+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, February 21, 2009

Aku Bukan Untukmu

[Cerpen/Novel] Aku Bukanlah Untukmu.

Posted by semut2comel on October 12, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Cerpen/novel pendek ini pertama kali aku publishkn di forum
sambutan yang agak memberangsangkn menaikkan semangat aku untuk kembali aktif menulis…kerana masa yg terhad..aku menulisnya sedikit demi sedikit..novel bersiri la pulak jadinya…


Setelah sekian lama tergantung tanpa penutup, dan kerana permintaan beberapa orang sahabat yang ingin tahu bagaimana kisah ini berakhir, hari ini, 21 february, selesai solat subuh, sebelum keluar berjogging, aku luangkan sedikit masa untuk menulis, aku akui cerita ini banyak kelemahan dan kekurangan, antara kelemahan-puncanya dari aku yang tahu memulakan, tapi tidak tahu mengakhirkan..tahu mencari masalah tapi tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikannya..


Walau apapun, Alhamdulillah, akhirnya..cerita ini siap juga..untuk kali keempat, saya republish cerpen ini sekali lagi..Pertama kali di iluvisam, kedua di blog lama, ketiga dan keempat, di blog ini..memandangkan cerita ini di tulis sekerat2, dan mungkin ada yg sukar untuk menghayati, maka saya sarankan agar kalian membacanya di sini, insyaAllah semuanya clear..hehe

Episode satu

Hujan masih lagi turun dengan lebatnya, Nur Alissa berlari dalam kebasahan menuju ke kereta kecil yang sentiasa sedia menantinya. Jalan yang licin dan langkahnya yang tidak teratur membuatkan dia terjatuh ke tanah. Sepantas yang termampu, Nur Alissa bangkit, darah yang mengalir dilututnya dibiarkan mengalir laju. Luka itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan luka yang mengguris di hatinya. Pedih walaupun tidak berdarah.

Nur Alissa menutup pintu keretanya lantas menekan butang lock. Di dalam kereta merah itu,Nur Alissa menangis semahu-mahunya..Ingin diluahkan segala derita dan sengsara yg membekam dijiwanya.sudah lama dia menanggung rasa,menahan derita dan hari ini, dia tewas dengan permainan hidup yang sentiasa menduga kesabaran dan ketabahannya. Benar..dia mengalah hari ini.. orang yang lalu lalang tidak dipedulikannya. Hakimi yang menjerit memanggil namanya berulang kali pun tidak dia endahkan. Dia pasrah. Dia mengalah kini, dia tidak punyai kekuatan untuk bertarung. Dia menyerah pada suratan takdir, dia benar-benar kepenatan.
______________________________________________________________________

Nur Alissa menggengam kemas telefon bimbit dalam genggamannya. Suara Puan Humaira di talian sebentar tadi amat berbeza nadanya..tegas dan tidak semesra biasa. Dada Nur Alissa mulai diulit resah, cemas, gelisah. Dengan tidak semena-mena, titik-titik jernih mulai gugur satu persatu menari-nari di kedua belah pipinya.Nur Alissa terpaku tanpa kata. Otaknya ligat mencuba mencari jawapan namun hasilnya sia-sia. Kosong. Akalnya kini gagal berfungsi. Mahupun serebrum ataupun sereblum, semuanya berhenti menjalankan tugas.

Nur Alissa jatuh terduduk. Lututnya terasa lemah, dia tidak lagi gagah untuk berdiri tegak. Insan bernama Nur Alissa itu yakin kini, mahligai impian yang diidam-idamkannya kini Cuma sekadar mimpi yang tidak mungkin akan jd kenyataan. Kata-kata Puan Humaira terngiang-ngiang di kedua cuping telinganya.. pedih dan menusuk hati. Mampukah dia melawan segala dugaan yang bakal mendatang? Mampukah dia perjuangkan kebahagiaan yang dia idam-idamkan? Kuatkah dia?Dugaan apakah ini Tuhan? Bisik hati kecil Nur Alissa..Tabahkanlah hatiku Tuhan..pinta hati kecilnya lagi.

____________________________________________________________________

Nur Alissa, percayalah, aku benar-benar jujur ingin menikahi kamu,” Hakimi memulakan bicara. Suasana sunyi dan sepi seketika. Nur Alissa Cuma sekadar tunduk memandang lantai. Diana yang duduk disebelahnya juga diam membisu. Riuh rendah suara pelanggan di Restoran Cendana itu sedikit pun tidak mengusik lamunannya. Suara Hakimi seumpama deruan angin yang lalu tanpa sebarang erti padanya. Sedikit pun tidak mampu mengembalikan Nur Alissa dari angannya yang jauh. Hakimi terasa sedikit tercabar.

“Alissa,”Hakimi menegaskan suaranya, cuba mengembalikan Nur Alissa kembali ke dunia nyata. Namun gadis bertudung merah jambu di hadapannya itu masih lagi membatu. Dan untuk kali ketiga, Hakimi mengulangi nama itu dengan suara yang agak tinggi. Akhirnya suara itu berjaya mengejutkan Nur Alissa dari lamunannya. Pantas dia mengalihkan pandangan matanya ke arah tuan empunya suara yang memanggil namanya. Pandangan mereka tertaut. Kaku seketika dan beberapa saat kemudiannya, kedua-duanya serentak tunduk memandang meja.

Sedar kesilapan yang tidak disengajakan. Kedua-duanya diam membisu. “Alissa, percayalah, aku benar-benar ingin kamu mejadi suri hatiku,sayap kiriku untuk aku teruskan perjuangan di masa hadapan” Hakimi mengulangi kata-katanya. “sudikah kau terima lamaran aku?,” kata-kata Hakimi terhenti di situ, dengan harapan, Nur Alissa akan menyambungnya. Namun dia hampa. Nur Alissa diam seribu bahasa. Suasana sepi seketika. Setelah diam beberapa ketika. Akhirnya Nur Alissa memulakan bicaranya. “Hakimi, lupakah kamu,siapa aku sebenarnya? Lupakah kamu, aku bukanlah gadis terbaik untuk kamu?Lupakah kamu..aku bukanlah seorang anak gadis yang..” belum sempat Nur Alissa menghabiskan bicaranya, Hakimi memintas laju.”Nur Alissa,cukup!aku sudah tidak mahu dengar semua itu lagi.pada aku, kisah silam tidak mampu mengubah masa depan kita, past is past,done is done dan aku menerima kau seadanya, aku yakin, kaulah wanita terbaik untukku. Aku percaya, kau akan jadi ummi yang terbaik untuk anak-anakku..” Hakimi mengulangi kata-katanya itu tanpa jemu.

