+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, February 26, 2009

Coretan Februari.

Februari, bulan yang paling singkat-cuma ada 28 hari sahaja. Namun sepanjang bulan ini, pelbagai perkara terpaksa di harungi, telah saya lalui. saya benar-benar sibuk.

Langkawi.

Bermula 6hb Feb, saya kerja seperti biasa, balik dari kerja, Jumaat, malamnya bertolak ke rumah kakak saya di Kg Melayu Subang, tgh malam dalam pukul 12 tgh mlm, kami bersama 3 buah family lain bertolak ke Kuala Perlis, sasaran kami adalah jeti Kuala Perlis dan destinasi yang ingin di tuju adalah Pulau Langkawi. hampir 3 hari kami di sana, penuh dgn aktiviti, antaranya menaiki kereta kabel, island hopping, melawat makam mahsuri, padang beras terbakar, pekan kuah, shopping sudah tentu, Alhamdulillah, kami tiba kembali di Kg Melayu Subang, pada pukul 1 pagi (Selasa) dan pagi esoknya( selasa 8 pagi) terpaksa kembali ke tempat kerja-meneruskan kehidupan normal seperti biasa-tanpa rehat yang cukup. Seminggu bekerja-melakukan rutin yang sama.

Berkayak dan Menonton.

14hb Feb, paginya saya habiskan masa sendirian di rumah sewa, mengemas, cuci baju, tgk tv, masak dan makan. Pukul 4 ptg saya bersama teman serumah bertolak ke Putrajaya-aktiviti kami adalah berkayak di tasik Wetland. Seronok juga berkayak bersama teman2. pukul 7 ptg saya kembali ke rumah sewa. 7.45 saya berangkat ke Kg Melayu Subang. Pukul 8.15 saya bersama keluarga keluar rumah untuk menonton Geng:Pengembaraan Bermula. Habis menonton kami pulang, sampai di rumah kira2 jam 2 pagi.

Layang-Layang , Berenang dan Menonton.

Esoknya 15 feb, paginya saya berehat, bantu emak masak nasi kerabu. petangnya jam 2.30 petang saya bersama emak, adik dan anak saudara berangkat ke Kota Kemuning. Sasaran kami adalah berkelah sambil bermain layang2 di Tasik Kota Kemuning. Ramai orang bersuka ria bermain layang2, meriah. Teman serumah saya juga di jemput untuk makan sama2 dan kami semuanya gembira bermain layang2. Dalam pukul 6.30, kami bersurai, emak dan adik pulang bersama kakak dan abang ipar, teman serumah pulang berdua. adik bongsu saya pulang bersama kawannya dan saya pulang sendirian ke rumah sewa. esoknya isnin, hidup di teruskan seperti biasa.. petang isnin saya bersama sahabat pergi berenang. hari yang lain sma sahaja, pergi kerja dan balik dari kerja. namun pada 19feb, saya sekali lagi keluar menonton Geng bersama teman2 serumah.

Servis Kereta dan Menulis.

Wekend datang lagi. Hari2 yg ditunggu-masa utk berehat dan beriadah. Pagi sabtu selesai solat subuh dan baca mathurat, saya tunaikan janji saya utk menyiapkan kisah "Aku Bukanlah Untukmu". Namun tidak ketemu ending. Jam 8 pagi saya keluar berjogging sendirian di tasik kota kemuning. Kembali dari jogging, setelah mengemas bilik, saya habiskan masa mengadap laptop, habiskan kisah yang tergantung..Untung ada teman serumah tolong masakkan breakfast, sambil menulis sambil makan dan tengok tv. Selesai menulis, saya bersiap, solat dan keluar rumah. Ada appointment dengan pusat service kereta jam 2.30 petang, saya harus cepat. Alhamdulillah saya tiba pada masa yang dijanjikan. Selesai servis kereta saya terus ke rumah kakak di kampung melayu subang.

