Bismillahirrahmanirrahim..
Saya doakan agar kita semua selamat sejahtera di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, Amin..
Merujuk kepada tajuk entri kali ini, cetusan idea dari perbincangan yang terdapat di ruangan forum iluvislam.com. Bukan perkara baru, bukan masalah baru, malahan dari dulu hingga kini, masalah ini seakan-akan tidak kunjung padam dan kian berlarutan. Allahu Allah, bagaimanakah penyelesaian yang terbaik? Kami mohon petunjuk dari-Mu ya Allah.
Mudah bagi mereka yang berkata-kata. "Abaikan sahaja perasaan itu." Mudah bagi mereka yang tidak melalui permasalahan itu untuk berkata, " Itu cuma bisikan syaitan dan nafsu jahat, jangan dilayan." Sungguh mudah mereka berkata, "Puasa boleh mengawal nafsu.." Allahu Allah, kami tidak berada di tempat yang sama, sungguh, kami sebenarnya mana mungkin dapat memahami permasalahan mereka sepenuhnya.. Hanya mereka yang memikul bebanan itu, yang tahu betapa beratnya dugaan itu.. Kami mohon ya Allah, Kau bantulah mereka melawan gelora nafsu mereka ya Rabb..
Saya kira, mereka yang berkongsi masalah nafsu songsang mereka di iluvislam adalah antara insan yang agak bertuah, jika mahu dibandingkan dengan insan senasib mereka di luar sana, yang berterusan melakukan kesalahan tanpa sedikit rasa kekesalan.. Setidaknya mereka di iluvislam tahu mana dosa mana pahala, setidaknya mereka memberi peluang untuk dibantu dan sama-sama mencari penyelesaian. Moga Allah membantu mereka kembali ke jalan yang lurus..
Satu sudut lain pula, sebagai salah seorang 'tukang jaga forum', saya juga mengambil kira pendapat sesetengah user yang tidak gemar masalah sedemikian terus dibincangkan dan dipaparkan berterusan. Saya tidak memandang ringan dan cuba untuk memikirkannya secara serius, alangkah bagusnya Allah, sekiranya saya perolehi petunjuk dan jawapan yang jelas, terang dan nyata. Saya faham dan mengerti apa yang mereka bimbangkan, saya juga begitu namun sebelah bahu lagi berat untuk mengatakan tidak.. Tidak kepada jangan meneruskan perbincangan mengenainya.
Ini kerana pada pandangan saya, saya dan mereka, tidak berada dalam situasi yang sama, tidak berada dalam kasut mereka yang mengalami masalah itu, jadinya kami bukanlah orang yang tepat untuk membantu.. Oleh itu, mungkin untuk seketika waktu, eloklah sekiranya kami berikan peluang kepada mereka yang senasib untuk sama-sama membantu di kalangan mereka, memberi kekuatan dan saling mengingatkan, kerana saya positif, mereka lebih memahami.
Mungkin, untuk sementara waktu, ini keputusan yang terbaik, biarkan dahulu mereka mencari penyelesaian.. Esok atau lusa, bergantung kepada situasi, mungkin tindakan lain pula yang patut kami laksanakan.. Allah ya Allah.. Semoga Kau merahmati dan memberkati, tunjukilah kami jalan yang lurus..
Ayuh, doakan kesejahteraan dan keselamatan, buat mereka, dan kita juga.
Wassalam.

2 comments:
saya pun akak masih tak tau mcm mn nak bagi cadangan kat mereka ni... hurmm
hurm.. hari tu masa kelas group couns kami ada wat sesi discuss pasal nie kak..
subhanAllah, masyaAllah.. bila saya dengar kawan-kawan saya cite pengalaman diaorg berhadapan dengan gol gay/lesbian nie,saya jadi takut kak.. takut jadi macam zaman Nabi Lut A.S dulu.. huhu.. Ya Allah, jauhkan kami dari malapetakamu.. tunjukkanlah jalan lurus kepada mereka-mereka yang kesesatan agar mereka kembali semula kepadaMu.. Ameen..
Post a Comment