Sejak pertama kali dia menyuarakan hasrat untuk melamar Nur Alissa, berkali-kali Alissa mengingatkan Hakimi betapa kotor dan jijiknya insan bernama Nur Alissa, tetapi setiap kali Nur Alissa merendah diri, setiap kali itu jugalah Hakimi akan meyakinkan dirinya bahawa dia juga berhak hidup bahagia. Tanpa jemu Hakimi akan menangkis segala persoalan negatif yang hadir dari benak pemikiran Nur Alissa. Hakimi memang sentiasa begitu. Tegas dan yakin dengan pendiriannya. Dia sentiasa begitu, degil!bentak hati kecil Nur Alissa.
______________________________________________________________________
Hari ini genap setahun detik perkenalan mereka. Berjumpa secara tidak sengaja di alam maya akhirnya mendorong suatu perasaan aneh di jiwa mereka. Sedar akan dosanya cinta sebelum nikah, masing-masing tidak pernah berbicara soal hati. Cuma sekadar bertanya khabar melalui dunia siber. Berdiskusi bila perlu dan setelah setahun berkenalan, hari ini lelaki bernama Hakimi itu menelefonnya.

Pertama kali mendengar suara si jejaka, ada getar di dadanya dan selantas itu juga, Nur Alissa beristighfar. Salam diberi dijawab tenang dan ayat pertama yang meluncur dari bibir pemilik suara garau di hujung talian..”Alissa, aku benar2 serius dengan apa yang aku nyatakan sebentar tadi, aku benar2 ingin menikahi kamu.Biar apapun alasan kamu, aku benar2 ingin kamu menjadi permaisuri hatiku. Aku akan pulang ke Malaysia minggu hadapan, aku ingin bertemu denganmu,” suara itu putus di situ. Nur Alissa mendengar tanpa sebarang kata. Bagaikan di alam mimpi, Alissa seolah-olah tidak percaya akan apa yang didengarinya. Diam. Sepi.

“17 Mei, 2 petang, tunggu aku di Restoran Cendana, Assalamualaikum,” Hakimi menamatkan perbincangan dan talian diputuskan. Serentak itu, Alissa tersentak dan mengucap panjang. Benarkah apa yang didengarnya?benarkah masih ada insan yang ingin menyuntingnya?benarkah masih ada peluang untuknya hidup bahagia?soalan demi soalan menerjah kotak fikiran Nur Alissa. Namun semuanya dibiarkan tidak berjawab. Bebola matanya mulai berkaca. Dia pun tidak pasti mengapa. Sedihkah dia? Bahagiakah dia? Atau…

_______________________________________________

Hakimi jatuh terduduk. Nur Alissa kini sudah pergi hilang dari pandangan matanya,membawa bersama zuriat mereka yang baru 2 bulan membenih di rahim bondanya . di dalam hujan itu, Hakimi menangis. Hanya Tuhan yang tahu betapa hiba hatinya. biarlah keegoannya tercabar. dia sudah tidak peduli. hatinya benar2 meruntun pilu. Sesungguhnya Nur Alissa benar2 dia cintai dan dia tau amat,sekeping hati milik isterinya Nur Alissa kini pecah berkecai kerana peristiwa sebentar tadi. segalanya berlaku pantas, diluar kawalannya. Hakimi rasa benar2 berdosa kerana tidak mampu melindungi permaisuri hatinya, dan kini, Nur Alissa sudah pergi meninggalkannya.di hujung sendu, dia memohon maaf berulang-ulang kali..“Alissa, pulanglah sayang..“..bisik hati kecil insan bernama Muhammad Hakimi.

Episod Dua
____________________________________________________________________

Hakimi bingkas bangun.titisan airmata dan sendu tangisan sudah bersatu dengan lebatnya hujan yg turun malam itu. dengan langkah yang longlai, Hakimi mengatur langkah lemah tidak bermaya kembali ke rumahnya. di dalam rumah, kedua ibunya sedang setia menunggunya. di penjuru sisi rumah, Atiqah duduk memeluk tubuh. mukanya masam mencuka. masih belum berpuas hati agaknya. Hakimi tidak mengendahkan semua yang ada di situ. susun kakinya diatur menuju terus ke kamarnya. dia menundukkan pandangannya,otaknya kosong. segala-galanya tiada sebarang makna baginya kini.
melihatkan keadaan Hakimi yang sebegitu, tiada siapa pun yang berani bersuara. Atiqah cuma sekadar mampu merungut sendirian.
___________________________________________________________________

Selesai membersihkan diri,Hakimi membentangkan sejadah. tempatnya mengadu cuma kepada Dia. Hakimi berdiri tegak mengarah kiblat, kedua tangannya diangkat,takbir dilafazkan dan dia merendah diri menghadap Penciptanya. selesai salam terakhir, Hakimi menadah kedua belah tangannya. memanjangkan doa kepada Yang Esa. segala masalahnya di adukan kepada Dia yang satu. Hakimi tanpa henti mendoakan kesejahteraan dan keselamatan isteri yang disayanginya itu. mengenangkan betapa peritnya perjalanan hidup Nur Alissa selama ini yang tidak pernah berkesudahan,hatinya menjadi semakin hiba. Hakimi tidak akan melupakan setiap janji yang pernah dia lafazkan kepada Nur Alissa, biarpun kini Alissa sudah menghilang, dia nekad akan membawa Nur Alissa kembali ke pangkuannya. “Nur Alissa,maafkan abang, abang cuai melaksanakan tanggungjawab abang..” rintih hati kecil Hakimi. sejadah dillipat lemah dan longlai..Hakimi hilang kudrat..Semuanya pergi bersama kekasih pujaan hatinya, Nur Alissa..Hakimi benar2 lesu…

Hakimi kemudiannya melabuhkan punggung ke tilam. biarpun kepenatan, Hakimi tidak dapat melelapkan matanya. biarpun hatinya sedikit lega setelah mendapat tahu Nur Alissa sudah selamat sampai di rumah sahabatnya Diana,kotak fikirannya masih belum berhenti berfikir. segala-galanya seolah-olah berlumba-lumba menerpa fikirannya. kusut. gundah. dalam keresahan, Hakimi terpandang laci meja yang tertutup rapat. ‘tempat’ itu milik mutlak isterinya Nur Alissa,selama hampir setahun tinggal sebumbung, Hakimi sedikit pn tidak pernah menyelongkarinya kerana dia tau, Nur Alissa juga ada hak untuk mendapatkan sedikit privasi,dan dia izinkan.

Sebaik terpandangkan laci itu, hati Hakimi meronta-ronta ingin membukanya. mungkinkah kerana rindunya yang amat terhadap isterinya Nur Alissa?atau kerana ingin mengenali isterinya dengan lebih dekat?dia pun tidak pasti. Hakimi bingkas, mencari anak kunci laci itu. besar harapannya,moda-moga kunci untuk membuka laci itu dapat dijumpai dan dia bernasib baik kali ini, anak kunci itu ditemuinya dalam beberapa minit sahaja. dengan pantas,Hakimi membuka laci milik isterinya itu. sebaik sahaja laci di tarik, mata Hakimi tertumpu kpd sebuah buku diari berwarna merah. pastinya ia milik Nur Alissa. Hakimi teragak-agak, perlukah dia menceroboh privasi isteri kesayangannya?Hakimi terpaku seketika….

Episod Empat

Diari berwarna merah itu dibuka perlahan oleh Hakimi.. diselaknya perlahan-lahan diari milik Nur Alissa isteri kesayangannya…

“Ape yang kau buat, hakimi? Mencerobohi privasi orang adalah salah satu dari dosa, kau melampau!’..bisik hati Hakimi…minda dan akalnya berperang sesama sendiri..rungsing dan berkecamuk..”aduh~!! aku tak betah begini..” betah hati kecil milik seorang lelaki bernama Hakimi. kolam air matanya mula bergenang airmata..segala kenangan dan memori bersama Nur Alissa bermain-main di kotak mindanya…sungguh..sedetik pun dia tidak mampu melupakan Nur Alissa..biarpun sekelip mata…Nur Alissa tetap di hatinya..Hatinya benar2 sayu…

”Ah, bukan aku berniat ingin mencerobohi privasi orang lain, aku cuma ingin tahu isi hati isteriku sendiri, aku berhak!!,’ pujuk hati Hakimi…

Hakimi serba salah, namun perasaan ingin tahu membuak-buak di dadanya..Akhirnya dia nekad. Dengan cermat dia membelek helaian diari itu satu persatu di bacanya.. Beberapa helai membaca, tiba-tiba tanpa di sedarinya, titik-titik jernih mengalir dari kedua kelopak matanya, hatinya tersentuh membaca segala yang di tulis di dalamnya. Betapa besarnya dugaan dan ujian yang telah menimpa isterinya itu, hanya Allah yang Tahu. Hakimi juga tidak pasti, andai dia di tempat Nur Alissa, adakah dia mampu menghadapinya? Subhanallah, betapa tabahnya seorang Nur Alissa menempuhi sebuah kehidupan yang tidak pernah berpihak kepadanya. Kiri dan kanan perjalanan hidupnya sentiasa penuh dengan cubaan. Ada rasa kagum terbit dari diri Hakimi. Kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa Nur Alissa yang kini sah menjadi isterinya..

Tiba di satu helaian, lama Hakimi menatapnya, berulang kali dia membaca helaian tersebut, ada kesan basah di helaian itu, Nur Alissa yang tabah menangis benar-benar mencuri perhatian Hakimi..

"Muhammad Hakimi seorang lelaki yang benar2 aku cintai dengan sepenuh hatiku, benar2 aku kasihi. Bukan sedikit dugaan yang telah kami lalui untuk bersama..semenjak ibu Hakimi menghalang pernikahan kami, aku sebenarnya pasrah, aku tidak sanggup meneruskan pernikahan ini tanpa restu ibu dan ayah Hakimi. Aku juga mahukan yang terbaik untuknya, sedangkan aku tahu, aku sebenarnya tidak layak..Aku benar2 tidak layak untuknya. Bagai langit dengan bumi. Dia penuh kharisma, ada segalanya sedangkan aku tidak punyai apa2, dan aku juga bukan gadis yang terbaik..Aku pernah gagal dalam bahtera rumah tangga, aku dah lalui rasa perit dan pedih akibat dari sebuah kegagalan. sungguh, aku takut gagal lagi. dan aku juga takut, aku akan mengecewakan Hakimi. Aku takut aku tidak mampu menjadi isteri yang baik untuk dia, apatah lagi ibu untuk anak-anaknya. Aku punyai terlalu banyak kelemahan. ..dan aku faham, jika aku di tempat ibu Hakimi, aku juga mungkin akan menghalang...Aku serahkan segalanya kepada Tuhan yang Maha Mengetahui"

"Tuhan penentu segalanya..Alhamdulillah, hari ini aku sah bergelar isteri Muhammad Hakimi, hanya Allah yang Tahu betapa bahagianya perasaan aku ini di saat mendengar lafaz ijab dan kabul yang terucap dari bibirnya. Sungguh aku bertuah kerana mendapat cinta darinya. Cinta yang suci, cinta yang tulus. Aku benar-benar menyintainya dan bersumpah, aku akan serahkan seluruh jiwa dan raga ku ini hanya untuk suamiku yang berhak..Tuhan, semoga pernikahan aku kali ini berkekalan hingga ke syurga..Tuhan, lindungilah kami, semoga kasih yang tercipta antara kamii terus berpanjangan..syurgaku kini di telapak kakinya...dan aku ingin sentiasa selamanya di situ..."

Sampai di situ Hakim berhenti membaca, rasa syukur menebal di jiwanya, syukur kerana di anugerahkan isteri seperti Nur Alissa. dan kini, Hakimi benar-benar yakin betapa mereka saling menyintai, Hakimi nekad akan mempertahankan hubungan yang terjalin, dengan lafaz ijab dan kabul itu akan terus berkekalan, tiada yang dapat memisahkan mereka..kecuali Tuhan yang Maha Berkuasa. Diari itu di tutup, perlahan Hakimi mendakap diari itu, kotak fikirannya kini terbang mengenangkan Nur Alissa.

___________________________________________________________________

Episod Lima

Gundah gulana irama hatinya. Satu persatu kenangan bersama Nur Alissa bermain-main difikirannya. tak dapat dia lupakan betapa sukarnya mendekati wanita itu. degil dan ada sahaja alasannya. tidak akan dia lupakan betapa banyak dugaan yang telah dia lalui untuk memiliki wanita itu. tidak sekali-kali dia lupakan. Dia tahu hidup Nur Alissa sentiasa di uji dengan dugaan yang perit dan dia juga tahu, sejak menjadi isterinya yang sah, itulah saat-saat yang paling bahagia untuk Nur Alissa. dia tidak sanggup memusnahkan kebahagiaan yang pernah terbina antara dia dan Nur Alissa. dia sudah berjanji…dan janji itu adalah amanah yang tak mungkin akan dia khianati…tidak mungkin sama sekali.

Hakimi tidak mahu terus terbuai emosi, Hakimi bingkas bangun menuju ke arah almari buku yang letaknya di penjuru bilik. Senaskah Al-Quran yang tersusun rapi di tarik ke dalam pelukannya. Dengan lafaz bismillah, Hakimi memulakan bacaannya, ayat demi ayat lerluncur dari bibirnya dan dia hanyut dalam dunianya. Resahnya hilang sedikit demi sedikit, benarlah kata orang, Al-quran penawar jiwa, pengubat hati.

____________________________________________________________________

Nur Alissa masih diam membisu. Diana Cuma sekadar mampu bersimpati melihatkan keadaan Nur Alissa yang kelihatan tidak terurus itu.sayu hatinya melihatkan wajah sugul Nur Alissa. Kelopak matanya masih lagi bersisakan air mata. Diana tahu Nur Alissa kini sedang di uji hebat. Sejak hampir 10 tahun mengenali wanita itu, biar seberat mana pun dugaan datang menguji, Nur Alissa tabah mengharunginya. Selama perkenalannya dengan Nur Alissa juga,Diana dalam diam mengagumi ketabahan sahabatnya itu. Namun kali ini, berlainan benar sikap Alissa.

Dalam pekat malam dia meredah hujan. Ketika pintu rumah dibuka, Diana sedikit pun tidak mengjangkakan kehadiran Nur Alissa pada malam itu. Dalam kebasahan, Nur Alissa berdiri di hadapan pintu rumahnya. Setelah dijemput masuk, Nur Alissa berkali-kali meminta maaf kerana datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Sebelum masuk ke bilik air membersihkan diri, Nur Alissa sempat meminta tolong daripada Diana supaya memberitahu suaminya Hakimi akan dirinya selamat di rumah Diana, tambahnya lagi, “tolong beritahu Hakimi, berikan kite sedikit masa lapangkan fikiran,”Diana Cuma mengangggukkan kepala tanda setuju.
”terima kasih, Diana.kite xtau cmne leh balas jasa awk..”smbng Nur Alissa dan Diana sekadar membalasnya dengan sekuntum senyuman yang penuh keikhlasan.

____________________________________________________________________

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Diana keluar dari biliknya. Tidak tegar pula dia membiarkan Nur Alissa berduka sendirian. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, Diana menghidu aroma yang sangat menyelerakan. Diana mempercepatkan langkah menuju ke dapur. Di sudut dapur, dia melihat kelibat tubuh Nur Alissa sedang menyibukkan dirinya, memasak sarapan untuk pagi itu. Diana menghampiri Nur Alissa, salam di beri di sambut lembut oleh Alissa. “awak 0k ke Lisa?” Diana kemudiannya membuka bicara. “kite 0k je wak, ni sorry tau kite pandai2 je masak kt umah awk,” Nur Alissa menyambung kata,cuba mengukir senyum. “awak nie,kite kn dh byk kali dh ckp ngn awk,rumah ni rumah awk gak,xyah segan2,” ucap Diana ikhlas. “terima kasih ek awak,” sambung diana pula sambil tangannya sibuk memotong timun.”awak, kite tau awak tgh sedih,” Diana meneruskan bicaranya lagi. Matanya di arahkan tepat kearah Nur Alissa. Alissa Cuma tunduk membisu,tangannya masih berkerja. Dia kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya.”mana ada wak..” Nur Alissa cuba berselindung.
“kite kenal awk bukan baru, tgk la nie, tiap kali awk ade problem, mesti jd cmni, msk byk2,selalunya kite yg jd mngsa awk,kna mkn masakan byk2,” Diana cuba berseloroh. Dengan harapan dapat menghiburkan hati Nur Alissa. Namun senyumnya tiba2 termati apabila Nur Alissa kemudiannya menitiskan air mata.

“diana, kite sudah tidak pasti samada kite masih lagi mampu teruskan hidup kite bersama Hakimi..”Nur Alissa akhirnya bersuara dalam sendu. Diana terdiam, perlahan2 dia mengusap bahu Nur Alissa. “Sabar lah Lissa, sama-sama kita doakan yang terbaik utk awk dan hakimi,kita yakin, Hakimi amat menyayangi awak dan tidak akan membiarkan rumahtangga yang telah terbina musnah begitu sahaja,” Diana cuba memujuk. Nur Alissa cuba menahan tangis,hanya airmata yang terus tumpah mengalir diipinya. Diana juga tersentuh melihat duka yang ditanggung sahabatnya itu. Diana pun hampir menangis,tetapi terpaksa dikuatkan hati supaya tidak terikut emosi.


“Diana, kite tidak tahu apa yang harus kita buat, kita sebenarnya berkongsi Hakimi dengan wanita lain. Kite tidak tahu apa lagi rahsia Hakimi. Kite tidak tahu mengapa dia membohongi kita. Kite tidak tahu,adakah dia benar2 ikhlas menyayangi kita..adakah dia benar2 terima kite dgn seadanya..kite cuma tau,kite bukanlah gadis yg terbaik untuk die,kite byk kekurangan….”suara Nur Alissa tersekat-sekat. airmata mula mengalir deras dari kedua kelopak matanya..hatinya benar2 pilu dan luluh..

Airmata masih lagi tumpah dr kedua kelopak matanya. Sampai di situ, Nur Alissa noktahkan bicaranya. Dia masih mencuba menahan tangis. Diana sekadar mampu memandang sayu. Perlahan-lahan dia mengusap bahu Nur Alissa. Wajah wanita yang selama ini dia kenali sebagai wanita ‘besi’ kelihatan pucat tidak bermaya. Matanya layu menanggung derita. Seolah-olah tersedar dr lamunan panjang, tiba-tiba Nur Alissa tersenyum. Airmatanya di sapu pantas. Diana terpinga-pinga melihat tingkah sahabatnya itu. “Maaf Diana,kite terlalu mengikut perasaan, jom mkn jom!” ..Seperti kebiasaanya..Nur Alissa tiba-tiba menukar topik. Cuba berlagak seolah2 dirinya tidak menanggung sebarang musibah atau masalah..“tunggu kejap..kite cedokkan nasik,”sambung Nur Alissa lagi dan sementara itu Diana masih lagi terpinga-pinga. Cepat benar sikap Nur Alissa berubah, dia gagal membacanya.”Alissa..Alissa…Moga Tuhan kurniakan kekuatan untukmu..” bisik hati kecil Diana..

Nur Alissa bangkit mrnuju ke rak pinggan. PRANGG!! Diana terperanjat lantas bingkas bangun. Sebaik sahaja toleh kebelakang, terlihat olehnya sekujur tubuh Nur Alissa terbaring lemah di lantai.kaca-kaca berterabur sana-sini. ”Lissa!!”jerit Diana spontan berlari mendapatkan Nur Alissa. Diana resah bercampur bimbang. Panic tidak tahu apa yang harus dia lakukan. “Ya Allah, Lissa,kenapa nie?” airmata mulai gugur dari kelopak mata Diana. Dia benar2 cemas.

____________________________________________________

Episod Enam

Lamunan Hakimi terhenti apabila henponnya berbunyi,menjerit minta di angkat. pantas hakimi menekan butang hijau dan menyambungkan talian. sebelum sempat salam di beri, di hujung talian kedengaran suara seorang wanita, Hakimi yakin, itu suara Diana teman baik isterinya. suara diana begitu cemas, benar2 menggoncang dadanya. “Hakimi, Lissa!Lissa pengsan..” suara diana tersekat-sekat. Hakimi resah.“Diana, 5 minit lagi sy sampai, saya mmg on da way ke rumah awak ni..bertenang..bertenang..” pujuk Hakimi,sedangkan hatinya sendiri di amuk resah, jantungnya berdegup kencang,terasa ingin pecah dadanya menahan gejolak perasaan.“Ya Allah,lindungilah Alissa..Ya Allah,selamatkanlah dia..” tidak putus2 Hakimi memanjatkan doa sambil kereta di pandu laju menuju sasaran.