Melayan Tetamu

Petangnya, adik dan kawan2nya datang. kami sibuk masak dan melayan tetamu. selesai adik dan kawan2nya pulang, tetamu dari kampung pula datang menziarah. kami sibuk lagi, masak dan melayan tetamu. hampir jam 11 malam baru semuanya pulang. kami sibuk di dapur mengemas. jam 12.30 baru masuk bilik untuk berehat dan tidur. kepenatan.

Ke Putrajaya.

Esoknya ahad, paginya saya sempat online. jam 12 keluar bersama emak dan anak buah ke pasar raya, membeli sedikit kelengkapan untuk masak tengah hari. Balik dari shopping saya membantu emak masak di dapur. ayam gulai tempoyak, sayur kangkung goreng, dan ikan kembung goreng, sempoi jer... petangnya selepas asar kami keluar rumah untuk ke putrajaya. Mr Pres sempat SMS bertanya pendapat tapi malangnya saya kesuntukan masa. kelam kabut jadinya. Maaf boss~!!hehe..

Sepetang di putrajaya, kami kembali ke rumah kira2 jam 7 mlm..selesai solat maghrib, saya dan dua orang adik masuk ke dapur, kakak dan keluarga beserta emak singgah di hospital menziarah anak jiran yang menghidap demam denggi. kami bertiga masak nasik lemak, haha, saya tolong kupas bawang, cuci pinggan mangkuk, rebus telur, goreng ikan bilis potong timun, dan cuci beras, adik saya yg masak..heee..bagi can..dalam kul 8.30 kakak dan mak pulang membawa pizza dominos, tapi memandangkan nasik lemak lagi best, pizza tu tak termakan, nasik lemaknya licin, hee..mantap adik saya masak, cayalah~!!

Sebelum tidur saya sempat online, kejap saja sebab esok pagi kena g kerja, tambahan plak bertolak dari Kg Melayu Subang terus ke ofis kt Kota Kemuning bukan dekat, jamm lagi so kena bangun awal dan keluar awal...


Penutup.

Dalam kesibukan, tugas bersama iluvislam insyaAllah tidak terabai, walaupun tak seaktif dulu, walaupun banyak PM yang tk sempat di layan, walaupun sempat memberi perhatian kpd topik2 tertentu saja, tapi saya mencuba yang termampu sebaik mungkin. ini AMANAH utk saya. begitu juga blog saya, ketiga2 nya saya masih setia mengupdate-pantang ada masa terluang terus di gunakan, tiga blog untuk di uruskan pada satu masa, bukan kerja ringan bagi saya yang tidak reti menulis dan tiada masa untuk mengkaji. Buku2 kegemaran saya juga tidak sempat di baca, masih tersusun di rak, sempat belek sehelai dua itu pun dah memadai bagi saya yang sentiasa kesibukan nie..

Kepada mereka yang terasa hati, sebab saya mengabaikan kalian, saya minta maaf. saya benar2 kesuntukan masa dan terlalu banyak benda lain yang sedang saya cuba atasi. well, saya juga manusia biasa yang takkan lari dari berhadapan dengan sesuatu masalah. saya juga perlukan masa untuk menyelesaikan masalah yang melanda dalam kehidupan seharian saya. maafkan saya coz kadang2 bila di ajak sembang, saya mengelak dan kadang2 memberi pendapat atau kata2 yang agak pedas-saya tidak bermaksud, cuma terlalu kusut dan melimitkan perbincangan yang tiada jawapan muktamad. maaf juga kerana selalu tidak reply SMS, selalu tak jawab call, saya mohon banyak2 maaf. kawan2 yang sering kecewa kerana saya sering menolak untuk hang-out bersama, maafkan aku..isk3..

Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dari tahun ke tahun, masa terus berlalu..saya semakin tua. kadang2 tertanya, apa yang telah saya sumbangkan sepanjang hidup di dunia ini. Apa yang telah saya kumpulkan untuk bekalan di akhirat sana? saya masih tertanya, apa tujuan saya hidup? untuk apa saya hidup? adakah semata2 untuk melalui rutin yang sama? atau kenapa? Apa makna hidup? Saya masih bertanya. Apakah makna hidup duhai Hasniza?

No comments: