penulisan. Memandangkan kebanyakkanya adalah dari kalangan remaja, maka blog [Mencari Sebuah Destinasi] ini lebih kepada pengisian jiwa, motivasi dan kata-kata nasihat. Untuk kedua-dua blog ini saya menggunakan nama pena semut2comel..kenapa semut2comel? sudah di jelaskan dalam entri bertajuk "Coretan 20Januari"..kalu tak silap..hee..

Penulisan di blog myspace [Rahsia] masih di teruskan, tapi kerana sebab-sebab tertentu, saya akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan penulisan di sini lalu cinta saya beralih arah kepada blogspot [Rahsia]. Cerita-cerita mengenai catatan hidup, luahan hati dan perasaan dan permasalahan saya di tulis di blogspot [Rahsia] ini. Selalunya..saya mencatat sesuatu permasalahan dan persoalan yang tidak terjawab di blogspot [Rahsia] kemudian menulis penyelesaiannya di blogspot [Mencari Sebuah Destinasi].

Nobody perfect, and me too. Saya juga ada banyak kelemahan dan masalah, tapi untuk berkongsi masalah dengan orang lain bukan kebiasaan saya. lalu jadilah 'sekularisme' di sini. dan mungkin boleh mengclasifikasikan sebagai hipokrit? kenapa? entahlaa..Saya akhirnya keliru sendirian. Kenapa harus saya melakukan ini semua? untuk siapa? Saya tidak pasti.. Mungkin semua ini demi semua pengjung saya yang saya kasihi, kerana saya cuma ingin yang terbaik untuk mereka semua.

Dan, keadaan semakin keliru setelah hadir blog ke enam dalam hidup saya [AsNiza @ iLuvislam] ..Jujur, bertambah merumitkan keadaan adalah setelah saya menerima tawaran dari Presiden iLuvislam untuk memiliki satu blog tanpa berfikir panjang iaitu [AsNiza @ iLuvislam] dengan nama pena [Princess Ibrahim]. Hasilnya, saya menjadi serba salah. Harus bagaimana percaturan penulisan saya ini di teruskan?

Perancangan awal sewaktu saya menerima tawaran blog baru [AsNiza @ iLuvislam] adalah memindahkan kesemua penulisan di blogspot [Mencari Sebuah Destinasi] ke [AsNiza @ iLuvislam] sekali gus menutup blog [Mencari Sebuah Destinasi]. .Namun, by time goes on, rasa tak sanggup menutup blog ini mula menebal. Cinta saya semakin kuat terhadap [Mencari Sebuah Destinasi] . Sayangnya menggunung..untuk meninggalkan blog ini saya tidak sanggup, tapi untuk menguruskan keduanya dalam satu masa saya tidak mampu. Yer, dan akhirnya saya menjerat diri saya sendiri. Saya yang serba salah dan keliru. Saya harus membuat keputusan yang cepat dan tepat.

Seterusnya?



Seterusnya? pilih salah satu antara AsNiza @ iLuvislam dengan Mencari Sebuah Destinasi..atau teruskan menulis di keduanya. Hati saya lebih kepada untuk teruskan menulis di keduanya tapi menjawab persoalan mampu atau tidak, jawapan saya, saya tidak pasti..dan mungkin tidak mampu.

Tambahan pula, jika saya ingin teruskan menulis di keduanya, saya harus adakan satu pengkhususan, apa lagi yang perlu di khususkan kerana cinta saya terhadap blogspot [Rahsia] tidak mungkin berbelah bagi. saya akan terus setia mencatat perjalanan hidup saya di blogspot [Rahsia] lalu apa lagi yang tinggal untuk di pecahkan?atau di khususkan?

Jika anda membaca sampai sini, maknanya anda prihatin. Dan alang2 anda dah baca sampai sini, sila tinggalkan pandangan di kotak comment, saya perlukan pendapat kalian untuk meneruskan penulisan saya yang seterusnya. Harus bagaimana keputusan di ambil?

Jazakallah kerana sudi membaca dan teruskan menyokong saya yer, saya benar2 menghargainya..

2 comments:

Anonymous said...

1st komen

AsNiza said...

Seribu langkah bermula dari satu langkah, thanx.. i do appreciate u..^^