___________________________________________________________________

Episod Tujuh

Nur Alissa terbaring lesu..Di sisi kanan katil Hakimi setia menanti.. Dengan lemahnya Nur Alissa cuba membuka kedua kelopak matanya..badannya terasa lesu sekali.. Jari-jemari Hakimi terasa erat menggenggam jemarinya..jiwanya di himpit rasa belas melihat suaminya yang tertidur kepenatan di sebelahnya..perasaan bersalah menguasai dirinya..Nur Alissa cuba mengimbas semula peristiwa yang terjadi yang menjadi punca dia terlantar di katil hospital..memori bermain di kotak fikirannya..airmata mengalir dr celahan kelopak matanya..tiba2 Nur Alissa merasakan kepalanya terasa semakin berat..dia mengaduh kesakitan..serentak itu juga Hakimi terjaga dari tidurnya..

“Sayang, kenapa nie? sakit ker? Nurse..panggilkan doktor!!” Hakimi sedikit meninggikan suaranya..cemas..

Itu ayat pertama dan terakhir didengarinya, kemudian pandangan Nur Alissa kembali kelam…dia kembali menyambung tidurnya yang panjang..membiarkan Hakimi kegelisahan sendirian..membiarkan Hakimi kekalutan..meninggalkan Hakimi yang dalam keresahan..

“Alissa..bangunlah sayang..” rintih hati kecil Hakimi…Nur Alissa kembali memejamkan matanya..beberapa orang jururawat berlari2 anak menuju ke arah katil Nur Alissa. Hakimi benar-benar cemas..lututnya terasa lemah..dia jatuh terduduk di sisi katil..Dalam hati dia cuma mampu berdoa agar Tuhan selamatkan Alissa dan zuriat mereka yang sedang membesar di dalam rahim Nur Alissa..Air mata mengalir deras..perasaan malu di buang entah ke mana..perasaan dan resahnya kini cuma tertumpu hanya kepada isteri tersayang..

“Alissa..bangunlah sayang..jangan tinggalkan abang..bertahanlah demi abang dan anak kita…bangunlah sayang…abang tak mungkin boleh hidup tanpamu…ya Allah, ya rahman ya rahim,, lindungilah mereka..”rintih Hakimi berulang kali.

___________________________________________________________________

Episode Lapan.

Hakimi membuka pintu perlahan. Langkahnya di atur lemah.. Daun pintu di tolak perlahan-lahan..Ombak resah di dadanya menggila. Jantungnya berdegup kencang..Darahnya mengalir deras. Dia benar2 kegelisahan..Peluh jantan terpercik di dahinya..Resah yang maha hebat di tanggung pundaknya..

“Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku”..berulang2 kali Hakimi memanjatkan doa kepada Ilahi.. Sebaik sahaja ibunya Puan Humaira menelefonnya di pejabat tengah hari tadi..Hakimi tidak senang duduk.. Semuanya dirasakan serba tak kena.. Tugasan berlonggok di atas meja terabai..Fikirannya benar2 rungsing..Pernikahannya dengan Nur Alissa cuma tinggal lagi sebulan..Kad-kad jemputan sudah di edarkan..tetamu sudah pun dimaklumkan.. persiapan sudah disediakan serba ringkas tetapi sesempurna mungkin..bukan mudah untuknya memujuk Nur Alissa. Bukan sedikit usaha yang dia lakukan untuk meyakinkan Nur Alissa. Bukan sedikit kasih dan cintanya kepada Nur Alissa. Bukan mainan dan gurauan segala janjinya kepada Nur Alissa untuk sehidup semati, melindungi dan mengasihi Nur Alissa seadanya..Janji adalah suatu amanah yang tak mungkin akan dia sia-siakan..

“Hakimi..Ibu takkan izinkan kau menikah dengan perempuan itu.. Banyak lagi perempuan baik2 untuk kau..yang lebih cantik, lebih berharta, yang lebih sempurna! Perempuan itu benar2 tidak layak untuk kau..tak layak untuk menjadi menantu ibu! Ibu tak sanggup menanggung malu kerana dia..kau dengar sini Hakimi, ibu takkan izinkan!” pedas kata2 puan Humaira mengetuk gegendang telinganya..Hakimi memejam mata rapat2..memikirkan pelbagai kemungkinan..”Ya Allah..bagaimana ibu boleh tau rahsia yang kami cuba sembunyikan? siapa dalangnya”..berlumba2 persoalan menerjah kotak fikirannya..

“Apa yang harus aku lakukan Ya Allah..dugaan ini amat berat untuk aku..berikan aku petunjuk..berikan aku jalan keluar..”Hakimi mengakhiri doanya setelah selesai menunaikan solat zohor di pejabatnya..seminit dua melayan perasaan, setitik dua airmata jernih melompat keluar dari kelopak matanya..tersedar dari lamunan..Hakimi cepat2 menyeka airmatanya..“Aku yakin Allah akan membantu mencari jalan keluar yg terbaik untuk aku dan Alissa..” desir hati kecil Hakimi sebaik sahaja melangkah keluar dari surau pejabatnya..mencuba memujuk hati yang di amuk resah.

____________________________________________________________________

Hakimi mengatur langkah menuju ke ruang tamu rumah..di situ kedua ibu dan bapanya sedang menanti kepulangannya..seperti yang dijangkakan..Ah! detik hati kecil Hakimi..ibunya pasti sedang bersiap sedia dengan jutaan peluru untuk menyerangnya..Oh!tidak..bisik hati kecilnya lagi..

Nilai-nilai murni yang tersemat dalam dirinya tidak mungkin hilang sekelip mata.. walau apa sekalipun, kedua ibu bapanya adalah insan yang palin dia hormati..sebaik sahaja melihat kedua ibubapanya..Hakimi menyusun langkah ke arah keduanya..

“Assalamualaikum..ibu..ayah..” sapa Hakimi mencuba menyembunyikan keresahan.

“Waalaikum salam..Hakimi duduklah..ayah dan ibu ada hal yang hendak dibincangkan”..Encik Lokman menjawab sapaan anak sulungnya itu lantas mempersilakannya duduk..seperti biasa..riak ayahnya sentiasa tenang..berbeza dengan air wajah ibunya yang kini seolah-olah seperti singa yang kelaparan..“Ya Allah..kau lembutkanlah hati ibuku..” doa Hakimi lagi..

” Yer ayah..ada apa?”..Hakimi sekadar berbasa basi…cuba berlagak normal..sedangkan resah di dada, hanya Allah yang tau..

“Ah kamu..masih pura2 tak tahu yer?..Pernikahan kamu dgn perempuan itu..batalkan!”..pantas ibunya memotong..

“Astagfirullah ibu..mengucap..kasihanilah Alissa..kasihanilah Kimi bu..majlis tu lagi sebulan bu..ayah..”..Hakimi bersuara seakan merayu meminta belas..dia menyorot pandangannya ke arah ibunya..tiada balasan..lalu dia memandang pula ayahnya..Encik Lokman membalasnya lemah..

“Itu ibu pedulik apa..lebih baik ita malu sekarang, drp malu kemudian hari..ibu tak mahu bermenantukan perempuan seperti itu!tak pernah di buat keturunan kita..kita keluarga baik2..ingat tu Hakimi!” pintas ibunya lagik..tegas.

“Tapi ibu..Alissa wanita yang baik.. buat apa kita mengenangkan sejarah silam dia sedangkan Hakimi cuma ingin melalui masa2 hadapan bersama dia..Hakimi yakin dia akan jadi isteri dan ibu yang baik..Hakimi pasti bu..ayah..Hakimi benar2 cintakan dia” Hakimi masih lagi tidak mahu mengalah..cuba mempertahankan masjid yang bakal di bina..

“Cinta kamu bilang? Apa ibu tersilap dengar kah? Tolong Hakimi..dia bukan gadis suci..dia tak layak untuk kamu. bersepah lagi gadis cantik, lawa dan lebih layak untuk kamu. kenapa dia yang kau gilakan??ibu tak setuju!ibu tak setuju!”..Puan Humaira masih lagi dengan pendiriannya..tidak berganjak walau seinci..suasana semakin tegang..Encik Lokman masih lagi bertindak sebagai pemerhati..Diam seribu bahasa..mungkin kerana dia juga dalam dilema tidak pasti ingin menyebelahi siapa atau mungkin dia diam mencari ayat atau buah yang terbaik untuk di bidas.

“Ibu..tolonglah..fahamilah..Alissa bukan seperti wanita2 lain yang ibu nyatakan..dia tidak cantik tapi jiwa Kimi tenang memandangnya.. Dia tidak kaya harta tapi budi bahasanya tiada tolok bandingan..Ibu..Hakimi sudah menunaikan istiqarah bu..bukan sekali dua..tapi berbulan lamanya sebelum membuat keputusan melamar dia bu..Kimi yakin, cinta kami bukan cinta nafsu..tapi cinta kerana Allah..Tolonglah ibu…restuilah kami..Kimi mohon simpati ibu..” Hakimi kini benar2 merayu simpati dan belas dari ibunya..Dia kini sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat restu dan izin dr kedua ibu bapanya..walau setinggi manapun cintanya kpd Nur Alissa, Hakimi takkan pernah melupakan bahawa syurganya terletak di bawah telapak kaki ibunya..

Suasana sepi seketika…

Akhirnya Encik Lokman bersuara..”baiklah..kami akan izinkan..tapi dengan satu syarat”

Hakimi mengangkat wajahnya menatap wajah ayahnya..menanti baris2 ayat yang seterusnya…suasana masih lagi sepi..

“Apa syaratnya ayah?Kimi akan tunaikan demi Alissa..” Hakimi hilang sabar menanti patah2 ayat yang bakal keluar dari bibir ayahnya..

Puan Humaira juga terdiam menantikan bicara yang bakal keluar dari mulut suaminya..

“Kau harus menikahi Atiqah…anak Tan Sri Aiman sebelum kau menikahi Alissa..” dengan berat sekali Encik Lokman menuturkan kata.

“Ayah! apa yang ayah katakan ni? tak mungkin kimi sanggup duakan Alissa ayah..tak mungkin…” rintih Hakimi..kedua tangannya mengenggam erat kedua lututnya..dia benar2 stress..

“Ayah juga tiada pilihan Kimi..bukan kau tak tahu, Atiqah sudah lama menaruh perasaan pada kau..kebetulan bisnes kita merosot kebelakangan ini dan Tan Sri Aiman merupakan pelanggan terbesar kita..syarikat kita akan selamat jika dia melabur dengan jumlah yang banyak dan caranya adalah dengan pernikahan..ayah harap kau faham maksud ayah..” Jelas Encik Lokman dengan suara yang mendatar..mungkin dia juga keliru dengan apa yang terlafaz dari bibirnya..”Ah! hidup ini takkan sentiasa senang..adakalanya ujian akan datang menduga..” bisik hati kecil Encik Lokman..Hakimi mengetap bibirnya..dia mengelengkan kepalanya beberapa kali seolah2 tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh ayahnya..

“Alangkah indahnya kalau semua ini cumalah mimpi..aku ingin segera bangkit…bangkit dari mimpi buruk yang menyesakkan dada..bangkit dari mimpi yang mendera batin..aku ingin Alissa ada di depan mataku saat aku terjaga..saat aku membuka mataku..aku cuma inginkan dia..bukan Atiqah…bukan gadis2 lain..tidak!” desis hati kecil Hakimi…Dia tunduk memandang lantai..Suasana kembali sunyi seketika..ketiga-tiga insan di ruang tamu itu masing2 hanyut di buai perasaan..semuanya mencongak dan berkira-kira..membayangkan apa kemungkinan yang bakal terjadi…dan di antara ketiga-tiga manusia yang sedang bermonolog dengan diri masing2 itu..Hati Hakimilah yang paling resah..Minda Hakimilah yang paling terseksa..“Oh Tuhan..bantulah aku…ya Allah, berikanlah aku petunjuk Mu, aku tidak berdaya...” tanpa henti Hakimi memohon petunjuk..

__________________________________________________________________


Episode Sembilan..

Sesudah melafazkan akad nikah dengan penuh keyakinan..semua hadirin mengangguk kepala tanda setuju, Hakimi menarik nafas lega. sepantas itu juga Hakimi menyorot pandangan matanya, mencari riak wajah yang terukir di wajah Nur Alissa yang kini sah menjadi isterinya..terngiang2 di telinganya petikan ayat dari sebuah filem tempatan “Isteri bukan hak milik, tapi anugerah..” ya..Nur Alissa adalah anugerah terindah yang pernah dia miliki..dan dalam diam die bersumpah akan membahagiakan isteri kesayanganya itu, walau apa aral menduga.

Hakimi masih lagi menatap wajah isterinya yang membisu tunduk memandang lantai..titik-titik jernih mengalir dr kelopak mata Nur Alissa..Hakimi kaget..”tidak gembirakah dia menjadi isteriku?” persoalan yang tiada jawapan dan Hakimi nekad akan mencari jawapannya nanti..Hadirin yang datang bermacam gelagat. ada yang mengusik ada yang mendoakan yang indah2.. Hakimi cuma mampu tersenyum. Namun di sebalik senyuman itu, tiada siapa yang tahu keresahan yang melanda jiwa Hakimi..Ada rahsia yang tersimpan.

______________________________________________________________

Episod Sepuluh

“Abang..maafkan Alissa..maafkan Alissa..”sebaik sahaja membuka matanya dalam kelemahan, Alissa mengungkapkan kata2 memohon keampunan dari suaminya..airmata Alissa mengalir di celahan kelopak matanya..

Melihatkan isterinya sudah bisa membuka mata dan berkata-kata..Hakimi cuba mengukir senyuman..senyum dalam keterpaksaan..

“Abang yang bersalah..sayang tak salah apa pun pada abang..” balas Hakimi sambil tangan kirinya menggenggam erat tangan isterinya…tangan kanannya mengusap lembut kepala Nur Alissa yang terbaring lemah..mata Hakimi turut berkaca-kaca..

“Sayang rehat dulu yer..jangan banyak fikir..abang sayangkan Lissa, abang ingin Lissa baik semula seperti dulu kala..demi abang, demi anak kita, Lissa harus kuatkan hati, Lissa harus bertahan…” pujuk Hakimi separuh merayu…matanya menatap mata Nur Alissa penuh harapan..

__________________________________________________



Episod Sebelas

Hari ini genap seminggu Nur Alissa terlantar di katil hospital. Selama itu jugalah Hakimi tidak pernah jemu sentiasa menemaninya, setiap detik sentiasa mendoakan agar isterinya segera pulih seperti dulu kala.
“Alissa, jangan sedih lagi, cepat-cepat baik yer”
pinta Hakimi pada suatu hari.

“Maafkan abang kerana gagal melindungi Alissa, maafkan abang kerana berahsia dan melukakan hati Alissa..maafkan abang yer sayang. Cepatlah pulih, kasihan baby dalam kita."
Berulang kali Hakimi melafazkan kata maaf. Demi Alissa, segala keegoannya di buang jauh. Hakimi sedar, jika dia di tempat Alissa sekalipun, dia juga pasti tidak dapat menerima kenyataan yang sepahit itu. Apatah lagi Alissa kini sedang mengandung anak sulung mereka.

Pastinya suatu tamparan yang hebat buat Nur Alissa. Masakan Hakimi sanggup menipunya? Bagaimana Hakimi sanggup menduakannya sedangkan dulu ketika melamarnya, sejuta rasa kasih dan cinta dia pamerkan. Ketika itu juga puas Nur Alissa menolak lamaran Hakimi namun Hakimi tidak pernah mengalah. Hakimi Berjaya buktikan kepadanya bahawa dia mampu menjadi suami dan ayah yang baik.

Nur Alissa juga masih ingat, Hakimi menyatakan keyakinannya setelah sekian lama melakukan istiqarah. Hakimi nyatakan kepadanya bahawa dia yakin, Nur Alissa akan jadi ibu yang baik kepada anak-anaknya dan macam-macam lagi. Sedetik tercetus di hati kecil Nur Alissa setelah mendapat tahu bahawa dia adalah isteri kedua.

“Adakah Hakimi menikahi aku kerana nafsu? Atau kerana ingin mempermainkan hidupku?Atau kerana apa? Atau kerana aku sebenarnya tidak layak menjadi isterinya, kerana aku kotor?ya Allah..kenapa jadi begini?” Persoalan negative ini sering menganggu fikirannya, akibatnya dia seolah-olah hilang semangat untuk meneruskan kehidupan dan hingga kini masih terlantar sakit. Hari ini Alissa cuba untuk positif, kesungguhan Hakimi benar-benar mencairkan hatinya. Bukan sedikit pengorbanan Hakimi untuknya. Nur Alissa sedar semua itu dan hatinya sedikit demi sedikit kini makin terpujuk.

“Alissa, abang tahu abang salah kerana tidak jujur pada Alissa. Memang abang sudah bernikah dengan Atiqah sebulan sebelum pernikahan kita. Semuanya bukan kehendak abang. Ibu menghalang keras pernikahan kita tapi abang tak sanggup kehilangan Alissa. Ibu member Cuma kata putus, tinggalkan Alissa ataupun jadikan Alissa isteri kedua.. Abang tidak berdaya membantah, abang juga tidak ingin jadi anak yang derhaka. Maafkan abang, abang benar-benar cintakan sayang..” Akhirnya Hakimi berani membuat pengakuan itu..Nur Alissa yang mendengarnya Cuma mampu berdiam diri. Dia mengukir senyum namun air mata mengalir laju di pipinya. Sejuta satu perasaan bercampur baur..

“Abang, Alissa maafkan abang, Alissa juga salah kerana ragui keikhlasan abang terhadap Alissa. Alissa sedar Alissa bukan gadis terbaik untuk abang. Alissa rasa rendah diri, Alissa rasa di khianati..Maafkan Alissa kerana banyak salah pada abang. Alissa bukan isteri yang baik..” Nur Alissa meluahkan rasa. Titik-titik jernih masih lagi mengalir laju di kedua belah pipinya. Dengan penuh kasih sayang, Hakimi menyapu airmata yang jernih itu..

”Jangan cakap begitu, Alissa isteri yang terbaik buat abang, dunia dan akhirat..” tegas Hakimi lagi. “ Bagaimana dengan Atiqah?” tiba-tiba satu suara keras kedengaran dari sudut pintu. “ I juga isteri you, and please don’t ever say that I am not good enough for you! Please la Hakimi, what do you want from this woman huh? She has nothing compare to..” belum sempat Atiqah menghabiskan kata-katanya, Hakimi kini tercegat di hadapannya..

”Atiqah, please..she is so weak now, we talk about this later on..please..” Hakimi cuba melembutkan suaranya, memujuk isteri pertamanya itu. Namun reaksi Atiqah mengecewakan. “ I cant believe that I am sharing my husband with a woman like her..urghh!!” Atiqah membentak. Masih lagi berkata-kata, pedas dan menyakitkan telinga setiap yang mendengarnya. Nur Alissa mendengarnya juga terasa seperti tusukan duri tajam menikam di hatinya. Pedih namun segera dia menyapu airmata yang dari tadi mengalir tidak mahu berhenti.

“Maafkan saya Atiqah, saya juga tidak minta jadi begini, saya juga tidak tahu kita bermadu, dunia ini mungkin kejam buat kita tapi jika ini takdir Tuhan buat kita, haruslah kita redha. Saya yakin, tiap apa yang Tuham ciptakan, pasti ada hikmahnya..” sayu kata-kata itu terlantun dari bibir Nur Alissa. Namun sedikit pun tidak mampu memujuk Atiqah.

“Huh, you senang la cakap, sebab you tu perampas husband i,and you tu memang dah terdesak sangat nak berlaki. Tak tahu malu goda laki orang sebab tiada siapa yang mahu dekat you!” Nadanya keras. Hakimi kini mulai hilang sabar. "I’m begging you, stop doing this! Don’t hurt Alissa anymore, she is not guilty, and she is sick now, cant you understand? Huh?” Suara Hakimi tinggi. Alissa diam dan masih terbaring di katil. Atiqah masih lagi tidak berpuas hati.

“You ingat I senang-senang saja nak terima semua nie? You dah seminggu tak pulang ke rumah, bertapa di hospital dengan perempuan sial nie, you ingat I ni apa?yang you lebih-lebihkan perempuan sundal ni kenapa?” sampai di situ, Atiqah terpaksa mematikan katanya kerana tangan Hakimi sudah hinggap di mukanya. Alissa yang menjerit cuba menghalang Hakimi tidak mampu berbuat apa-apa, hayunan tangan itu lebih laju.

Pertama kali Hakimi mengasari insan lain, sejurus itu juga dia mengucap panjang dan beristighfar..”Astaghfirullahalazim, I am so sorry but please, stop hurting her..” ucap Hakimi lagi setelah sedar dari kemarahan yang membuak-buak. Suana sepi seketika. Tanpa sepatah kata, Atiqah berlari keluar dari bilik itu.

Hakimi serba salah, dia sebenarnya sedar tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Atiqah juga tidak sepatutnya terabai, di satu sudut, Hakimi juga tahu bahawa dia juga bersalah pada Atiqah. Hakimi serba salah. Alissa yang memerhatikannya dari tadi mengerti keadaan dan dilemma suaminya itu, dengan lemah dia memanggil Hakimi dekat kepadanya..tangan Hakimi di genggam erat dan di kucupnya berulang kali..

”Abang, terima kasih kerana menyintai Alissa, terima kasih kerana menjadikan Alissa isteri abang, dan baby ini anugerah terindah buat kita.Bukti cinta kita. Alissa mohon maaf selama menjadi isteri abang andai Lissa ada salah dan silap, abang maafkan Lissa yer..Lissa tahu abang benar-benar sayangkan Lissa, dan Lissa juga sedar, Lissa kini berkongsi suami, Abang tak seharusnya abaikann Atiqah, pergilah abang, pujuk dia..” tenang Alissa melafazkan kata-kata.. Hakimi masih membisu. Tangan Alissa di raih dan di kucupinya berulang kali.

“Terima kasih sayang, kerana memahami, Abang memang tidak salah membuat pilihan, Alissa isteri yang terbaik buat abang dan abang yakin, Alissa mampu menjadi ummi yang baik untuk anak abang kelak. Abang sangat menyintaimu dan pada Abang, Alissa tidak pernah berbuat salah..Jaga diri baik-baik sayang, jaga anak kita dengan baik, abang pergi dulu..” ucap Hakimi seraya mengucup dahi Nur Alissa.

Entah mengapa, saat Hakimi mengucapkan kata pergi dulu, ada rasa getar di dada Alissa, sebak..matanya kembali bergenang, terasa sangat berat ingin melepaskan Hakimi pergi namun cepat-cepat Alissa menyeka airmatanya. Dia harus tabah dan tidak sepatutnya meletakkan Hakimi dalam di lema lagi..

”InsyaAllah bang, semuanya akan baik-baik saja..pergilah..” ucap Alissa lagi dan menyalami Hakimi.Seperti kelaziman, sesudah Alissa mengucup tangan Hakimi, mata mereka bertaut seketika..dari renungan mata itu juga Alissa dapat melihat Hakimi terlalu berat hati untuk meninggalkannya. “pergilah abang..cinta Tuhan itu yang lebih agung, amanah Tuhan itu lagi utama, Atiqah juga amanah untuk abang, jagalah sebaik mungkin..insyaAllah semuanya akan baik-baik saja..” Sekali lagi Alissa memujuk Hakimi supaya berlaku adil terhadap isterinya Atiqah.

Hakimi angguk lalu terus beredar..Dengan hujung matanya, Nur Alissa menghantar Hakimi, hingga akhirnya susuk tubuh itu hilang dari pandangannya. Perasaannya bercampur baur.. Dalam hatinya tanpa henti mendoakan segalanya akan baik-baik saja..

___________________________________________________________

Episod Dua Belas

Nur Alissa menutup al-Quran yang di bacanya. Wajahnya basah di sirami air mata. Al-Quran ini lah pengubat hatinya. Penawar jiwanya yang resah. Tanpa jemu Alissa akan membacanya..Terasa dekat dengan Tuhan setiap kali bibirnya melantunkan ayat-ayat suci yang terkandung di dalamnya..Al-Quran ini hadiah istimewa dari suaminya Hakimi dan kini sudah genap setahun suaminya itu kembali ke rahmatullah..Semuanya ketentuan ilahi. Semuanya sudah tertulis dalam qada dan qadar. Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan dan sebagai hambaNya yang lemah, Nur Alissa pasrah dengan kenyataan yang menimpanya..

Demi benih cinta antara dia dan Hakimi, Alissa bangkit meneruskan kehidupan, mencari kekuatan menghadapi sebarang kemungkinan. Cahaya mata mereka inilah hadiah yang paling istimewa. dan akan di asuh dan di didik sebaik yang mungkin. sebagaimana Hakimi yakin bahawa Alissa mampu menjadi ibu yang baik, seboleh itu jugalah Nur Alissa nekad untuk menjadi yang terbaik, anaknya itu pasti di bekalkan ilmu dunia dan akhirat. anaknya itu pasti menjadi hamba yang soleh..Nur Alissa berjanji kepada dirinya sendiri, seiring itu juga, tanpa henti dia berdoa memohon petunjuk dan kekuatan dari sang Pencipta.

Hakimi sudah tiada. Malang tidak berbau, ketika berusaha untuk memujuk Atiqah, sebuah ambulan yang hilang kawalan terbabas lalu merempuh Hakimi. Segalanya berlaku pantas..tanpa siapa menduganya..Kali terakhir Nur Alissa menatap wajah Hakimi adalah ketika mereka bertemu di hospital. Hangat kucupan Hakimi di dahinya masih lagi terasa. Pesan Hakimi sentiasa di ingatannya. Sudah takdir Tuhan, jodoh mereka sampai di sini..


"Suamiku, di dunia ini aku bukanlah untukmu, semoga di akhirat nanti kita kembali bersatu..Tuhan, kurniakanlah limpah rahmatmu, tempatkanlah dia dalam golongan yang Engkau kasihi, Ameen..ya rabbal alamin.."

-Sekian-

Nukilan: Aku sendiri @ AsNiza @ Princess Ibrahim

2 comments:

DLatum said...

asal ending dia sedih???
knp??

waaaa.....(xleh terima hakikat)

-Nur- said...

huhu...
sad ending...
x best la sad ending... =(